Tiba2 tak boleh brjalan lps tidur. Air dlm kepala berlebihan. Ibu mohon doakan anak hidap knser stage 4

Hati ibu mana yang tidak sedih dan sebak saat melihat keadaan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari jatuh sakit. Tidak ada seorang ibu pun yang sanggup melihat anak yang masih kecil terpaksa menanggung kesakitan.

Di Facebook, seorang wanita kongsi kisah anaknya, Huzaifah yang baru berusia 3 tahun hidap knser otak tahap 4. Lebih memilukan apabila kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan sehingga 2 kali. Sedihnya.

Air dalam kepala berlebihan

Anak sulung saya Muhammad Al-Huzaifah Bin Ahmad Farhan pada awalnya sama seperti kanak-kanak biasa yang aktif berlari sana sini, petah berbicara dan bijak. Namun kami sekeluarga telah di uji apabila tiba-tiba kaki Huzaifah tidak dapat berjalan setelah bangun dari tidur.

Doktor telah melakukan X-ray, dan ambil ujian drah. Keputusan adalah normal. Pihak hospital kemudiannya melakukan CT scan di bahagian otak dan ujian susulan saraf tunjang. Tadi doktor dah bagi result, walau pahit terpaksa aku telan jua.

Doktor cakap air dalam kepala Huzaifah berlebihan sehingga block saluran yang mana pun mereka belum tahu. Ia menyebabkan Huzaifah tak boleh jalan.

Huzaifah akan menjalani 2 kali operati0n

Selepas itu ujian MRI dilakukan untuk memastikan apa yang block saluran air dalam otak dia. Lepas buat MRI doktor masukkan VP SHUNT, iaitu tiup kekal untuk salur air dari otak ke perut.

1st operati0n andai dari keputusan MRI ada ketumbuhan yang menghalang, doktor plan akan buat 2nd operati0n iaitu operati0n besar-besaran selama 4-6jam. Bermaksud Huzaifah akan menjalani 2 operati0n.

Ada ketumbuhan kecil pada otak

Huzaifah ada ketumbuhan kecil di bahagian otak iaitu di tempat yang kecil, jadi maksud doktor risiikonya sangat tinggi. Kemudian Huzaifah dimasukkan ke wad, doktor dari bahagian ok0logi (knser) dah buat appointment dan abang mungkin start kim0 lepas ni apa-apa pun tunggu keputusan doktor macam mana.

Semalam appointment dengan doktor neur0logy, Huzaifah nampak lemah sangat, nak minum pun selalu tersedak, air liur meleleh, badan lemah. Doktor cakap tu adalah progress knser tu.

Knser tahap 4

“Malam tadi ibu p kat abg, misi bagi tulang kepala abg kat ibu, nanti abi tanam ya sayang, sayang rehat la dulu dalam icu ya nanti ibu datang”

Ibu tanya doktor, kalau ikutkan Huzaifah stage berapa, doktor cakap Huzaifah stage 4. Luluh hati ibu nak, ibu harap abang kuat tau! Semua sayang dan doakan abang. Keputusan MRI menunjukkan otak dia bengkak, doktor dah on ubat streri0d 2 weeks nak bagi kurang bengkak.

Kemudian, ibu dapat call dari Dr. Shoba (doktor onkologi), result sample ketumbuhan yang baru ini adalah confirm knser. Alhamdulillah sekurangnya semua terjawab, dari tertanya-tanya, kali ini ibu lebih tabah dan kuat.

InsyaAllah Allah janjikan yang terbaik

Ibu sempat tanya adakah rawatan untuk abang, doktor suruh datang pada 19 september untuk bincangkan. Pada hari itu (19 September) adalah hari jadi ibu pula tu. Ya betul! Allah SWT tak akan uji jika hambanya tak mampu.

Semua ini dugaan buat ibu dan abi supaya lebih kuat, lebih tabah dan lebih sabar. Orang tak lalui tak akan merasai, memang semua orang cakap redha. Ya kami akan ikthiar sehabis boleh dan apa saja ketentuan kami redha Insyaallah Allah janjikan yang terbaik.

Knser dah merebak

19 September hari jadi ibu dan juga tarikh appoinment abang tentang result hari tu. Hari ni juga break news, semua doktor neur0 kelilingkan abang, gosok kepala abang, doakan yang baik-baik buat permata hati ibu ini.

Doktor cakap kalau dia tak buat rawatan boleh tahan dalam 6 bulan kalau follow rawatan boleh lambatkan process mungkin dalam 1 tahun lebih ke 2 tahun. Sekarang doktor suggested radi0therapy tapi cuma lambatkan process dan akan arrange untuk jumpa paliatif.

Knser abang dah pergi banyak tempat, doktor cakap kes abang rare sangat, kes pertama dalam fail dia untuk kanak-kanak seusia dia.

Harap segalanya dipermudahkan

Muhammad Al-Huzaifah Bin Ahmad Farhan, anak kami yang berusia 3 tahun 5 bulan, dirawat oleh doktor di hospital Pulau Pinang. Dia telah menjalani operati0n otak sebanyak 2 kali.

Doktor cakap dengan masa yang ada gembirakanlah hati abang. Insyaallah sayang, ibu akan buat yang terbaik untuk abang dan selebihnya kuasa Allah SWT.

Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap knser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan dan di angkat segala kesakitan serta sentiasa berharap ada kejaiban buatnya, Amin!

Antara komen netizen yang tersentuh selepas membaca perkongsian wanita ini.

Seri Murni – Allah… Kau angkat lah penderitaan ank syurga ini.. Kau beri lah kesembuhan kpd ank syurga ini.. Agr semangat mak & ayah beliau kembali kuat… Singgah berat dugaan yg kau uji.. Moga ada keajaiban untk ank syurga ini kmbli pulih&normal sprt knk2 lain… Amin….

Sofieya Sofie – Semoga Semuanya brjln dengan lancar di dlm bilik OT,dan di beri kesembuhan segera selepas nya.. Insyaallah dia ank yg kuat… Sy masih ingat dulu ade org ckp kt sy saat sy rse down sngt mse ank syurga sy nk jalani operati0n dlu..

Kekuatan seorang anak perempuan terlekat pada bapanya, Kekuatan seorang anak lelaki terletak pada ibunya..

Sy pegang kata2 tu utk sy trus kuat di sisi anak syurga sy.. Semoga akk dan keluarga trus tabah.. Saya dah rasa apa akk rasa.. Kini dh berakhir,anak syurga sy dh selamat bermain di alam abadi.

Sumber: Mrs Mamaa via Ohbulan

Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *