Tak tahu anak milik siapa. Disahkan hamil selepas terlnjur dgn kembar suami

Foto sekadar hiasan. Kisah rumah tangga dari surirumah yang menghadapi masalah terlanjur dengan abang iparnya sendiri yang juga merupakan kembar suaminya. Pengadu kini sudah menyesal dan buntu apabila dia disahkan hamil kerana tidak tahu anak siapa yang dikandungkannya itu. Jadikan pengajaran, elakkan perkara sebegini berlaku.

SAYA surirumah, 26 tahun dan suami berusia 40 tahun. Suami ada tiga adik beradik. Tiada masalah dalam rumah tangga saya. Masalah hanya pada diri saya sahaja.

Saya ada perasaan terhadap abang ipar. Tak tahu dan tak faham macam mana perasaan ini boleh tiba-tiba ada.

Saya berkahwin dengan suami dah lapan tahun. Tetapi kenapa sekarang perasaan ini saya rasa? Allah, seksanya. Saya berdosa dan bersalah terhadap suami.

Suami saya seorang yang sangat baik. Bagi saya dia sempurna sebagai seorang lelaki dan suami layan dan sabar dengan saya. Dia beri nafkah zahir dan batin secukupnya.

Nak kata abang ipar ada kelebihan, tak ada. Mereka kembar seiras. Handsome sama, perangai, cara semua lebih kurang sama. Suka tersenyum, ramah, suka menolong. Apa yang saya nak cakap, mentua berjaya didik mereka menjadi suami yang baik.

Pernah sekali suami out station dan suami suruh abang ipar menjaga saya. Dari situlah terjadi sesuatu yang tidak disangka di mana saya dan abang ipar terlanjur. Apabila suami pulang, saya melayan suami seperti biasa.

Dan sekarang saya disahkan hamil. Saya tidak pasti anak di dalam kandungan saya ini anak siapa.

Saya nak minta pendapat yang lebih pakar. Kalaulah anak yang saya kandungkan ini adalah anak abang ipar, adakah anak saya sama DNA dengan suami? Sebab suami dan abangnya bersaudara. Tolonglah saya.

Hubungan kami adik beradik sangat rapat. Baik ipar atau biras. Saya selalu berdoa semoga Allah buang perasaan ini dan ampunkan segala dosa saya. Cukuplah perasaan ini hanya untuk suami. Semoga Allah kuatkan iman saya, pelihara saya untuk jadi isteri yang baik.

Saya terima kecaman sebab saya tahu saya bersalah.

Ternyata perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Aliaa Rabiatul Adawiyah -Dari segi sains, anak yg lahir hasil dr benih kembar seiras (monozygotic twins) suami akan ada DNA seolah2 anak itu lahir hasil dari benih suami sendiri. Maknanya, kalau buat DNA test lepas lahir pun tak guna, sbb tak dapat nak bezakan sama ada anak itu milik suami ataupun kembar dia.

Sis kena kira balik putaran haid dan ovulasi pastu bandingkan dgn usia kandungan. Lepas dah pasti, baru tanya pakar agama ttg hal wali (kalau dpt anak perempuan). Good luck, this is a very difficult situation to be in.

Cik Puan Nona -Jika ank prempuan yg bakal lahir,lg berantai2 crite nye.. ke hadapan mslh wali ank tsebut kawin berantai² mslh nasab keturunan.. Allahu..xde kata² nak cakap..nasik dh jd bubur sgt²..bterus terang jelah kot mungkin yg terbaik.

Rozita Saad – mungkin sebab kembar seiras.. Sis jd konpius dgn perasaan sendiri.sbb tu mudah tertarik dgn abg ipar..teruskan brdoa ye.. Sis pergi dulu buat checkup..ujian utk sis.. Minta pertolongan Allah. Bangun sepertiga mlm merayu mnta Allah tjukkan jln.. bgaimana nk berterus terang dgn suami.. minta juga suami blh terima sis seadanya.. banyk buat solat taubat.. jgn lah kita judge org yg ada masalah.. nasib kita belum tentu mcm mna..

Sumber : KRT via thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *