Ralat tolak ajakan ayah utk berjumpa sebelum akhirnya berjumpa dlm keadaan ayah sudah dikafankan

Momen momen indah dengan orang tersayang pasti akan diabadikan sebagai kenangan yang paling manis. Namun, kenangan pahit pasti akan terpahat jua di dalam hati lagi lagi berkaitan kehilangan orang orang yang tersayang.

Menerusi applikasi Twitter, seorang pengguna telah berkongsi satu pengalaman patah hati apabila membalas satu posting dimuat seorang pengguna lain.

Di dalam jawapan gadis ini, Nurien Azizuddin telah berkongsi bagaimana ayahnya hendak sangat berjumpa dengannya kerana lokasi mereka berdua sangat berdekatan. Jelas gadis ini, waktu itu dia tengah menghadiri satu kursus dan tidak mahu menyusahkan bapanya yang terpaksa berpatah semula bagi menemuinya. Lalu dia terpaksa menolak.

Ralat kerana terpaksa mengendahkan ajakan ayahnya.

“Betul tak nak jumpa ayah?”

Namun, selepas ditolak berkali-kali, bapanya akur dan meneruskan perjalanan tanpa bertemu dengan anak perempuannya.

Rupa-rupanya, itu adalah panggilan terakhir daripada seorang ayah apabila selang beberapa hari dia diserang str0k.

“Lastly, aku balik dan yes aku jumpa ayah aku,aku jumpa dia tapi tak seteruja seperti perbualan terakhir kami sebab ayah tunggu yin dalam keadaan badan yang ditutupi kain dan sudah kaku dan juga sejuk. Dengan nada perlahan aku cakap pada ayahku, “yin dah balik”.

“Masa itu hanya Allah sahaja tahu betapa patahnya hati aku, sakitnya tak terungkap. Dan yg membuatkan aku patah hati adalah bila aku teringatkan setiap saat perbualan terakhir kami dan suara ayah yang teruja😔ini laa pengalaman aku. Ini laa erti sebenar patah hati dalam hidup aku😭”

Lebih memeritkan buat Nurien apabila dia mendapat tahu ayahnya melarang keluarga mereka memberitahu keadaan dirinya kerana bimbang anak perempuannya tidak fokus dalam pembelajaran.

Akhirnya, Nurien tetap bertemu bapanya tetapi dalam keadaan sudah ditutupi dengan kain kaapan dan sudah terbujur kaku. Waktu ini perasaan patah hati yang teramat sangat dirasai oleh Nurein.

Perkongsian dari Nurien telah membuat netizen sebak dan tersentuh hati lantas turut bersimpati atas pemergian bapanya
Posting tersebut mendapat ribuan kicauan semula di Twitter sejak beberapa hari yang lalu.

“I’m crying, i taktahu i boleh kuat atau tak kalau kat tempat you. Apapun, al-fatihah, salam takziah utk awak sekeluarga. Semoga arwh ayah awak ditempatkan dikalangan org yang beriman dan beramal soleh”

“yaAllah😭 that’s why la kalau ada peluang balik rumah, aku akan balik rumah. takisah la habis duit kat ticket. janji dapat jumpa family”

Semoga Nurien terus tabah meneruskan kehidupan dan bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber : NurienAzizuddin via bicaradaily.com

Sangat mengusik jiwa perkongsian dari gadis ini. Moga arwh bapanya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *