Ingatkan dlm wad rupanya di bilik myat. Rupanya kawan sudah tiada. Tiga lelaki menangis tanpa henti

TIGA lelaki warga Bangladesh pada awalnya sangat teruja dan seolah-olah tidak sabar mahu menziarahi rakan mereka di hospital, sebaliknya menerima perkhabaran duka apabila memaklumkan lelaki itu sudah mennggal dunia.

Mereka pada mulanya datang dengan berpakaian kemas menemui petugas di kaunter pendaftaran hospital untuk bertanyakan wad rakan mereka, namun kakitangan hanya mampu tunduk dan menunjukkan ke arah rumah mayat.

Ketiga-tiga warga asing terbabit menyangka rumah mayat itu adalah wad rakan mereka sebelum berjalan ke situ.

Sebaik tiba, mereka mendapati sekujur tubuh dilitupi kain putih di atas troli menyebabkan ketiga-tiga mereka akhirnya tidak henti menangis.

Cerita sedih ini dikongsikan salah seorang penuntut yang menjalani latihan amali di Hospital Kota Tinggi, Johor pada 23 September lalu.

Menerusi twitternya, penuntut ini mendakwa didatangi tiga warga asing untuk melawat rakan mereka yang dimasukkan ke hospital.

Menurut pemiliknya, Syazwan Iman, 26, episod itu berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika waktu melawat dan tiga sekawan warga asing itu tiba untuk menziarahi rakan.

Syazwan berkata, salah seorang menghubungi majikan bertanyakan rakannya, namun mereka memberikan telefon bimbit kepadanya untuk bercakap dengan majikan mereka.

“Majikannya meminta saya memberitahu rakannya sudah mennggal dunia dan menunjukkan di mana jnazah itu berada.

“Saya yang berada di kaunter membawa mereka hingga ke rumah myat.

“Sebaik tiba, ketiga-tiga kelihatan tersenyum mungkin menyangka itu wad dihuni rakan selain sempat ucap terima kasih dengan riak wajah gembira,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Melihat wajah ceria mereka, Syazwan hanya mendiamkan diri sebelum ketiga-tiga warga asing itu memasuki bilik myat itu.

Tidak lama kemudian, mereka keluar sambil menangis kerana baru mengetahui rakannya sudah mennggal dunia.

“Dua daripada mereka berpelukan manakala seorang dalam keadaan tenang. Saya tidak pasti punca kemtian tetapi maklumat daripada majikan mengatakan dia mennggal dunia ketika mandi.

“Inilah pengalaman sukar dilupakan sepanjang menjalani latihan praktikal sepanjang tiga tahun di hospital itu,” katanya.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Nor Azuria Nasarudin -Mereka dtg sini bersma2.. mungkin mereka rancang nk balik snaa pun bersama2.. biarlah susah dan senang bersmaa.. Tp ketentuan ilahi tiada siapa yg mampu menghalang.. Salah seorg dari mereka terpaksa pergi dahulu..

Nurfatiha Mat Isa -Dekat sini mngkin kawan2 tu je diorang rapat.. Allahuakbar sedihnye klu sy yang tgk depan mata..dtg hepi2 nk melawat.. sekali tgk myat kawan je terkujur..

Kepada org melayu islam komen la yg murni2 skit.. tunjukkn hati perut korang yg melambangkn peribadi diri sndri.. walaupun x kisah la diorang ni bgsa ape.. Tnjukkn la skit ase simpati…

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *