Sejak 5 tahun lepas adik lari rumah ikut laki. Rupanya ada kisah yang Mia rhsiakannya

Foto sekadar hiasan. Ya Allah. Ampunkan aku untuk semua sangka buruk aku terhadap drah daging aku sendiri, Mia. Selama ni aku telah 100% salahkan dia untuk semua perkara yang berlaku pada dia tanpa tahu asal usul perkara itu.

Dia harapan keluarga disebabkan perwatakannya yang boleh dikatakan sempurna. Dia dulunya seorang adik yang baik, penyayang, pemurah, bijak akademik, aktif aktiviti-aktiviti di sekolah. Dia juga seorang yang ceria, dia peramah, cantik dan disenangi semua orang. Termasuk kawan-kawan aku yang pertama kali bertemu dengan Mia.

Aku ingatkan semua ni berlaku 5 tahun lalu apabila dia tiba-tiba sahaja melarikan diri dari rumah. Tidak pulang ke rumah tanpa khabar berita. Dia putuskan hubungan semua dr ahli keluarga. Yang kami tahu dia masih di negeri yang sama dengan rumah kami tapi tak tahu tempat tinggal dia.

Tapi aku tersilap, semuanya mungkin bermula sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu, ketika dia baru menginjak 14 tahun. Sekurang-kurangnya sebab dia mula ber’couple’ seawal di sekolah rendah. Apa yang aku boleh nampak, couple adalah punca besar masalah ini terjadi.

Dia mengalami tekanan yang hebat apabila dia kurang menunjukan prestasi cemerlang di universiti. Dia rasa kecewa yang teramat sampai dia tersalah langkah, membawa dia jauh dari keluarga dan agama Allah. Dia kembali berhubung dengan kekasih pertama dari sekolah rendah, Faris. Dan sebenarnya mereka tak pernah lost contact, tapi cuma berkawan selepas putus dulu.

Sekarang, selepas 5 tahun, Mia dan Faris sudah mempunyai seorang anak 1 tahun lebih. Dan Alhamdulillah aku rasa sbb aku dpt berita daripada sumber yang boleh dipercayai yang mereka baru bernikah minggu lepas. Walaupun Mia masih belum pulang ke pangkuan keluarga, sekurang-kurangnya dia tidak lagi berada di dalam lembah mksiat.

Mia pernah cuba untuk balik ke keluarga kami kira-kira setahun selepas dia tinggalkan rumah. Tapi dia seolah-olah disisih adik beradik. Mama papa menerima dia, bersyukur kerana dia pulang. Tapi mungkin disebabkan tidak tahan disisihkan, 2 minggu kemudian, dia menghilangkan diri lagi.

Aku sekarang rasa serba salah sbb aku salahkan dia bila dia lari rumah, mengandung berkali-kali dan menyebabkan keluarga kami jadi tak bahagia macam dulu tanpa tahu yang dia pernah dianiaya Darwin. Yang menyebabkan mama selalu mengalirkan air mata bila teringatkan dia.

Mama papa dan adik beradik yang lain dah banyak kali cuba bawa dia balik ke rumah untuk kembali ke pangkuan keluarga tapi hal itu tak pernah terjadi. Sebaliknya, dia mempertahankan Faris, mengatakan Faris yang selalu ada ketika dia susah, bukan keluarga. Keluarga pula buat tidak peduli dengan dia.

Aku selalu teringin untuk kembali berhubung dengan Mia cumanya aku tak tahu caranya dan tak tahu andai Mia sudi menerima aku kembali sebagai keluarga dia. Kalau boleh aku nak korang nasihatkan apa yang aku boleh buat sekarang ini.

Dan tolong doakan Mia untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah dan keluarga kami. Aku sangat kasihankan mama papa sebab tak pernah jemu berdoa bertahun-tahun untuk dapat kembali Mia. Terima kasih in advance untuk nasihat dan doa korang semua.

Antara komen netizen selepas membaca perkongsian Zarra.

Baizurah Rusli –Dia tersalah langkah. Jgn terus menghukum.. Xda manusia yg sempurna.

Fidzah Sidi –Hubungan adik beradik ibarat air dicincang tak akan putus. Carilah adik awak eratkan kembali hubungan silaturrahim.

Noradila –Mula dengan mohon maaf. Jujur ceritakan perasaan awak. Yakinkan dia awak ada untuk dia selepas ini. Jangan paksa tapi sentiasa pantau dan tunjuk dengan tindakan waktu dia memerlukan. Lama lama nanti dia akan percaya. Orang tak percaya dengan kata-kata tapi tindakan. Bertindak.

Syakriah Ishak –Pengajaran utk saya @ kita yg ada anak perempuan. Sedikit kealpaan, akan menyebabkan puteri kita menjadi mangsa spesis2 perosak yg bersepah dlm masy. kita. Sbg ibu, doa, prihatin dan peka selalu.

Utk tt. seringlah berhubung. Pupuk kembali silaturahim. Sesekali beri hadiah buat buat anak saudara @ adik. Insya-Allah hubungan kekeluargaan akan terjalin semula.

– Zarra (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *