AR Badul rasa kecewa dan hampa. Minta inkues diadakan

Menerusi laporan Utusan, pihak tentera mengklasifikasikan kemtian Mejar Zahid Sebagai terpencil dan kemlangan ketika dalam latihan.

Ikuti laporan penuh dibawah.

Lembaga siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) mengklasifikasikan kemtian Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya ketika dalam latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 4 September lalu sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemlangan dalam latihan.

Dalam kenyataan hari ini(semalam), pihak ahli lembaga mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan itu berada dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu terlibat sementara Prosedur Operasi Standard (SOP) dikemaskini jika perlu.

“Selain itu, latihan memperkasakan TDM akan diteruskan khususnya bagi meningkatkan keyakinan warga TDM terhadap peralatan dan kelengkapan yang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, Mejar Mohd. Zahir telah disokong untuk dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel oleh Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang telah bersidang pada 17 September lalu, tertakluk kepada kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

AR Badul mahu inkues diadakan

Pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kemtian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, dalam insiden tertmbak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.

Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, semua ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan kr0nologi sebenar kemtian anaknya itu.

“Kalau boleh, (kami) nak macam Adib (prosiding inkues berhubung kemtian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rsuhan ketika kekecohan di tapak Kvil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lepas).

“Saya rasa kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera (Tentera Darat Malaysia). Kami (keluarga) tidak pernah diberitahu secara khusus apa kr0nologi sebenarnya kemtian anak saya. Kami terkilan sebab tidak diberi penerangan lanjut.

“Punca kemtian tidak diberitahu cuma dikatakan mennggal dunia sebab tertmbak. Tertmbak di mana, kita tak tahu…tiada khususnya. Bedah siasat ada dibuat tapi tidak diterangkan. Katanya mti di hospital…kalau mti di situ (lokasi kejadian) pun kita tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahlil untuk Mohd Zahir, di sini, malam ini.

Jelas Badul, inkues berkenaan juga dilihat boleh menjawab segala persoalan berkaitan punca sebenar kemtian anaknya itu yang sering ditimbulkan dalam kalangan ahli keluarga dan orang awam yang turut ingin tahu mengenai insiden berkenaan.

“Saya minta penerangan (mengenai kr0nologi kemtian) yang jelas. Bagaimana dia kena tmbak? Adakah sebab pluru tersasar? Sebab anak saya berdiri tak betul ke? Atau penembak tak konsisten tertmbak? Kr0nologi itu yang kita mahu tahu,” katanya.

Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan insiden kemtian pegawai komando itu sebagai satu kemlangan dalam latihan dan keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil.

Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) itu dilapor mennggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,selepas dimasukkan ke Unit Kecmasan pada hari kejadian, 4 Sept lalu.

Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Semoga segala urusan dipermudahkan. Moga roh aruwah dicucuri rahmat.

Sumber : Bernama/Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *