Terkilan Pusat Tahfiz Bila Terima Makanan Sedekah Guna Plastik Sampah Hitam

Menerusi Facebook sebuah pusat tahfiz, seorang individu telah menghantar selonggok makanan yang dibungkus menggunakan plastik sampah bewarna hitam kepada anak-anak tahfiz dan ahli jemaah surau untuk menjamu selera. Tindakan individu tersebut, ternyata mendapat kecaman dan mengundang kemarahan netizen apabila menggunakan plastik hitam sebagai bekas letak makanan.

“Peringatan!”

Assalamualaikum wbt.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan kepada Pelajar-pelajar Tahfiz atau Ahli Jemaah Surau diminta untuk menghubungi atau memaklumkan kepada pihak pengurusan Tahfiz atau Surau terlebih dahulu.

Penghantaran makanan hendaklah dilakukan hanya selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan.

* Makanan mestilah dihantar dalam keadaan yang baik.

** Anda dilarang menghantar makanan di dalam plastik sampah. Rujuk Gambar.

Harap Maklum.

“Sekian”.

Menurut pengurus pusat tahfiz berkenaan, sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan kepada pelajar tahfiz mahupun ahli jemaah surau, mereka haruslah menghubungi dan memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.

Penghantaran makanan hendaklah dilakukan selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan. Manakala, makanan tersbeut haruslah berada dalam keadaan yang baik dan bukan di dalam plastik sampah.

Rata-rata netizen menganggap sikap individu tersebut sangat biadap kerana meletakkan makanan ke dalam plastik tong sampah. Tambah netizen, penggunaan plastik sampah, tidak baik untuk kesihatan manusia kerana mempunyai bahan kimia. Jika individu tersebut ikhlas, sudah pasti bekas makanan mahupun plastik yang menjadi kebiasaan akan digunakan.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Dr. Rosli Abdul Jalil, berkongsi penulisannya mengenai bahayanya menggunakan plastik hitam untuk membungkus makanan terutama daging. Menurutnya, kajian di USA mendapati plastik bewarna hitam merupakan plastik kitar semula (recycled plastic) yang mengandungi bahan kiimia br0mine dan plvmbum.

Bahan kiimia yang terkandung mampu menyebabkan penyakit knser, terbantutnya proses perkembangan anak-anak (developmental dis0rder), masalah repr0duksi dan perubahan h0rmon thyr0id dalam badan. Oleh itu, plastik tersebut tidak sesuai untuk membungkus makanan.

Sumber : Ohbulan

Niat untuk bersedekah itu sudah baik. Tapi janganlah sehingga seperti menghina rezeki dan menyinggung perasaan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *