1st time jmpa isteri ke 2 papa. Mlm tu, mak tiri bgtahu ssuatu. Terus aku report kat papa. Tp hairan, papa xtrkejut pun.

Foto sekadar hiasan : Aku dapat desas-desus dalam whatsapp family sendiri bahawa papa, second wife dan anak2 tiri papa sedang melancong di overseas. Aku (student) sedang melancong di Eropah dan bergegas turun ke city centre alang-alang menjenguk papa selepas travelling.

Aku jadi speechless bila nampak dia bersama dengan family tiri dia. Aku dan papa beratur order kat Starbuck, masa tu papa bagitau,”Papa dah kahwin”. Uish, boleh rasa jantung gugur, teringat sampai sekarang.

Aku tak larat nak bersembang, menatap mata family tiri pun tak boleh. Aku alihkan perhatian aku daripada rasa sebak dengan menceritakan pengalamanku travelling.

Kami bermalam di temporary accomodation : the second wife’s apartment. Kurang dari seminggu aku tinggal dengan mereka, niat aku hanyalah untuk spend time dengan papa saja .

Alkisah ( alhamdulilah mentally dah sembuh dan cukup kuat untuk berkongsi)

First time aku tengok papa mesra dengan seseorang. Depan aku mereka saling memanggil “sayang, abang”.

Mereka berpegang tangan dan berpelukan ke mana-mana mereka berjalan seperti pengantin baru. First time papa become a gentleman and penyantun towards the new family.

Cara papa berbicara dengan second wife seperti orang yang tenang penuh kesabaran.

Apabila anak2 tiri buat perangai, mereka ditegur oleh papa dengan penuh kasih sayang dan segala jenis moral of the story diorang dapat. Boboy (stepson, bukan nama sebenar) pernah cakap, “i wanna eat something halal only”.

2nd wife terharu sangat dengan that statement that she said to papa, “Sebabkan you lah diorang tau beza halal haram.” Aku ingat lagi dada papa kembang kuncup bangga, yang dia berjaya mendidik anak2 tiri tadi.

Nak maklum yang gaya hidup keluarga second wife ni tak Islamik (paham2 saja le). Perangai sebenar papa baran, mulut takda insurans and have alter ego, very strict tetapi papa bukan jenis pergi kelab malam, minum, berjudi atau cari duit sumber haram.

Itu yang second wife nakkan papa in the first place sebab she felt her life is a lot peaceful when she is with him compared to her ex-hubby.

Hehe, aku dan adik-beradik kenal perangai sebenar ayah, jarang kami hidup tenang ketika keberadaan dia,lama2 sebati dan pasrah yang itu diri dia.

Sambung cerita, anak2 tiri dah selesa dengan ayah dan sangat mengalukan kehadiran dia sebagai papa tiri baru mereka.

We were walking in the street and the new couple was enjoying themselves, talking about shallow jokes that normally, papa won’t laugh if the joke was made by me (it really sound like low IQ jokes).

Tiba2, Boboy berpaut pada lengan aku dan Gegirl (stepdaughter, his sister), halted our steps and simped,”Let them walk together by themselves.”

I was like “What an audacity!!!” Nak cepuk budak tu kang, report kat maknya, susah pulak aku. Masa tu aku sedar yang papa has built the rapport boek punya with the kids.

Aku sebagai anak kandung, aku tersinggung sebab emotionally, he is not available as a father . He is a tyrant and he never showed this side of his with me/my family.

Aku ingat lagi buat karangan bab gejala sosial : anak2 memberontak kerana kurang masa diluangkan bersama ibu bapa. Papa kata, “Kalau papa tak kerja sebab nak spend time with you guys, macam mana nak cari makan?” Hujah papa macam betul but something is not complete there.

Bila Boboy buat karenah dan Gegirl buat fashion entah apa2, papa tegur lembut saja . Papa sempat ambil hati family tiri (2nd wife absolutely, anak2 dan mertua tiri).

I had to digest life lesson that papa yang financially/intellectually/emotionally berkemampuan, choose to contribute to stepfam rather than his own biological fam.

Dengan pemikirannya yang masih ‘matang’, he chose others walaupun besok2 hanya doa anak2 kandung sahaja yang sampai ke kubur dia.

Masa tu dinner, entah hari keberapa, papa dan 2nd wife kat living hall while we (me, stepchildren) ate at the table (Meja and livingroom sebelah2 yek).

2nd wife suap nasi pakai sudu. Aku duduk menghadap diorang (12 o’clock). Nak makan pun sebak, tahan saja airmata tuh.

Skip ke esok malam, kitorang masuk arcade. 2nd wife got the chance to talk. “I tau macam2 benda berlaku bcuz of this marriage.” Aku tak ingat the whole conversation sebab brain aku dah white noise bersuntuk2 hari mental torture.

So far yang boleh recall, if i can rephrase, ayat ni yang paling terngiang-ngiang “if our marriage ni mengganggu benda yang penting mcm relationship korang or like ganggu makan minum korang, i boleh undur.”

Kau dah kahwin kau nak undur sekarang buat apa, duit dah sapu, father-daughter ties are severed, injustice in providence(nafkah) etc. “Papa yang ajak i kahwin (she gaslighted me by not saying she agreed to marry him) so salah siapa.”

Masa tu aku innocent, naive, belum dewasa bab asam garam hidup, like betullah, kenapa ayah ajak dia kahwin? No supply, no demand gitu. (eventually, proven perempuan tu start dulu) .

Dinner kat hall, baru 2nd wife explain yang papa rindu anak2 dia, aku jeling ayah sambil tahan sebak. Raut wajah papa serba salah.

Kenapa 2nd wife yang perlu menjelaskan kasih sayang papa pada keluarga dia? Aku tak perlukan perantaraan. Kalau Papa sayang anak sendiri,

Papa tak perlakukan anak2 dia macam nih. Selama ni, we must schedule our activities so that we do not disturb his work hour, or burden him with small things like settling bills or hal pejabat pos, opting for university subjects, planning the trips, household stuffs.

Sebab bila mintak tolong, tak de masa, pandai2 korang, small matters pun nak tanya.

We have to be independent in whatever aspects sebab papa sibuk sampai ‘tanggungjawab’ papa ‘jatuh’ ke bahu ibu dan kakak sulong.

To me, it is acceptable if tanggungjawab ketua keluarga tidak dilaksanakan dengan sempurna jika dia dhaif atau bodoh, maknanya banyak constraint sana sini so payah nak jadi papa mithali.

He is far from those. Dia mampu memberikan kehidupan yang luxurious dan COMFORTABLE,

(Tak tau nak cakap macam mana but like kami dilarang hidup mcm orang yang manja, sikit2 nak mintak tolong, semua tak tau) yet he provide the comfort for the stepfamily. Itu yang burn gila2 sampai harini.

Second thing she said was “There are decisions that your parents made and you don’t agree with them and you just cry behind the doors.”

I vividly remember this statement pastu white noise, koyak. I spoke less sebab nak tahan sebak masa tu,tanya benda complicated aku nangis dalam hall, masaalah nanti.

I don’t agree with this statement because I’m rebellious since middle school. Tetiba kena accept their marriage as if I have no opinion on it.

Bengkak hati. I tak accept sebab banyak benda tak selesai seperti agihan nafkah, harta,how papa would act fair towards us kalau awal2 dah layan baik family baru, family lama acuh tak acuh. banyak benda tak adil.

Esok2 tu, selepas aku solat jamak, aku berbincang hal sangat2 peribadi dengan mistress. Conversation ni aku ingat but cannot disclose here.

But the highlight here is, “It’s okay for you to sleep with a guy before married.” said the mistress. I was speechless, terus lupa perkara penting yang aku patut bincangkan.

Aku report this convo to papa months after, He just said, “She’s open (liberal).” Papa marah pun tak, I really expect him to be surprised tapi riak muka dia rilek saja. I was disappointed le why he associated himself with this kind of mistress in the first place.

Airport, hari terakhir:

Papa menghantar stepfam balik Msia. Kan aku dah explain, papa bukan jenis affectionate. We were in departure.

Sebelum masuk dalam immigration, the mistress said, “Before we go, FAMILY HUG.” Runtun jiwa masa tu. Papa tak pernah peluk aku (kecuali masa baby), tetiba nak peluk diorang ni semua.

Aku kat tepi sekali. Dah reluctant gila ni nak peluk bagai. Papa peluk semua orang termasuk aku. Evryone was happy except me. I distanced myself from him by few inches, he noticed and pulled me closer to the family embrace. I grimaced.

Balik dari airport to apartment, papa mengeluh sakit telinga sebab winter increase air pressure but aku jalan saja, tak endahkan papa. Masa tidur tu menangis diam. Esok pun papa berangkat ke Msia. Dalam train, aku termenung murung.

Papa: Eh, kenapa ni, pikir pasal apa?

Aku: Nothing, banyak benda?

Papa : I have gone thru a lot in my past life. I have reached here to give better life/starting block for you guys.I’m strict with you to make you guys strong.”

Aku tak setuju with the statement sebab you train me to be skillful, durable, independent, smart person. Banyak benda buat semua kena pandai2 sendiri. Tetapi 2nd wife ni hadir pada waktu yang papa senang at expense of our time and energy.

Bila aku bodoh bab ni, oh kena belajar, tapi bila anak2 tiri atau b*tina bodoh bab ni, papa guide them from A to Z. Bila bab belajar, aku wajib score for scholarship but papa wants to sponsor Boboy’s university expenses, meaning Boboy no need to study hard or join curiculum like I do.

When I want to tell normal life story, it sounds remeh to papa but when the 2nd wife cerita masalah dia, papa tinggalkan family sendiri to rescue her and her children.

Takpa le, nak saja cakap papa rupa tak semenggah, b*tina datang kat papa sebab duit saja, bukan sebab papa imam dia, boleh ubah dia ke arah yang baik atau bukan sebab cinta konon.

Solat pun aku belajar sendiri atau dengan grandpa. Ada satu confession aku baca, zalim apabila kita perlu catu makanan tetapi isteri kedua dimewahkan, In my case, I kena catu my time and energy with resources yang papa provide (he can) whenever he wants or if he sees fit.

Last aku menangis dalam kafe depan dia, boleh lagi papa cakap “Why are crying?”

Me: “No wonder ibu moody all the time” (i thought itu perangai dia naturally.Ingatkan ibu kuat merajuk, sebab tu ayah menyampah. Dengan ibu ayah menyinga, semua serba serbi tak kena.

Dengan b*tina tu, papa layan saja walaupun ada benda yang annoying like whatever habits or even song genre she likes, life goals she has, he just laughed it off.” Ghoper2 nya (i bukan ipoh peeps) ayah layan lebih kat mistress ni, kononnya menepati ciri2 yang papa kehendak.

Trust me, aku tak jealous dengan pilihan papa. Muda tetapi hodoh rupa. Papa nak b*tina tu sebab b*tina tu desparate. Mana2 mistress pun mesti buat macam2 dan apa2 yang pasangan nak. Yelah, bila hodoh, kena extra effort.

So kepada isteri2 pertama, jangan sedih, anda cantik. Ibu saya glowy semenjak dijandakan.kami bahagia sekarang, ada lah masalah sana sini tetapi dah mampu selesaikan tanpa individu kurang bertanggunjawab. Saya dah report kat ibu saya.

Kepada lelaki sekalian, everything has a price. Kalau tau diri sendiri tak handsome mcm tongkang pecah, percaya lah perempuan suka kau sebab benda lain. tolong lah investigate motives dia,

Sebab masa dia pujuk rayu, it sounds like pure love (cinta sejati) but bila kau tak de duit, tak de kerjaya, tak de kepimpinan/kewibawaan or fail belajar or kalah competition/sports,

Dia pun tak hadap kau, tinggalkan kau macam tu saja, cari laki lain pastu kau yang down. Masalah nya men like women that inflate his ego.

I am independent woman, trust me, the moment we notice red flags, we cancel the boys asap sebab women pay high price in relationship-jordan peterson-. I had enough of polyangamy just because laki yang tanggung makan minum, jadi isteri tak boleh pertikaikan keputusan dia.

Takbur betul. Saya jumpa laki camni, saya sound, ill do anything to foil his plans.

– Sofia (Bukan nama sebenar)

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.