Balu kepada Mejar Mohd Zahir menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak

BALU kepada Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun berasa terkilan kerana Allahyarham tidak sempat tahu mengenai kehamilannya.

Memetik laporan The Star, Nour Shafinar, 31, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas dua hari pemergian arwh.

“Saya pun tak sedar perubahan diri sebab rasa macam biasa saja, rakan saya yang nampak bila tengok perubahan fizikal terutama badan dah naik.

“Malah kaunselor saya, yang juga seorang doktor bertanyakan perkara sama.

“Saya kuatkan hati dan cuba lakukan ujian menggunakan alat penguji kehamilan, dan benar saya mengandung, tetapi arwh tidak tahu,” katanya dalam nada sebak kepada pemberita.

Nour Shafinar sebelum itu menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di kediaman keluarganya di Taman Perpaduan, Ipoh, pada Rabu.

Tuanku Zara meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Nour Shafinar dan keluarganya sebelum menyerahkan sumbangan peribadi.

Tuanku Zara berkenan berangkat mengunjungi Nour Shafinar dan menyampaikan sumbangan peribadi.

“Tuanku Zara mahu saya terus kuat untuk diri sendiri, anak-anak dan kandungan ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepadanya kerana sudi melawat kami,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir mennggal dunia akibat terkena tmbakan ketika dem0nstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah, 4 September lalu.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

Siasatan terhadap insiden itu mendapati ia menjurus kepada faktor kecuaian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Kesksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Nour Shafinar juga berkata dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa berhubung insiiden itu.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa, bagi saya, ia hanya satu kemlangan semasa latihan, mereka semua penmbak tepat dan mereka tahu riisiko tetapi kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir, 36, meninggalkan isteri dan tiga orang anak termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan dan dua anak dari perkahwinan sebelumnya. Kredit : mStar

Sebelum ini tular perkongsian dari kakak balu arwh. Status yang dipetik dari facebook kakak balu arwh Mejar Zahir Armaya, Sha Qalif.

“Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya.untuk adik ku.. inat tabah lah atas ape yg telah terjadi.. Redha Alhamdulillah juga 2 hari selepas arrwah pergi rupanya ade sinar baru balu positif hamil kalau arrwah ade mesti dia happy sangat2 tapi malangnya arrwah belum sempat tahu yg beliau akn menerima cahaya mata lagi.

Arrwah tinggalkan penggantinya.. semoga inat kuat demi janin yg dikandung ye..
Untuk izzul ini ada lah kenangan untuk izzul ye.. nanti besar ingat ye syg daddy pergi sebagai wira..”

Sayunya apabila mendengar berita ini. Bertapa kuatnya hati seorang isteri yang baru kehilangan suaminya dan dalam masa yang sama menerima rezeki yang mengembirakan tetapi arwaah Mejar Zahir Armaya tidak sempat mengetahui tentang kandungan tersebut.

Sha turut berkongsi gambar2 kenangan Arrwah bersama isteri dan anak-anak ketika hayatnya.

Di sini cinta Balu dan arwh bersemadi.

Izzul landing katil daddy buat kali terakhir.

Disinilah Tempat Arwh..Izzul dan kenangan Daddy

Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Arrwah.

Mengemas barang Arrwah untuk dibawa pulang ke Ipoh.

Mess tempat Arw4h menginap

“Arw4h tinggalkan pengantinya ” – kakak Shafinar isteri Mejar Zahir

Di saat Allah menguji duka, Allah hadiahkan rezeki yang mengembirakan untuk balu arwaah. Semoga shafinar terus tabah terus kuat demi janin dalam kandungannya, alhamdulillah semoga hadiah dari Allah ini dapat menjadi penganti kepada suaminya seperti yg di nyatakan kakaknya Sha Qalif. Sama sama kita doakan untuk mereka sekeluarga di beri kekuatan yang luar biasa. Sumber : Fb Sha Qalif via informasiviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *