Menyedihkan bila ada yang menjadikan kemat1an Instafamous sbg bahan lawak

SEAKAN-akan hilang sudah sensitiviti dalam diri masyarakat masa kini, perbuatan menyebarkan aib seseorang walaupun individu itu sudah mennggal dunia dilihat semakin menjadi-jadi.

Kemtian seorang Instafamous nama sebenarnya Nur Aina Zafirah Abdul Malek, 17, bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Muhamad Husni Muhamad Anuar, 19 pada Rabu lalu mengejutkan pengikut-pengikutnya.

Posting yang dimuat naik oleh sepupu Naajerr berkaitan berita kemtian Instafamous itu.

Rata-rata tidak percaya dengan berita kemtiannya sehinggakan ada yang meragui kesahihan gambar dan berita yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @Elyshatasha yang merupakan saudara kepada Instafamous itu.

Mngsa sebelum ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di akaun Instagram miliknya gara-gara sering memuat naik perkongsian berupa video TikTok.

Menerusi posting yang dikongsi oleh beberapa individu di laman Twitter, terdapat segelintir netizen yang menjadikan kemtian mngsa sebagai bahan jenaka.

“Nak melawak tak bertempat kut. Dunia akhir zaman, netizen sekarang,” luahnya dengan rasa kesal dengan sikap individu-individu yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Semuanya gara-gara ayat yang ditinggalkan arwh di ruangan komen Instagram miliknya, ‘nak dia meh langkah myat aku dulu’ kira-kira seminggu sebelum kemtiannya dijadikan bahan lawak.

Komen-komen individu yang mempersendakan kemtiannya.

“Dah boleh langkah dah’ dan ‘dah boleh langkah ke awak?” demikian antara komen netizen selepas mengetahui insiden kemalangan itu yang telah meragut nyawanya.

Di samping itu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya serta mendoakan yang terbaik buat arwh.

Malah, sepupunya juga dalam posting di Twitter turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun Instagramnya supaya ia ditutup, sekali gus dapat mengelak daripada aibnya terus dibuka.

Berdasarkan carian pada Jumaat, akaun tersebut telah pun ditutup.

“Kalau tak ada benda elok nak cakap diam je dik. Syurga neraka bukan kau yang tentukan. Ya memang tak salah kita nak menegur tapi arwh dah tak ada. Lagi elok komen ‘innalillahwaiinailaihirojiun’ je kat situ.

“Kita yang hidup ni doakan jelah yang terbaik. Yang dah pergi dah tentulah pergi, kita yang hidup ni bukan selamanya hidup kan,” kongsi seorang netizen, mengingatkan tentang ajal mavt seseorang.

Arwh menemui ajal apabila motosikal yang dinaikinya bersama seorang lelaki digilis treler selepas dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, berhampiran Pos Raya, Ipoh pada petang Rabu.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *