Tidak seperti disangka. Lelaki ini tampil kongsi kisah sebenar disebalik gambar ibu gendong bayi yang tersebar

Baru baru ini tular foto seorang ibu muda buat grab food sambil menggendong anak. Ternyata foto yang diviralkan itu mendapat reaksi hangat dari warganet.

Rata-ratanya menzahirkan rasa simpati , tidak kurang juga yang memuji ketabahan si ibu. Namun terdapat juga segelintir warganet yang mengutuk si suami dan keluarga. Ternyata perihal yang sebenar bukan lah seperti yang kita sangka.

Hari ini tular di laman sosial, lelaki ini menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku ketika itu. Ikuti perkongsian yang dipetik dari saudara Anas Abdulatif ini.

Bahana Viral.

Sape yang dah like, love atau share gambar ibu bawak anak buat grab food??

Disebalik keprihatinan masyarakat. Aku dapat rasa, viral benda tak betul pun satu perkara yang tak betul dan tak beretika.

Berkaitan akak yang bawak baby grab food tu. Dia bukan ibu tunggal. Dia adik ipar alep (alep ni abang aku) . Dia baru kol aku. Dia suruh jelaskan situasi. Sebab yang sebenarnya tak seperti digambarkan.

1. Suami dia yang buat grab food.

2. suami dia yang dalam gambar ke dua tu.

3. Dia ada kerja lain.

4. Kebetulan waktu tu dia ada urusan suami isteri. So terpaksa follow sekejap.

Kesan daripada viral tak betul ni ada positif dan negatif. Aku nak citer yang negatif je.

1. Suami dia di maki hamun dalam komen2 negatif. – quote “suami dia tak berguna”

2. Family dia di maki hamun dalam komen2 negatif. – quote “family lain tak boleh nak bantu ke”

3. Sahabat handai terkejut. Panggilan bertalu2.

4. Semua dok tanya, kenapa ibu tunggal, etc2

5. Tekanan perasaan. Malu.

Kesimpulan

1. Yang suka sebar benda viral2 gini. Lebih2 melibatkan maruah orang lain. Kalau ada kuasa. Ada masa. Pergi jumpa face to face. Mintak izin nak sebar gambar orang lain.

2. Tanya betul2. “akak ni susah ke? Ibu tunggal ke?”

3. Budaya viral dan copy paste ni budaya sampah. Bila tau benda benar, kita mudah ckp c&p dari group sebelah. Lepas tangan.

Sekian.
~ Beruk Berteduh ~

Antara komen pembaca selepas membaca cerita sebenar ini.

Mohdbukharihanafi –tt ada. cakap kn ada yg positive? memang ada pun.. itu realiti.. kalau family bro ni senang, ingat dia suka2 ka buat grabfood siap angkut anak bini, inilah realiti kesusahan masyarakat pada hari ni.. tapi yg mana kecam kata keluarga tak support la, suami tak guna la yg tu patut pun lempar dalam lombong…

Khyer Ahmed –Hari tu saya ada bg awareness pasal tak boleh snap gambar org dan post suka hati tanpa izin org tu. Kat Malaysia tak alert benda ni. Ye laa sbb tiada yg kena saman pasal isu macam ni.

Kalau perasan kat luar negara, media diorang akan cover muka orang lain tepi2 tu. Sbb tak dapat izin atau bystander tu tak izin kan muka diexpose. Tapi malangnya, saya pula dikecam bila bagi awareness macam tu.

Mohd Syahir Mad Nasir –Tak seharusnya ambil gambar tanpa kebenaran tuan dia. Ini dikira mencuri walaupun sekadar gambar. Curi-curi ambil gambar… Lebih buruk lagi apabila disebarkan dan menjadi fitnah.

Sentiasalah bersangka baik.Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini & semoga dipermudahkan urusan untuk semua yang terlibat dalam hal ini.Aamiin…

Nur Hazirah –Boleh la sampaikan salam kami dekat mereka suami isteri.. Jangan murung2, jangan sedih dan jangan stress2.. Yang patut stress tu yang tukang viral tu.. Dan tukang kutuk.. Patut la banyak ngat masalah rumahtangga sekarang ni.. Asyik nak mengata orang je keje.. Biasa nya mendapat kat diri sendiri.. Semoga pasangan ni kekal bahagia hingga ke syurga..

Nur Zainab –Tapi saya tak faham macam mana boleh wujud komen negatif dengan gambar ni?
Takde unsur jnayah, maksiiat atau apa2 yang buruk pun pada gambar ni?

Saya nampak orang bekerja mencari rezeki demi sesuap nasi je.Sekarang ni saya cuma nak tau apa makanan yang dibawa tu. Laparrr.

Siti Aziya Che Man –Ada nampak kt satu page post ni.. but the feedback xde maki2 ke ape.ramai yg doakan yg baik2..

Tapi,manusia mmg xsmua sama . Ade jenis terus kecam n maki. Tp ramai lg yg baik yg mendoakan dalam diam dan ada yg share utk jadikan contoh..

Semoga dengan posting ni dapat clarified semua. Mohon share yer tuan.. mungkin lagi ramai yg xtau cerita betul.

Tidaklah menjadi isu bagi yang mendoakan kesejahteraan mereka. Tetapi janganlah sampai ada yang memberi kata negatif tanpa tahu cerita sebenar sehingga menyinggung perasaan suami dan keluarganya kan. Apa pula kata anda.

P/s : Artikel diatas disiarkan dengan izin En Anas Abdulatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *