Kata papa empat isteri pun tak mampu jaga macam anak

“PAPA memang selalu berpesan. Cuma, barangkali pagi tadi yang cukup hening buat kami berdua dan dia pun pesan macam-macam.

“Saya pula jarang nangis, jadi sedihlah. Apapun, papa bukan kritikal. Dia stabil dan sakit sikit saja,” kata pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

Dr Norzizi, 43, berkata dia sekadar berkongsi kesedihan di sisi bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 75, dirawat di hospital.

“Jangan risau, papa sihat dan dia akan sembuh tidak lama lagi,” katanya memberitahu bapanya juga baru dibenarkan keluar hospital.

Menerusi foto dimuat naik Norzizi di Instagram (IG) pagi hari ini, dia mengabadikan gambar sedih kerana menangis bersama bapanya.

Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, duduk di katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

“Kata papa, empat isteri pun tak mampu jaga macam mana anak uruskan dia dan mama. Macam-macam lagilah yang dia cakap.

“Jadi, saya segera ambil telefon minta papa cakap sendiri pada adik semua. Saya rakamkan vdeo papa itu,” katanya.

Katanya, vdeo pesanan yang dirakam itu membuatkan dia tidak mampu menahan sebak dan sangat sedih hingga menangis.

Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar menyebabkannya lvmpuh tangan serta kaki kiri.

Antara komen netizen:

Zulkifli Ramadhani –Bahasa kiasan.. Dia ada 1 isteri je.. Dia nk bg tau anak dia jga dia sgt2 baik walaupon jika memiliki 4 isteri pon masih x mampu nk buat sepertimana anak dia jga..

Min Fhai -Anak yg bijak pandai jgn dijunjung dan anak yg bodoh jgn dihina. Kerana yg bodoh la akan baca yasin masa ayah kembali.😭.. Yang bijak pandai semua duduk luar negara… Mak ayah kembali x sempat nak balik.. Pengalaman aku sendiri..

Azz Nizar -Wajah si ayah(seniman) yg pernah membintangi filem Sesejuk Air Mata Ibu dan Anak Sulong 7 Keturunan sementara di sisi wajah si anak satu ketika pengacara slot Di Mana Joe Jambul… Semoga dipermudahkan… Aamiin…

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *