Kisah Disebalik Kubur Lima Beradik Mngsa Telur Ikan Kurau

Baru-baru ini, tular kembali sekeping gambar di media sosial akan sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang yang dikatakan menyimpan sebuah sejarah dan kisah tersendiri yang menyayat hati.

Menurut mStar (pada 2017), papan tanda yang tertera ayat ‘Kubur lima beradik mngsa telur ikan kurau’ itu menjadi tanda tanya akan kisah sebenarnya selepas ia dilihat mempunyai 10 buah batu nisan.

Buat Makmor Kassim, 45, kisah menyayat hati ini masih terpahat kukuh di mindanya meskipun dia masih lagi kecil ketika kejadian tersebut berlaku. Lima daripada adik beradiknya telah mennggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau pada 1 Disember 1974 lalu.

Dia merupakan adik bongsu kepada lima orang adik beradik yang mennggal dunia pada ketika itu.

Kejadian ini bermula apabila bapa mereka, Kassim Alauddin dikatakan telah membeli telur ikan kurau yang seterusnya dimasak menjadi lauk asam pedas oleh isterinya, Fatimah Hussein sebagai hidangan tengah hari.

Namun malang menimpa keluarga mereka, adik beradik Makmor, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, telah didapati tidak sedarkan diri sebelum mennggal dunia selepas memakan masakan tersebut di rumah mereka dekat Kampung Kandang, Melaka.

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.

Tambah Makmor lagi, telur dimakan adik beradik tersebut didakwa beracvn. 11 daripada ahli keluarga mereka termasuklah emak saudara yang tinggal berhampiran telah memakan asam pedas telur tersebut. Pun begitu, lima adik beradik Makmor yang mennggal dunia setelah menerima rawatan di hospital.

Namun mujurlah ibu dan bapa Makmor redha dan bertabah dalam menerima dugaan yang menimpa. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dengan lima orang anak lagi yang lahir sebagai pengubat kesedihan terdahulu.

Mereka ialah Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33, Norhafizah, 32, dan Murni, 31. Manakala selain daripada lima yang mennggal dunia sebelum itu, ada tiga lagi abang Makmor yang masih hidup (pada 2017) kerana tidak ada ketika kejadian berlaku iaitu Zakaria, 55, Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap (pada 2017) di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah mennggal dunia kira-kira 17 tahun lalu. Emak pula sudah uzur (pada 2017) dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Keratan akhbar yang melaporkan kejadian menimpa 5 beradik pada tahun itu.

Walaupun kisah ini dah lama berlaku, tapi bila baca semula kisah ini, rasa sayu sangat. Niat yang pada awalnya untuk mengenyangkan semua penghuni rumah sewaktu makan tengahari bertukar menjadi mimpi nger1. Al-fatihah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *