Doa dan sumbangan buat adik Muhammad Ikhsan

Adik Muhammad Ikhsan Abdul Hadi berusia sembilan bulan dilahirkan bukan hanya tidak mempunyai telinga, bahkan bermasalah bahagian tulang belakang dan terkena jangkiitan kvman.

Dugaan itu telah menyebabkan keluarganya buntu mencari dana untuk menampung rawatan.

Ibunya, Siti Hafsah Che Mah, 40 tahun, memberi tahu media, sekurang-kurangnya RM30,000 yang perlukan untuk rawatan anak bongsunya itu.

Menurutnya lagi, dia sangat sedih ketika mengenangkan nasib anak bongsunya itu yang tidak dapat mendengar, malah tidak dapat bergerak kerana tulang belakangnya yang bengkok.

“Semenjak anak bongsunya dilahirkan, hospital adalah rumah kedua kami kerana Ikhsan kerap terkena jangkiitan kvman.

“Malah anak saya pernah ditempatkan di wad unit rawatan rapi ICU di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selama sebulan.

“Berat badannya hanya 2 kilogram sahaja, kerana terpaksa bergantung kepada susu khas yang diberikan melalui tiub,” katanya lagi ketika di hubungi media.

Menurutnya Siti Hafsah, 30,000 Ringgit diperlukan dalam masa terdekat untuk menampung pembedahan telinga dan tulang belakang anaknya supaya anaknya dapat membesar seperti kanak-kanak yang lain.

“Saya dan suami memang tidak mampu menyediakan wang sebanyak rm30,000 itu kerana suami saya bekerja sendiri dengan pendapatan yang tak seberapa, saya pula sudah dua bulan tidak berniaga barang-barang kosmetik.

Katanya lagi, Siti Hafsah dan suami juga masih menanggung dua orang anak yang bersekolah masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Kepada orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh terus di akaun CIMB bernombor 7066347938 atas nama Siti Hafsah Che Mah. Sumber : Harian Metro

Sebelum ini tular rayuan sumbangan untuk adik Ikhsan sepertimana dikongsikan Zaleha Che Kob di laman FB nya.

Assalamualaikum rakyat Malaysia yg budiman,
Mohon bantu adik Muhammad Ikhsan yg telah menjalani beberapa kali pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Sy terharu dgn ketabahan ibu dan anak ini menghadapi ujian sebesar ini. Semoga dari sumbangan tuan/puan dapat meringankan beban mereka. Hanya Allah shj Yang Maha Membalas kebaikan kalian.

Kes ini adalah benar dan jaminan dari sy kerana kenalan serta warga tempatan Tanah Merah. Jangan ragu2 utk menderma kerana mereka benar2 memerlukan bantuan, terima kasih.

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *