Angkara teguk sekurang kurangnya 2 tin air berkrbonat sehari

“MENYESAL pun dah tidak berguna lagi. Inilah akibatnya kalau gemar ambil gula berlebihan,” demikian kata Mohd Razin Mohamed, 56, yang mengidap kencing manis hingga menyebabkan sebahagian kulit dari belakang hingga bahu kanan terpaksa dilapah dan dibuang akibat dijangkiiti kvman.

Bekas kakitangan syarikat telekomunikasi itu menjalani pembdahan membuang sebahagian kulit di Hospital Sungai Buloh tahun lalu selepas pemeriksaan mendapati bahagian terbabit dijangkiiti kvman akibat kencing manis.

Menurut Mohd Razin, dia mula mengidap kencing manis pada usia 40 tahun selepas terlalu kerap mengambil minvman berkarb0nat terutama waktu makan tengah hari.

Katanya, setiap kali keluar minum, dia akan membeli sekurang-kurangnya dua tin minvman berkarb0nat sehari tanpa memikirkan kesan terhadap kesihatan sekiranya mengambil gula berlebihan.

“Saya hanya tahu mengidap kencing manis selepas mendapati ada semut mengerumuni tempat saya kencing. Selepas itu, saya ke klinik dan doktor menasihatkan supaya mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, keadaan bertambah teruk apabila terdapat bisul tumbuh di belakangnya yang mana ia tidak sembuh sejak berbulan-bulan lamanya.

Bimbang sesuatu berlaku terhadapnya, Mohd Razin kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan perlu menjalani pembdahan dengan segera.

“Daripada sebesar ibu jari, bisul itu merebak dan saiznya hampir sebesar tapak tangan. Saya bernasib baik kerana cepat mendapatkan rawatan memandangkan jangkitan itu sudah hampir ke tulang.

“Jika tidak, sudah tentu kena potong. Pembdahan dibuat dua kali di mana kulit yang terkena jangkitan terpaksa dibuang manakala nanah pula dicuci.

“Kesan pembdahan menyebabkan saya sukar mengangkat tangan kanan manakala kesan melekuk di belakang akibat kulit tidak rata,” katanya yang menetap di Bukit Sentosa, Rawang.

Mohd Razin berkata, buat masa sekarang, dia perlu mendapatkan rawatan susulan termasuk memakan ubat bagi mengawal kandungan gula dalam badan.

Walaupun keadaan semakin pulih, dia nekad berpantang terutama dalam pengambilan gula bagi mengelak tahap gula naik mendadak.

“Disebabkan kandungan gula tinggi pada ketika itu, saya pengsan tiga kali ketika ke tempat kerja berdekatan Masjid Jamek, Kuala Lumpur,” katanya.

Antara komen netizen :

Nurul Akmal Minghat – Semoga encik pulih sedia kala… Kencing manis ni amat bahaya lebih2 lagi kta luka2 dibahagian anggota badan nak pulih drp luka tu makan masa lama.

Abg long sya pun kena mcm encik ni asalnya bisul di kepala bahagian sebelah kanan.. puas kak ipar tekan2 kluar nanah lama2 jangkitan tu merebak pergi hospital doktor suruh pembdahan buang daging di kepala tu sampai ke tengkuk leher sb da kena jangkitan kvman bernanah dalam,,..

Ape lagi doktor toreh buang daging yg dijangkiiti kvman tu.. mmg bisa masa nak baik tu.. Allah SWT saje la Maha Mengetahui kata abg long saya..

Peringatan utk kta smua.. nak minum takde gula langsung pun bahaya kena seimbang dgn air suam @ air mineral jgn main bedal je air manis.

Ayu Uqasyah –Takut tengok ni…mak aku potong sikit2 dari jari sampai atas lutut, tengok air manis 2 ni x pernah ada niat teringin pun…kalu nak rasa sekali minum lepas tu dah…x mau…kesan kalu kena merana seumur hidup,kencing manis dgn drah tinggi…

Susah lagi nak jaga kencing manis, mak aku tinggal sebelah kaki tu x sempurna kaki… Now dia tangkap mata pulak… Sekarang mata mak kurang nampak… January tahun depan baru operate mudahan2 x ada apa2 lah…

Dah berusia kena lah jaga makan minum, penyakit ni skrg bukan lagi penyakit keturunan lagi…Tak yg x ada pun boleh kena.. semoga abg ni cepat sembuh insyaallah kalu ikut aturan boleh baik..

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *