10 tahun xpernah mandi. Lpas blik kerja, aku terus tarik isteri msuk bilik air. Yg peliknya dia kemain gelak.

Foto sekadar hiasan :

Baca perlahan-lahan kisah di bawah. Sekiranya bermanfaat dan memberi pengajaran, boleh share kisah ini pada kenalan2 anda supaya sama2 kita ambil iktibar.

Assalammualaikum sahabat pembaca. Saya ni seperti kebanyakan kaum suami dalam page ni, selalunya hanya berani jadi pemerhati atau silent reader saja.

Kadang hati rasa nak sharing comment pun segan. Malu. Tetiba hari ni pulak terlintas nak kongsi juga sesuatu yang baru saja berlaku pada saya dan hubungan saya dengan isteri.

Mungkin biasa saja bagi orang lain atau kedengaran kelakar tapi bagi saya istimewa sangat. Kalau baca dari tajuk pun dah seram,10 tahun tak mandi?

Mesti terbayang segala macam bau dan kerak kan. Bukan macam tu. Tapi sebenarnya 10 tahun tu adalah usia perkahwinan saya dan selama tu juga saya dan isteri tak pernah langsung mandi bersama.

Dan selama berkahwin ni saya pun tak pernah mengajak dan dia pun tak pernah suarakan. Kehidupan kami ni Alhamdulillah cukup serba serbi. Sederhana saja.

Dikurniakan anugerah 3 cahaya mata, isteri saya yang muda 5 tahun dari saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan hanya saya yang bekerja.

Kira macam typical suami-suami yang lahir tahun 80an. Habis degree terus bekerja dan berumahtangga. Jadi saya ni fokus mencari nafkah dan isteri fokus menjaga dan mendidik anak-anak.

Lumrah bila dah 10 tahun berumahtangga ni, saya rasa hubungan kami ni mendatar saja.Macam missing something.

Bukan boring, tapi macam hambar. Sikit pun saya tak salahkan isteri saya. Dia dah bertungkus lumus uruskan rumahtangga, penat uruskan anak dan jaga makan pakai saya.

Saya pulak walaupun agak mewahkan dia dari segi kewangan tapi saya rasa agak bersalah sebab saya tak pernah langsung ada usaha nak “spice up” hubungan kami. Jadi tanpa sedar kami pun kurang berhubungan intim.

Dah macam exam kat sekolah.Satu penggal maybe sekali.Tambah lagi isteri saya masih menyusu badan anak saya yang paling bongsu.jadi lagi lah menjarakkan hubungan intim kami.

Tapi bagus nya isteri saya ni dia suka teman saya makan,teman saya sembang sambil saya pakai kasut nak pergi kerja dan layan saya call.Cuma spark atau something new saja takde dalam hubungan kami.

Jadi nak dijadikan cerita satu hari tu lalu di FB saya satu posting dari seorang ustaz yang mana beliau menceritakan punca-punca dan kisah pasangan yang bercrai.

Salah satu yang menarik perhatian saya ialah ustaz ni dapati dari pengalaman dia handle kes-kes penceraian, ialah suami sangat jarang atau tak pernah mengajak isteri mandi bersama.

Hanya dengan membaca post dari ustaz tersebut timbul rasa bersalah teramat dalam diri saya sebagai suami Dan turut rasa risau. Risau hilang isteri saya.

Memang patut tugas saya lah untuk lead terutama dalam usaha-usaha nak membahagiakan lagi rumahtangga. Entah macam mana datang keberanian pada petang tu juga, balik kerja saya terus tarik tangan isteri dan ajak mandi bersama.

Malu betul. Tapi saya tak banyak cakap. Terus tarik saja. Dia tergelak kemain.Tapi ajaibnya dia menurut saja. Masyaallah. Selepas dari kali pertama mandi bersama tu hubungan kami bertukar terus macam baru bercinta.

Isteri call, message kat tempat kerja macam seolah kami ni baru berkenalan! Haha. Sekarang pantang ada peluang memang mandi sama-sama.

Kadang saja saja dia tak mandi petang sebab nak tunggu saya balik. Memang macam feeling baru berkahwin. Hangat bak hang. Hubungan kami memang sangat jauh berubah. Memang. Alhamdulillah. Syukur banyak-banyak.

Jadi pada sahabat-sahabat suami luar sana, jom lah kita kena ambil langkah berani,5buang malu buang ego demi nak bahagiakan rumahtangga kita.

Cuba lah apa-apa untuk hangatkan hubungan kita. Usia kita pun semakin bertambah, kalau tak dengan isteri kita siapa lagi kita nak harapkan untuk cari redha Allah dan bersedia untuk akhirat.

Hanya dengan satu benda baru yang simple pun dah boleh mengubah dan menyegarkan hubungan kita. Kalau dapat kerapkan berjemaah atau berdating Insyaallah akan tambah hangat.

Saya memang personally rasa macam baru bercinta. Rindu saja manjang kat isteri. Ok tu saja dari saya. Kalau ada yang tak suka saya mohon maaf.

– Abang K (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Farah An : Terkujat ghase bila baca tajuk. Ingatkan nak masuk rekod dunia ke apa .Apapun, pandai letak tajuk yg menggamit orang untuk baca. Bagusnya perkongsian. Happy je baca.

Noor Fulzati : Jangan kata nak mandi sama, baru dok depan pintu toilet pun anak yang tunggu dulu. Dah masuk kang meraung kat luar pulak sebab takut kena tinggal.

Mohd Nur Shafiq : terus teringat kitab dulu pernah baca,banyak tips rumahtangga .ilmu yang tak disengajakan haha. menyesal baca awal sangat tapi tula buku ilmu baik tak rugi, cuma kena praktik masa betul, nanti jadi ilmu yang disalahguna tak boleh jugak. yang mana bujang, mohler kita balik yop

Hani Fathi Othman : Ada jugak beberapa komen picisan yg negatif. Serius la?? Mandi bersama katanya x wajib pun.

Lain org lain berahi dan stupid pulak, katanya. Bitter kan manusia yg perangai begini. Kurang kasih sayang? Atau konon2 nk tunjuk bagus? Aku baca berita ni pun santai dan faham maksud yg nak disampaikan.

Kalau ko dah kawen dan rasa hubungan agak hambar, carilah sesuatu perkara yg boleh kembalikan hubungan suami isteri ke arah yg lebih baik/bahagia. Masih tak faham dan nak kondem lagi, lantak ko la.

Rara : Mandi sama2, makan sama2, tidur sama2, solat sama2, main dengan anak sama2, kemas rumah sama2.. banyak la boleh guna dengan perkataan sama2 tu. Nampak mcm eleh mende remeh tp percayalah benda tu boleh buatkan kita bahagia..

Jan Ishak : Alhamdulillah. Tak kisahlah nak spark kan rasa cinta tu camana. Takyahlah kondem confessor. Ikut cara masing. Yg penting, jgn sampai rasa perkahwinan tu hambar. Sebab bila dah rasa camtu, ada hrpn slh seorang menggatal buat alasan dah boring dgn perkahwinan. Chit.

Yan Nabihan : Salah satu tips bahagia.berkesan buat tt dan isteri.kalau ampa rasa x ok, tak payah buat.tak payah hentam org.org cerita bahagia suami isteri pn kena kecam.org cerita gaduh suami isteri pn ampa lebih2 emo.ampa nk apa sebenarnya? Raikan penulisan org lain.ce try hantar confession satu.tgk kena kecam ke x.

Normah Alias : Orang tua dulu2 pernah pesan. Kalau mandi sama2.nanti macam belangkas.Cuba tengok mak ngn anak kecik mandi sama2.anak tu melekap je kat mak dia.Sama gak lah suami isteri.Makcik amal kan petua ni.dah nak sambut ulang tahun perkahwinan yg ke 41.heeeee

Ateen Hari : Sosawitt. Suka baca sbb husband i sweet cam tt juga.and yes! I byak bca hbgan cinta ni cuma sparks between 3-4 years shj. selebihnya toleransi dan syg.Instead cari baru lebih baik bljr trick baru dan byk membaca.dan mmg betul kita boleh jatuh cinta berulang kali dgn org yg sama. Have fun selamat ber kemaruk semoga bahagia selamanya.

Sumber : iiumconfession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *