Anak2 kelaparan. Contact family tp dpt bluetick. Tebalkan muka minta beras dgn jiran dan hulur syiling

Foto sekadar hiasan. Aku sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak walaupun dah amalkan perancang keluarga. Akhirnya aku ambil keputusan untuk mengikat peranakan aku ketika melahirkan anak bongsu secara pembedahan. Alasan aku kepada doktor,aku sudah punya ramai anak dan suami hanya kerja biasa sahaja.

Pendapatan bersih suami tidak sampai dua ribu sebulan. Dengan menyewa dan mempunyai anak ramai, aku sedaya upaya berjimat serba serbi. Alhamdulillah belum lagi anak anak aku kebuluran. Masih dapat merasa makanan walaupun tak semewah rakan rakan mereka.

Dan aku bersyukur kerana anak anak memahami masalah kewangan kami dan tidak memilih untuk merungut. Malah,jika mereka tahu kami keputusan duit,mereka akan hulur duit tabung mereka walaupun ketika itu mereka cuma ada RM3. Aku tahu mereka ikhlas cuba untuk membantu.

Aku hanya surirumah. Aku melakukan pelbagai pekerjaan dari rumah. Aku tiada bakat dalam bidang masakan maka aku tak berani untuk buat perniagaan makanan kecil kecilan seperti yang disarankan masyarakat sekeliling. Aku tidak mahu orang menyumpah2 masakan aku seperti mana masyarakat menyumpah mereka yang jual makanan sekadar untuk untung.

Maka aku lakukan tugas tugas kecil yang aku mampu seperti tolong jiran untuk hantar anaknya ke sekolah, tolong sesiapa yang perlukan khidmat menghantar barang dan lain lain asalkan aku dapat upah.

Kini mereka sudah bekerjaya hebat. Bercuti, travel, beli barangan mewah segalanya diupload di social media. Aku tidak friend dengan mereka, tapi adakalanya mereka tagged rakan rakan mereka yang kebetulan rakan rakan dalam friendlist aku juga. Aku sekadar memerhati dan biarkan sahaja kehidupan mereka.

Ketika aku dan suami dalam keadaan terdesak. Aku cuba memohon bantuan dari ahli keluarga. Tapi tiada reply atau sekadar bluetick diberi. Aku cuba faham maybe mereka pun tiada wang untuk diberi. I’m fine. Tetapi bila kami berkumpul family besar, dan ada acara makan sedap sedap.. anak anak aku akan menjadi agak ‘pelahap’. Ye lah mereka kecil lagi. Yang sulung pun belum masuk tahap dua sekolah rendah lagi.

Bila aku melarang anak anak aku mengambil makanan secara berlebihan, ahli keluarga aku akan menempelak aku dengan mengatakan aku kedekut dan berkira dengan anak anak sampai nak melarang mereka nak makan. Kedekut dari dulu! Tetapi bila aku tak larang, mereka label anak anak aku sebagai pelahap atau “makan jenis tak ingat orang belakang”. Pedih hati…

Mereka selalu menasihati aku agar selalu beri anak anak makan,supaya tidak jadi pelahap. Jangan berkira atau kedekut dengan anak anak. Tapi bila aku beritahu tentang masalah kewangan keluarga kami, mereka kata aku malas nak usaha cari duit.

Alhamdulillah jika pergi mana mana majlis keramaian atau kenduri, anak anak aku amat behave dan tidak menunjukkan sifat ‘pelahap’ di rumah orang luar. Cuma sifat pelahap tu ada bila di rumah atuk dan nenek mereka sahaja sebab mungkin bagi mereka, atuk nenek dan pakcik makcik adalah ahli keluarga darah daging. Dan aku pula selalu tanamkan di minda mereka dan beritahu Family is our closest friend.. We need them!

Oleh sebab tak tahan asyik diperli, aku kurangkan aktiviti untuk berkumpul dengan keluarga aku. Aku biarkan sahaja mereka pergi ke mana mana atau buat apa apa. Lagipun mereka tidak pernah mengajak takkan aku nak terhegeh hegeh nak turut serta kan?

Aku bukan jenis suka meminjam sana sini. Dan aku jugak tidak suka jika suami aku meminjam dari rakan rakannya atau ahli keluarganya sebab mereka pun agak sinis menyindir suami aku bila cuba meminjam wang.

Oh ya, suami aku dulu gaji agak besar, tapi disebabkan buat pinjaman peribadi untuk membantu beberapa ahli keluarganya maka potongan gaji agak besar dan mereka pun tidak ada usaha nak membayar semula.

Jenis aku dan suami aku, kami tak suka menuntut hutang dengan ahli keluarga sebab nanti akan berpecah belah. Cukup mereka tahu yang diri mereka berhutang dan apa hukum dan adabnya. Bukan tak pernah cuba menuntut,tapi reaksi mereka agak buatkan kami berkecil hati untuk menuntut lagi.

Sehinggalah satu hari yang baru berlaku minggu lepas, aku betul2 memerlukan duit sedikit untuk beli beras. Hanya beras sahaja aku perlukan. Anak anak aku sudah kelaparan. Tepung dan roti juga sudah habis. Telur ada tiga biji.

Aku sudah malu untuk meminjam duit dengan sahabat aku. Lalu aku cuba meminta bantuan dari ahli keluarga aku. Seperti biasa, reaksi mereka hanya bluetick. Bila aku call ibubapa aku, mereka pun ucapkan bende sama, “tiada budget”. Maka aku husnuzon dalam masa yang sama hati aku sebal bila fikirkan apa aku nak beri anak aku makan malam ini.

Tanpa segan silu, aku tebalkan muka meminta dua pot beras dari jiran aku dan hulur kepingan syiling dari tabung anak aku dan berjanji akan bayar harganya. Alhamdulillah jiran aku sudi sedekahkan beras 2kg waktu tu. Aku happy dan bersyukur sangat, anak anak dan suami aku happy walau malam tu dapat jugak kamk makan walaupun kami cuma makan nasi, telur dadar dan kicap semata. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, aku dan suami aku pernah sempat grab promotion simkad unlimited data dengan kadar rm70 sebulan dan kami kongsi hotspot..dan aku rasa internet amat diperlukan pada zaman sekarang.

Tidak… aku tidak pertikaikan cara belanja mereka. Kita semua ada cara belanja kita tersendiri. Ada kehendak ada keperluan. Aku faham semua tu. Cuma aku sedih, aku dipulaukan oleh ahli keluarga sendiri.

Aku terasa bagai dihina dan sampah sangat sebab meminta minta tapi tak dilayan oleh ahli keluarga sendiri. Mungkin masyarakat fikir aku terlalu emosional tapi itulah aku rasakan. Aku tak mampu nak bersangka baik ketika itu. Tak mampu…

Pada malam itu juga, aku ambil keputusan, aku ‘putuskan’ pertalian kekeluargaan ini. Aku block mereka dari semua access. Aku beritahu suami aku, jika ada ahli keluarga aku nak bercakap dengan aku, beritahu sahaja aku sibuk atau tiada atau apa apa sahaja asalkan jangan beri kepada aku.

Aku tak mahu tau sedikit pun tentang hidup mati mereka! Aku tidak mau tahu sedikit pun apa yang berlaku atau apa sahaja mengenai mereka! Cukup…! Andai kita berdua tiada nanti, biarkan anak anak kita di jabatan kebajikan. Jangan sesekali diserahkan kepada family aku atau family dia. Jangan sesekali!

Kini aku dan suami sedang dalam proses mengikuti seminar untuk naiktaraf ekonomi atas bantuan sahabat aku sendiri. Alhamdullah sekurangnya aku ada seorang sahabat yang setia dengan aku dari zaman tadika sehingga kini.

Aku tak boleh lupa kata kata sahabat aku seorang ini… “Dulu, aku susah… kau sentiasa bantu aku, tolong aku. Sekarang giliran aku pula bantu kau. Kita kawan dunia akhirat kan?” Aku menangis sehingga tersedu2 sebab akhirnya orang luar juga yang tolong aku..

Maka start dari situ lah aku nekadkan hati, bulatkan hati. Aku akan ubah ekonomi keluarga aku ini dan aku berjanji aku akan bawa keluar dari kepompong kemiskinan ini.

Biarlah masyarakat nak label aku derhaka sebab putuskan hubungan kekeluargaan, biarlah masyarakat nak label aku tak cium syurga dan tak dapat syafaat nabi sebab putuskan silaturrahim.

Aku pilih hati aku untuk dijaga demi kelangsungan hidup kami sekeluarga. Dan aku yakin Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati aku. Biar Allah sahaja menilai keputusan aku sekarang.

Antara komen netizen selepas membaca luahan wanita ini.

Cik Pau –Allahu sedihnya. Fahm disaat kita tiada apa2 masyarakat sisihkan kita. Org luar xpa lg tp bila famili terdekat yg buat luluhnya hati. Tekadkan azam kuatkan semangat untuk berjaya dan ubah nasib famili.

Semoga confessor dan suami tetap kuat dan tabah harungi dugaan. Juga didoakan semoga berjaya dalam bidang yg baru ingin ceburi. Ingatlah jika tiada bahu utk bersandar masih ada dahi untuk bersujud. Mengadulah apa2 hanya dgn Dia. Allah sentiasa ada.

Are-Da Wb –pendapat sy, rugi lah awk kalu block diorang… Nnt diorang dah xtahu yg awk dah senang tnpa diorang.. sebelum ni asyik awk yg scroll gmbar2 diorang , lps ni bia diorang plk terbeliak mata diorang scroll fb awk.. Saya doakan hidup awk berjaya lps ni.. Buktikan pada diorang,awk boleh lakukan tnpa diorang.. Tapi, xusah lah putuskan hubungan kekeluargaan .. just abaikan ..

Naliza Aliz –Ya Allah! Saya faham perasaan akk di kala amat2 memerlukan bantuan sememangnya keluarga atau adik beradik terdekat menjadi tpt kita meluahkan rasa tapi apabila diberi layanan sedemikian rupa mmg rasa sesak dada dan sebal di hati..sabar byk2 dan tawalkan hati kerna Allah menguji mu kak…jgn putuskan tali persaudaraan hya kerna sbb begini…

Saya sgt2 bersyukur punyai adik beradik dan sepupu2 yang amat memahami dan saling membantu antara satu sama lain hinggalah Allah uji kami kehilangan angah ank2nya lah menjadikan kami mama dan papanya dan ini bertambah menjadikan kami lbh rapat antara satu sama lain betul x adik2 ku alang Alin Kzaman uda Zura Kzaman moksu Rubie Bee

Unwanted (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *