Saya Tutup Akaun Bukan Sebab Sedih Atau Marah Dengan Komen Tersebut

Semalam, kecoh tentang isu penutupan akaun Twitter @cheaminahsayang milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sehingga menjadi trending dengan #AmpunTuanku. Rata-rata netizen mengaitkan penutupan akaun itu dengan tindakan segelintir netizen mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Raja Permaisuri negara.

Susulan itu, semalam polis sedang mengesan individu terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam. Bagaimanapun sebentar tadi, puteri kepada Tunku Azizah, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi akaun Twitternya @tengkuafzan1 berkongsikan sedikit kenyataan daripada Raja Permaisuri kepada umum.

Menerusi paparan screenshot yang dikongsikan itu, Tunku Azizah berkata tindakan baginda menutup akaun Twitternya bukan disebabkan perasaan sedih mahupun marah dengan komen negatif yang dibuat beberapa individu. Malah, baginda sendiri tidak membaca atau sedar dengan sebarang kenyataan sensiitif yang dikeluarkan.

Menurut baginda, penutupan akaun Twitter itu dibuat atas alasan peribadi dan baginda turut meminta supaya tiada sebarang laporan polis dibuat terhadap individu yang dikaitkan.

Perkongsian Tengku Afzan itu kemudiannya mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya terharu dengan kebaikan yang ditonjolkan Raja Permaisuri Agong.

Malah ramai dari kalangan mereka juga berharap agar Raja Permaisuri Agong dapat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.

Sumber: Twitter tengkuafzan1 via Ohbulan

Polis buru individu hina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Twitter

Sebelum ini, menerusi laporan Astro Awani mengatakan pihak polis mencari individu yang menghina Raja Permaisuri Agong. Ikuti laporannya dibawah

Polis sedang mengesan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, laporan tersebut menyebut kes penghiinaan itu berlaku di laman media sosial Twitter.

“Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghiinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Siasatan telah dibuka di bawah Sksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jnayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Bagaimanapun Huzir tidak mengulas lanjut mengenai laporan tersebut namun dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa individu di Twitter yang mengeluarkan komen biadap terhadap Tunku Azizah Aminah baru-baru ini sehingga dipercayai menyebabkan baginda menyahaktifkan akaun Twitternya.

Malah, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *