Abang malas bekerja. Selalu mintak duit. Lepas dia meninggal tersentap saat curi baca henfon arwh

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri.

Allah uji dengan berbagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, samada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Tahun ni dugaan berganda menimpa aku. Ujian-ujian ini lah yang telah membuka mata hati aku untuk terus berjuang didunia ini.

Bukan mudah nak berhadapan dengan situasi ini. Tapi aku percaya semuanya ada hikmahnya. Allah sentiasa bersama aku. Allah tahu aku sedih. Allah tahu aku penat. Tapi Allah tak akan uji hamba-Nya diluar kemampuan diri. Sabar. Aku kuat..

Awal tahun ini aku diuji dengan masalah rumahtangga. Pencerian dengan insan yang dicintai kerana orang ketiga. Aku pernah luah kisah aku kat sini sebelum ni. Ujian berat tu aku dah lepas, aku dah boleh terima takdir aku yang aku kini seorang janda. Aku dah maafkan segalanya yang berlaku dan sedikit dendam pun tak ada.

Tapi ujian kali ni amat perit aku rasakan. Kadang-kala rasa bersalah itu menyelubungi diri ini. Rindu yang paling sakit adalah merindui insan yang telah pergi di jempu Ilahi. Aku tak sangka dia pergi secepat ini. Aku tak sangka hayatnya sampai sini. 10 Sept, abg kandungku, dalam usia 30 tahun, dia di jemput Ilahi.

Abangku dia dah berumahtangga 7 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel berusia 1 tahun 8 bulan. Dia tinggal setaman dengan rumah mak abah. Awal perkahwinan, segalanya berjalan dengan lancar, tahun demi tahun dia jadi malas bekerja. Kerja berhenti, kerja berhenti.

Ramai cakap dia pemalas, orang-orang taman, termasuk lah diri aku. Bersalahnya aku pada dia. Allah berdosanya aku. Maafkan aku, aku tak tahu kau sakit. Dia lebih banyak tidur, dan pernah aku mengesyaki dia ada ambil ‘barang’. Maafkan aku aku tak tahu kau betul-betul sakit.

Dia selalu minta duit dari mak abah dan beradik menyebabkan kami tak selesa. Dia selalu ada konflik dengan isterinya, semua gara-gara abang tak kerja. Selepas dia meninggal baru lah aku boleh lihat apa yang berlaku sebenarnya.

Aku curi baca dari handphone aruwah. Dia selalu mintak duit sebab nak beli keperluan anak dia. Kalau lah aku tahu, aku pasti akan bantu kau. Kesian kat kau. Abang aku menghidap asma. Asma dia dah tahap kr0nik. Patut lah dia tak mampu nak bekerja lagi. Dia banyak tidur.

Aku menyesal salah sangka dengan dia. Aku menyesal. 4 hari sebelum aruwah meninggal, dia banyak kali jatuh tersadung, abah hantar dia pergi hospital. Dia masuk zon merah. Bila dah stabil, dia di masukkan ke wad.

Selang sehari, dia dah boleh balik. Bila dia balik, keadaan dia tak seperti orang sakit, cergas. Balik dari hospital dia terus betulkan tv yang rosak. Sehari sebelum dia meninggal dia rajin sangat, dia tolong bersihkan sampah-sampah dalam rumah. Siap dia buangkan sampah pampers anak aku. Baiknya dia.

Dia tak pernah membantah atau melawan kata-kata mak. Walaupun kena marah-marah, dia tak pernah balas. Walau orang salah sangka dengan dia, dia tak pernah nak tegakkan diri dia, dia selalu mengiya kan apa orang cakap.

Aku ada baca mesej dia dengan mak. Mak suruh dia kemas laman rumah, dia buat. Dan mesej yang paling menyentuh hati aku bila dia cakap “Mak, Aus dah buat semampu Aus, Aus rasa semput Aus dah serang, ubat Aus dah habis”

Beberapa jam sebelum dia mennggal, dia betulkan tab akak yang dah rosak. Dia kemas laman rumah, Dia sapu sampah. Dia pam kan tayar basikal anak buah. Dia bermain bergurau dengan anak-anak buah dia.

Aku mohon kepada semua doakan aruwah abang aku. Sedekahkan lah al-fatihah kepadanya. Mohd Firdaus Bin Zolkifli. Aku rindu kau. Maaf selalu abaikan kau. Maaf salah sangka dekat kau. Semoga kau ditempatkan bersama-sama orang beriman. Aamiin..

Nasihat aku kepada semua, jangan mudah menilai orang. Kita tak tahu apa yang di tanggung seseorang, sebab kita tak berada di tempat dia, hanya diri sendiri yang merasai. Jangan lah jadi seperti aku, sepanjang hidup, aku akan rase menyesal sebab salah sangka dengan orang.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt.

– Fa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Antara komen netizen selepas membaca luahan FA.

Suri Yana –Aruwah abg aku pergi pada bulan ogos 2018. Umur 31. Juga seorg yg sgt baik.. dia OKU sbb eksiden. Maafkn kami kerana memaksa kau mncri kerja. Sibuk memikirkn dia utk berdikari menyara diri. rupanya bidadari yg menanti. 😭 Sakit dia pun dh lama , dia tanggung sndiri.

Seminggu seblm kemtian, dia mengadu skt perut sgt. Dia dah koma , dr diagnose dia kanser pankreas dah thp 4. Terkejut. Terperanjat. Nk dicuba sgala rawatan, Sistem bdn dia dh tak stabil, akhirnya kami redha.
Betul, jgn menilai dari luaran. Dan hargailah org di sekelliling kita selagi hayat dikandung bdn. (Al-fatihah buat aruwah Ramadhan Azwan)

Debunga Chenta -Kalau awk rasa bersalah tu sedekah kan alfatihah pd dia,buat sedekah atas nama dia.. Jangan lupa jaga kebajikan anak buah awk sbb sekarang dia dah jd ank yatim.. Dan tanggungjwb nafkah ank abg awk tu sekarang dah jatuh pd family awak..

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *