Patik Merendah Diri Memohon Keampunan

Tindakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa individu yang telah berlaku biadap terhadap baginda. Terdapat segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dengan menyatakan rasa kurang senang mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri Agong.

Atas desakan orang ramai di segenap media sosial, akhirnya, si pelaku telah tampil memohon maaf dan meninggalkan warkah buat Permaisuri Agong.

Setelah dikecam ramai pihak di media sosial, salah seorang daripada individu tersebut telah tampil dan meninggalkan warkah memohon ampun buat Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminag Maimunah Iskandariah. Individu berkenaan sebelum ini telah menutup akaun Twitter ke mode privacy dan tiada sebarang respon setelah didapati berkelakukan biadap terhadap baginda.

Dalam warkah mohon ampun berkenaan dari individu itu menyatakan kekesalan dirinya yang telah bertindak biadap terhadap Tuanku Permaisuri Agong. Dia dengan merendah diri memohon maaf segala keampunan daripada baginda.

Tambahnya, dia bersedia menghadap untuk memohon ampun sekiranya Tuanku berkenan menerima kehadiran individu berkenaan dan dia mengharapkan Tuanku Permaisuri Agong memberi pengampunan terhadap dirinya.

Antara reaksi pembaca selepas permohonan maaf Firdaus tular .

Qidiana Sabriyiana-Netizen jgn kurang ajar sangat. Igt zmn sekarang ni kalau permaisuri boleh bertweet, kita semua bebas nak bersuara dgn lantang ke? Adab dgn Permaisuri masih lagi ada sepertimana adab anda dgn ibu bapa.

Ada ke anda komen2 dgn penuh biadap di fb ibu bapa sekiranya mereka ada akaun? Tak kan. So kurangkan sikap kurang ajar. Banyakkan membaca buku. Jgn dok ngadap phone semata.

Meet Aunty R-Jatuhkan hukuman je tuanku… hukuman membersihkan sampah sarap dan kebajikan pada gelendangan.. ajar beramal sket…

Rustam Sanip –Lucut je kerakyatan. Masa kau twit kau tak ingat kesan dan akibatnya. Twit biadap kau tu patut di buang negara. Kesetiaan pada raja tu nampaknya telah kau cabuli…

Sumber: Firdaus Asraf via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *