Hanya 2 minggu hingga sebulan. Nur Jannah pergi tepat seperti diramal dktor

Setelah dua minggu menjalani pemb3dahan akibat ketumbuhan, Nur Jannah Jahari, 19, meninggal dunia, tempoh tepat seperti yang diramal pihak doktor.

Nur Jannah sebelum ini didian0gsis mempunyai ketumbuhan di bahagian 0vari dan ia telah merebak ke bahagian badannya yang lain.

Susulan pemb3dahan itu pada 12 September lalu, pasukan doktor di hospital Johor Bahru, Johor, hanya memberikan tempoh dua minggu hingga sebulan jangka hayat untuk Nur Jannah.

“Berita yang mengejutkan saya apabila doktor di sana mengesahkan ketumbuhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak di seluruh perutnya.

“Paling menyedihkan doktor memberitahu perkara itu selepas dia menjalani pemb3dahan.

“Memang buat saya terduduk. Sedih, terkilan semua ada. Memang saya sangat kecewa dengan pihak hospital kerana jika mereka cepat ‘detect’, mesti tunang saya masih boleh dirawat,” jelasnya.

Dia kelihatan gembira dan boleh berborak dengan ahli keluarganya. Aidil memang sentiasa berada di sisi menjaga Nur Jannah.

Dalam pada itu, berita kemtian Nur Jannah telah dikongsi oleh salah keluarga keluarga terdekat Aidil di laman Twitternya pada Selasa.

“Salam semua, genap 24 September, Nur Jannah Jahari telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mohon semua doakan aruwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah yang membalasnya,” tulis Nur Aina Nabila Abdul Aziz, 24.

Sebahagian netizen berkongsi simpati.

Tambah Nur Aina Nabila ketika dihubungi mStar, sepanjang dua minggu selepas pemb3dahan, aruwah menunjukkan perubahan positif dan mampu duduk.

“Dia kelihatan gembira dan boleh berborak dengan ahli keluarganya. Aidil memang sentiasa berada di sisi menjaga Nur Jannah. Namun kesihatannya merosot dua hari lepas dan tidak sedarkan diri. Doktor cuba bagi bantuan 0ksigen, namun dia gagal diselamatkan.

“Pagi ini aruwah selamat dikebumikan di kampungnya di Simpang Renggam,” ujar Nur Aina Nabila.

Aidil dan Nur Jannah baru mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Sebelum bertunang mereka merupakan kawan baik sejak kecil.

Terdahulu laporan 15 Sept : Bertunang tak sampai sebulan, lelaki diberitahu wanita dikenalinya sejak kecil hanya ada 2 minggu untuk hidup.

“KAMI tidak akan memberitahu tempoh hidupnya hanya dua minggu sahaja lagi,” demikian luah seorang lelaki mengenainya keadaan tunangnya yang kini terlantar sakit.

Bagi Mohamad Aidil Haiqal Nor Azman, 20, dia begitu terkilan dengan pihak hospital yang merawat tunangnya, Nur Jannah Jahari yang kini menderita sakit selepas didiagn0sis mempunyai ketumbuhan di bahagian 0vari.

Jelas Aidil, sekiranya pihak hospital mengesan penyakitnya itu lebih awal, ketumbuhan tunangnya itu tidak akan pecah dan merebak.

“Beberapa bulan lalu Nur Jannah memang mengadu sakit di bahagian perut. Keluarganya dah bawa ke hospital. Mula-mula di pergi ke hospital di Johor Bahru dan diberitahu dia mengalami kekurangan drah kuning.

“Kami berulang alik mendapatkan rawatan di situ dan menunggu laporan, dan diberitahu pula ada cyst yang masih kecil.

“Selepas itu dia balik ke kampungnya di Simpang Renggam dan mendapatkan rawatan hospital di Kluang kerana sakitnya semakin serius.

Aidil kenali tunangnya Nur Jannah sejak kecil.

“Berita yang mengejutkan saya apabila doktor di sana mengesahkan ketumbuhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak ke seluruh bahagian perutnya.

“Paling menyedihkan saya, mereka beritahu Nur Jannah hanya ada tempoh untuk hidup lebih kurang dua minggu dan paling maksimum sebulan,” kongsi Aidil sayu kepada mStar.

Menurut Aidil, doktor memberitahu perkara tersebut selepas Nur Jannah menjalani pembedahan pada Khamis lalu.

“Memang buat saya terduduk. Sedih, terkilan semua ada. Memang saya sangat terkilan dengan pihak hospital kerana jika mereka cepat ‘detect’ mesti tunang saya masih boleh dirawat.

“Tetapi mahu atau tak, saya terpaksa melalui situasi menyedihkan ini. Saya masih tidak dapat menerima berita yang doktor sampaikan itu kerana saya percaya dengan Tuhan. Ajal dan maut di tangan-Nya.

“Saya dan keluarganya mengambil keputusan tidak akan memberitahu perkara sebenar (tempoh hidup) kepada Nur Jannah.

“Selepas pembedahan saya tengok keadaannya agak stabil dan kuat semangat untuk sembuh. Saya berdoa semoga dia terus kuat,” jelas anak kelima daripada tujuh adik beradik ini.

“Saya bekerja di Singapura dan kalau tidak mendapat pelepasan bercuti panjang saya mahu berhenti kerja.

“Memang saya ingin menghabiskan masa menjaga Nur Jannah. Hanya masa yang suntuk ini sahaja yang saya ada untuk menjaganya.

“Kami baru sahaja bertunang 31 Ogos lalu dan merancang berkahwin paling awal tahun depan.

Semoga roh aruwah dicucuri rahmat.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *