Foto suami isteri tidur buat kali terakhir bersebelahan anaknya Aqil undang sebak ramai

GAMBAR suami isteri tidur bersebelahan jnazah anak sudah cukup menggambarkan kasih sayang mereka terhadap insan tersayang selepas kanak-kanak terbabit mennggal dunia akibat lemas di kolam renang di hotel di Melaka, Sabtu lalu.

Siti Juliana Mhd Halil, 33, dan suami, Hamidi Zen, 37, meluangkan masa untuk tidur bersama jnazah anaknya, Muhammad Aqil Hamiki, 5, buat kali terakhir sebelum anak bongsunya itu dikebumikan di Durian Tunggal pada keesokan hari.

Menceritakan kisah sedih itu, adik kepada Siti Juliana, Siti Azlina berkata, kakak dan abang ipar tidur di sisi arwh pada 3.30 pagi sehingga Subuh sementara menunggu jnazah dikebumikan.

Menurutnya, arwh disahkan mennggal dunia pada 12.30 tengah malam Ahad selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri sebaik ditemui terapung dalam kolam renang terbabit.

“Biasanya arwh tidur bersama ibu bapanya dan hari terbabit adalah hari terakhir bagi arwh sebelum dia pergi selama-lamanya.

“Terlalu sukar bagi kami menceritakan situasi pada waktu itu kerana ahli keluarga lain turut sama tidur di sisi arwh.

“Enam tahun kakak menunggu untuk mendapatkannya, namun Allah SWT lebih menyayanginya dan hanya meminjam Aqil untuk lima tahun.

“Pada 29 September ini, arwh genap lima tahun dan pada tarikh berkenaan, kami pasti mengingatinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi Sabtu lalu ketika arwh bersama ahli keluarga mandi dalam kolam di hotel penginapan selepas mereka datang menziarahi datuknya, Mhd Halil Lasimin, 70, yang menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, jasad arwh ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, selain muka dan bibir kebiruan.

Pasukan penyelamat hotel terbabit cuba memberi bantuan pernafasan sebelum arwh dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan untuk menyelamatkan arwh, tapi malangnya, dia disahkan mennggal dunia pada tengah malam Ahad.

Siti Azlina berkata, beberapa hari sebelum kejadian, arwh menunjukkan kelainan antaranya sering memberitahu dia mahu ke syurga.

“Bukan itu sahaja, arwh tidur atas perut ibunya dan dia tidak pernah bertindak sedemikian sebelum ini.

“Pada hari kejadian arwh sempat menziarahi datuknya sebelum pulang ke hotel bersama bapanya.

“Kami sepatutnya menginap di hotel terbabit dua malam kerana datuk arwh menerima rawatan. Secara kebetulan, hotel itu berdekatan dengan hospital jadi kami mendaftar masuk di situ,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat tahu arwh lemas, dia berlari sambil menjerit nama ‘Aqil…Aqil…” dan melihat tubuh anak saudaranya itu dalam keadaan kaku.

Pada ketika itu, ibu bapa arwh, Siti Azlina serta ahli keluarga hanya mampu menangis dan mereka berdoa semoga ada keajaiban pada hari terbabit.

“Kolam di hotel itu tidak seperti di tempat lain apabila kita boleh melihat kelibat seseorang jika berada di dasar. Tapi di sini, tidak sama sekali dan mungkin disebabkan dasar kolam itu warnanya agak gelap.

“Sebab itulah pada hari kejadian, ramai tidak menyedari hinggalah arwh ditemui,” katanya. Sumber : Harian Metro

PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.

(dipetik dari FB Siti Azlina Lynn)

Acik rindu aqil, aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.

GAMBAR 1.

Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah aku ambil 2 bilik untuk kami stay di the shore melaka.

Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok. 😥

GAMBAR 2.

Aqil, mama, papa, aleesya, cu dengan abang qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali. Malam tu aqil tido dengan family aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua family aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tido hotel. Tido ramai ramai.

GAMBAR 3.

Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.

GAMBAR 4.

Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai ramai.

GAMBAR 5.

Pagi sebelum turun ke kolam renang, aqil tengok atok kat hospital jalan Kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama aqil selalu cakap, aqil tak makan dah banyak hari. Selalu aqil paling suka makan. Kalau tengok aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok. Atok cakap dengan aqil:

“Aqil duduk sini dengan atok eh”. Aqil bawak opah sarapan. Pagi Tu aqil makan roti canai suku je. Mama tanya.

“aqil nak makan tak?”

“Taknak mama”

“Aqil nak minum ais kosong je”

Selalu aqil minum Milo ais, pagi tu Minta ais kosong je.

GAMBAR 6,7,8&9.

Semua dah excited tunggu aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi. Lepastu aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa aqil.

Mana saja aqil pergi papa dia akan ikut. Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil. Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.

“puan aqil lemas, ada disana”

Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama aqil.

GAMBAR 10&11.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat aqil, aku tengok ramai orang keliling aqil sambil aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil.

Kebetulan masatu ada sorang hamba Allah ni nampak aqil terapung dan dia yang tolong tarik aqil ke tepi untuk tolong aqil sambil tanya “anak siapa ni? “anak siapa ni?”

Lepastu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah 2 orang dokter yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling aqil. Semua orang bersungguh tolong aqil sayang😥.

Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang bewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya. Kat kolam renang dewasa tu takda life guard dan cctv pun. Lagi menyedihkan dan rasa kesal dengan hotel tu.

GAMBAR 12.

Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritiikal, dokter cuba sedaya upaya untuk selamanya aqil. Dokter bagitahu keadaan aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya.

Tepat jam 12 malam dokter bagitahu mama dengan mama aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 tengahpagi dokter dah bagitahu aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil.

GAMBAR 13&14.

Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!

GAMBAR 15

Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.

GAMBAR 16,17,18,19&20.

Sebak tengok gambar ni, mama dengan papa aqil tido dengan aqil buat kali terakhir dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tido dengan aqil terakhir pagi tadi. Masih terngiang lagi suara aqil ya Allah.

GAMBAR 21-30.

Adalah gambar perjalanan aqil ke syurga😥 Allah sayang aqil, aqil budak baik. Hari hari sembahyang, mengaji. Semua sayang aqil, kalau pergi rumah aqil mesti tengok aqil tengah mengaji dengan papa dia. Allahhu. Patutlah Allah ambil aqil, sebab aqil budak baik. Aqil ada bagitahu mama sebelum ni,
“mama, aqil nak pergi syurga tau”

Betul jadi kenyataan untuk aqil. Perjalanan aqil ke syurga semua orang cemburu qil. Indahnya hidup aqil sekarang. Kami semua rindu aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar aqil gado dengan rifai, rizqi rafanda😥.

Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan aqil tau. Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan aqil.

Acik peluk aqil, acik picit badan badan aqil sebab aqil montel sangat. Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua. Terima kasih bagi pinjam aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Video harijadi aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.

Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.

Patutlah aqil dijemput ke syurga, aqil budak yang sangat soleh.

Acik bangga dengan aqil, ada satu hari tu acik datang rumah aqil. Aqil tengah mengaji dengan papa. Kat sekolah aqil dah puas solat, mengaji semua. Balik sekolah, datang rumah opah dengan atok. Waktu maghrib aqil solat dengan rizqi, rifai, aleesya, dan aqil mesti akan duduk depan jadi imam. Ya Allah, mulanya aqil.

Dengan umur sebegini dah tahu semuanya. Perjalanan aqil ke syurga sangat mudah. Aqil selalu jadi perhatian semua orang, sebab aqil comel aqil keletah. Semua orang dekat dengan aqil tapi tak perasan aqil akan pergi dulu. Bangganya dengan papa aqil Midie Zein mama Siti Juliana Mhd Halil didik aqil. Dah selesai tanggungjawab kakak dengan abang aku didik aqil dengan sempurna. Aqil nanti tarik mama dengan papa semua ke syurga tau.

Aqil, ramai rindu aqil. Hari kedua tanpa aqil. Beratnya nak terima, kalau boleh masa diputarkan semula, kami akan putarkan. Tapi ni semua sudah takdir, aqil kena pergi dulu ke syurga. Sebab nanti aqil akan tarik kami semua ke syurga. Walaupun mama aqil nak dapatkan aqil kena tunggu 6tahun. Allah SWT bagi pinjam tak sampai 5 tahun untuk berkasih sayang dengan aqil. Mama, papa, opah, atok semua redha sayang. Sebab aqil anak soleh. Memang layak ke syurga. Tenanglah wahai anak syurga😥

Al fatihah aqil sayang🤲

#aqil
#aqilanaksurga

Moga rohnya dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *