Disebalik kisah lelaki cederra parah keluar suara nenek selepas pembdahan

Kecoh di laman sosiial baru baru ini dengan video seorang lelaki yang suaranya bertukar seolah olah bunyi nenek tua. Menerusi mStar, saudara kepada lelaki terbabit, berkongsi kisah yang tular itu. Ikuti laporannya dibaeah.

PERTAMA kali tengok vdeo dia meracau, memang meremang bulu roma saya, demikian kata Muhammad Haziq Ahmad mengenai satu vdeo yang dimuatnaik di laman Twitternya, baru-baru ini.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Haziq berkata, individu yang meracau di dalam vdeo tersebut adalah saudaranya yang ketika itu baharu saja menjalani pembdahan ekoran mengalami kecederraan parah akibat kemlangan jalan raya.

Vdeo itu sebenarnya dirakam oleh ahli keluarga yang lain, yang kemudian dikongsi dalam group Whatsapp oleh abang saya. Saya muat naik di Twitter sekadar untuk berkongsi.

“Ketika itu, salah seorang kakak saya sudah memberi amaran, kalau lemah semangat, jangan buka. Dan memang, ketika saya membukanya, memang meremang dan apa yang boleh saya katakan, itu bukanlah suara sebenar saudara saya,” katanya.

Dalam vdeo berdurasi 39 saat yang dikongsi di Twitternya, jelas kedengaran suara saudara lelakinya berubah seolah-olah mirip suara seorang wanita tua.

Anehnya, dia hanya alami kejadian itu sewaktu Maghrib. Kejadian itu katanya berlaku beberapa kali. -MUHAMMAD HAZIQ

Ketika dirakam, saudara lelakinya baru selesai menjalani pembdahan memasukkan plat selepas patah kedua-dua belah paha, rusuk dan pergelangan kaki akibat kemlangan membabitkan dua buah lori.

Menurut Muhammad Haziq, lebih menyeramkan, saudara lelakinya itu memberitahu sering dikunjungi seseorang yang tidak dikenali menjelang waktu Maghrib.

Kira-kira seminggu selepas dia kemlangan, saya ada pergi melawatnya. Ketika itulah, dia membuka cerita kepada abang ipar saya bahawa dia sering ternampak sesuatu seperti ada yang melawatnya, tetapi tak nampak muka.

Anehnya, dia hanya alami kejadian itu sewaktu Maghrib. Kejadian itu katanya berlaku beberapa kali, cerita anak muda berusia 24 tahun itu.

Bercerita lebih lanjut, Muhammad Haziq berkata, ahli keluarga terdekat kepada saudara lelakinya itu ada mencuba rawatan Islam sebagai alternatif.

“Ada juga sepupu tolong, minta ustaz yang dikenalinya untuk cuba ubatkan. Dari apa yang diberitahu oleh ustaz itu, memang ada sesuatu yang mahu berkawan dengan saudara saya tu. Terpulang mahu percaya atau tidak.

Tapi, ada juga sesetengah orang yang cakap, meracau tu kesan daripada ubat bius. Wallahualam,”ujarnya.

Tambah Muhammad Haziq, sehingga kini saudaranya masih dirawat di Hospital Temerloh.

Jom kita lihat apa kata netizen sebaik menonton vdeo tersebut.

Kita doakan yang baik baik sahaja kepada lelaki itu ya. Apa pula kata anda?

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *