Bila masuk dalam keluarga mertua pandai2 lah bawak diri. Isteri zaman sekarang tak sama dgn zaman dulu2

Foto sekadar hiasan. Mak saya sebenarnya baik sangat2. Anak menantu susah ke apa, mesti mak saya yang tolong dulu terutamanya harta benda dan kewangan memandangkan mak saya dari keturunan hartawan.

Cerita saya ini, saya tak salahkan mak saya seratus peratus sebab semua ni berpunca dari didikan kebanyakan orang dulu-dulu. Mak saya pun dah berumur 60an. Apa yang saya nak confess di sini ialah sikap mak atau mertua dan bagaimana kita sebagai anak dan sebagai menantu, berperanan dan harus pandai bawak diri.

Pertama tentang sikap mak saya ialah, dia tak suka anak menantu bangun lambat. Jadi bila abang berkahwin, saya dah risau bila ada waktunya kakak ipar bangun lambat. Biasanya saya dan adik beradik perempuan memang bangun awal sebelum Subuh. Lepas subuh terus masak buat sarapan pagi.

Saya takda masalah pun kalau kakak-kakak ipar tak tolong kat dapur. Mak pun sama kalau anak-anak balik, dia tak kisah pun menantunya tak ke dapur sebab anak-anak yang sediakan semua sebab kami tak suka nak biar kakak ipar sorang-sorang masuk dapur. Tapi mak memang tak suka anak menantu bangun lambat atau bergolek dalam bilik time orang lain sibuk kat dapur.

Tunjuk muka saja, buat teman borak2 pun takpa dah, asalkan jangan kat tempat tido. Melainkan kalau tak sihat mak tak kisah kalau nak berbaring. Jadi bila dapat salah seorang kakak ipar macam ni, mula la mak tarik muka. Bab ni kami adik beradik tak boleh nak back up kakak ipar.

Yang kedua, mak tak suka anak menantu duduk mengendeng-ngendeng dengan pasangan, mesra-mesra, peluk-peluk depan dia. Nanti tak pasal-pasal dilabel dengan gelaran yang tak sedap didengar. Aduh mak.. Yang ni saya pun puas cakap kat mak, adat la mak suami isteri. Nak manja-manja.

Tapi mak masih tak boleh terima. Kata mak orang dulu-dulu walaupun suami isteri, tahu batas. Tak pernah nak manja-manja depan orang lain, depan mertua. Tak ada nak tunjuk romantik. Mak kata nak buat semua tu dalam bilik. Nak tergolek sampai katil patah pun takda sapa peduli.

Yang ketiga, mak selalu pertikai bila abang nak keluar mana-mana, kakak ipar nak ikut sekali. Mak suka samakan dengan zaman dulu-dulu. Katanya orang dulu-dulu suami ja keluar rumah. Isteri tak perlu ikut sekali. Isu ni saya dah terangkan pada mak. Zaman dah berubah.

Dulu isteri tak ikut sebab takda pengangkutan selesa. Zaman sekarang naik kereta, naik motor. Kakak ipar pun nak jalan-jalan tengok dunia. Dan mak suka bagi contoh saya dan kakak-kakak yang lain. Sebab kami memang jenis jarang ikut suami ke mana-mana.

Kalau ada kenduri, nak pergi jalan-jalan bawa anak-anak, makan luar, baru ikut. Kalau ada urusan dengan kawan-kawan suami, buat aktiviti dia orang memang kami tak ikut. Akhirnya mak cuma diam. Tapi lama-lama nanti bila dia nampak lagi kakak ipar saya nak ikut abang saya ke mana-mana mesti dia bunyi lagi.

Sebenarnya banyak isu lain yang mak saya selalu bangkitkan pasal menantu-menantunya. Dulu ada kakak ipar sorang ni dia memang tak masuk dapur. Mak pun selalu buat muka. Kami adik beradik jadi tak seronok sebab mak buat muka dengan kakak ipar.

Sampai la satu hari tu, ayah panggil abang, nasihatkan abang suruh abang tegur kakak ipar rajin-rajin la tengok dapur waktu orang lain kat dapur. Alhamdulillah, berubah jugak kakak ipar ni. Walaupun tak banyak dia tolong tapi ok lah dia tak memerap dalam bilik atau baring-baring masa orang lain sibuk buat kerja dalam rumah.

Point utama saya nak sampaikan dalam confession ni ialah bila kita masuk dalam keluarga mertua, pandai-pandailah bawak diri. Ada orang kata dia tak nak hip0krit. Jadi macam mana dia kat rumah sendiri, rumah mak dia, macam tu la dia akan buat kat rumah mertua.

Tapi apalah salahnya kalau demi mengeratkan hubungan kita berk0rban sikit. Kalau kita asyik nak tunjuk sisi buruk dan kepala angin kita dengan mertua, sampai bila kita nak bina hubungan baik dengan keluarga mertua kan?

Dan juga saya nak sampaikan peranan kita sebagai ipar-ipar kepada menantu mak kita. Maksudnya jika mak kita selalu merungut pasal menantu, kita tolong la jangan panaskan lagi hati mak kita dengan menyokong apa saja ketidakpuasan hati mak pada kakak, abang atau adik ipar kita. Jangan la kita mengadu domba pasal ipar-ipar kita pada mak ayah kita.

Selalu lah kita bersikap neutral, selalu sabarkan mak kita, pujuk mak kita. Dan saya jugak adik beradik lain, Alhamdulillah, sesama kami selalu menangkan kakak-kakak ipar kalau mak membebel apa-apa, walaupun hakikatnya bebelan mak tu ada benarnya tentang sikap kakak ipar.

Antara yang saya selalu cakap dengan mak sehingga mak terdiam, kalau mak nak anak-anak mak dilayan baik dalam keluarga orang lain, mak pun kena layan baik-baik anak orang yang masuk dalam keluarga kita.

Sebenarnya saya dan adik beradik lain bukanlah terlalu baik dengan ipar-ipar hinggakan apa yang ipar-ipar buat hingga mak tersinggung, kami masih nak pertahankan. Tapi percayalah, saya dan adik beradik lain cuma nak mak hidup secara harmoni. Tak nak ada pertelagahan antara menantu dengan mertua yang pada akhirnya anak-anak mak sendiri yang rasa tersepit.

Saya sendiri pun sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bekas mertua. Walaupun dah cuba jadi menantu yang baik, pengakhirannya buruk jugak yang saya dapat bila bekas suami buat hal. Saya menyesal buat baik dengan keluarga mertua? Tidak sama sekali.

Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya berharap jika umur saya panjang, dapat bergelar mertua, saya nak hargai menantu-menantu saya dan saya tak nak apa yang saya rasa, dilalui semula oleh menantu-menantu saya..

Perkongsian Kila mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Siti Aisyah – Nasib baik mak awk bukan mertua sye.. heheeehe.. Aku bersyukur dpt mertua yg baik walaupun slalu tido lepas subuh.. terlajak x buat air utk sarapan.. Tapi mak mertua aku xde nak buat muke ke ape.. Sebab time masak tengahari memang aku yg masak sepenuhnye.. biase la manusia kan.. ade kurg ade lebih..

Radin Arishah -Tgk keadaan jugak. Kalau duduk asing2, anak menantu balik sekali-sekala nak golek2 dlm bilik, bangun lewat, time makan pandai keluar, tu mmg x patut. Balik kg sekali sekala pakat2 ke dapur sambil masak2 sambil beramah mesra.

Tapi kalau dok sekali, mungkin ada sebab menantu dok terperap dlm bilik. Mungkin dia x selesa sbb x de privacy nak bermanja dgn suami, mungkin dia protes dlm diam sbb cara mak yg agak traditional, dan dia x suka dikomen dan di judge.

Shab Shafiei -Kami menantu, kalau ipar tak back up pun tak apa. Mertua puaka pun kami sanggup hadap asalkan suami baik.
Mak awak scary, tu jer nak cakap. Nak suruh menantu masak, bangun awal, buat itu ini..

Zaman dulu isteri tak kerja, boleh la nk melutut. Skrg perempuan pandai cari duit. Mak awak suruh la anak laki dia masak sama. Sbb cari nafkah pun dh jadi kerja perempuan zaman la ni.

Ukhti Suraya -penulisan yang sangat matang, point yang saya dapat:-

1) adik beradik, ipar bila kena jadi pendamai, jangan ditambah kebencian dan kekusutan antara ipar duai, mertua dan menantu.

2) cuba ubah dan terima dengan suasana baru dalam keluarga baru, yang mana yang boleh kita cuba sesuaikan kita buat.

3) kena ada tolak ansur menantu mertua, kita dari keluarga yang berbeza, acuan yang berbeza, selama ni hidup acauan lain, tiba-tiba masuk keluarga lain, masuk acuan lain, tak sama.

4) elakkan sifat/sikap negatif, kalau benda tu salah, cuba bagitahu baik-baik, marah-marah, masam muka tak menyelesaikan masalah.

thanks confessor.

– Kila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *