Kesian sgt dekat ayah. Ayah nekad. Anak2 habis sekolah nnt dia akan bercerrai dgn mak

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku anak sulung dari 5 beradik, sekarang berumur 26 tahun, bekerja dan sudah berkahwin tapi belum ada lagi anak. Adik kedua pun sudah berkahwin, bekerja juga tiada anak.

Aku ada lagi 3 orang adik yang masih belajar, 2 orang dekat universiti tempatan dan seorang lagi akan menduduki peperiksaan PT3.

Ayah kami umur dah 66 tahun (nikah lambat) seorang cina muslim sementara mak saya berumur 53 tahun, 13 tahun muda dari ayah.

Kisah untuk aku kongsikan ini bukan bertujuan untuk membuka aib diri apatah lagi ibu bapa yang banyak berjasa. Tetapi disebabkan tidak tahu untuk meluah kepada siapa, elokla untuk aku menggunakan medium iiumc sebagai platform untuk mengurangkan beban dijiwa ini.

Dulu masa mak mengandungkan aku, mereka gaduh besar sampaikan ayah nak bnuh diri tapi mak tahan dia. Situasi berlaku sebab mak buat2 pengsan dan ayah rasa give up lalu bertindak macamtu.

Teringat masa nak dapatkan keputusan peperiksaan, betapa berdebarnya jiwa ini memikirkan balasan yang akan aku terima sebab keputusan pmr cuma 4A.

Pulang ke rumah, aku dirotan secukupnya. Handphone ayah aku masa tu mak rampas dari tangan ayah dan lempar ke dinding. Ayah terus keluar rumah, setelah beberapa ketika baru beliau pulang.

Ayah pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bercerrai sebab tak tahan dengan kelakuan mak yang kurang ajar dan tidak menjaga tutur kata. Kata ayah, tunggu anak2 habis sekolah baru dia akan bercerrai dan memulakan hidul baru. Tambah ayah lagi, jangan cari dia lagi. Anggap dia sudah tiada.

Sekarang setelah 24 tahun kahwin, perkara sama berlaku mereka masih lagi tidak bersependapat. Mak aku sekarang berkeras nak pulang ke kampung halamannya, sedang ayah masih nak kekal menetap di pantai timur.

Sejak ayah pencen, mak asyik merungut ayah tak berkemampuan sedangkan duit kwsp ayah bagi bulat2 dekat mak. Belum masuk lagi isu buat rumah kena tipu dengan adik sendiri.

Ayah aku? Mampu menyimpan sedih didada. Sekarang mak pun dah ada sebut nak jumpa kadi, nak cari suami lain (ini hanya disuarakan depan anak).

Baru ni, mak bergaduh dengan menantu (suami adik) sebab dia tegur cara mak bercakap agak kasar sampaika n ayah aku naik risau. Ayah panggil adik2 aku (no 3-5) untuk bersemuka.

Untuk pengetahuan kes ni disebabkan adik aku no 5 (satu2 nya lelaki) jadi ‘minyak’ antara mereka berdua.

Ayah aku sekali lagi bertekad depan adik2 aku bahawa dia akan bercerrai dengan mak aku lepas mereka habis pengajian. Segala aset ayah akan serahkan pada mak dan duit pencen dia akan pakai untuk dia survive.

Aku jadi sedih dengan keadaan keluarga aku. Berbeza dengan cara mertua aku. Dalam hal ni, aku tak tahu siapa salah siapa yang betul. Perlu ke mereka jumpa kadi? Apa anak perlu lakukan untuk mak ayah sebegini? Aku jadi buntu.

Dulu pernahla aku tulis surat masa zaman plkn hantar kat mak aku. Aku cakapla aku sedih mak aku selalu carut2, maki2… Nasib dia terima tapi masih tiada perubahan. Sedih juga aku bila fikirkan masalah keluarga sendiri.

Aku berharap ayah aku tak tawar hati dengan mak walaupun sebenarnya dia bertahan demi anak2. Please, jangan berpisah.

Maaf andai terlalu panjang dan berterabur… Hati dan fikiran agak kusut untuk menyusun ayat. Minta tolong jasa baik anda semua, doakan kebahagiaan keluarga kami. Terima kasih.

Antara komen pembaca selepas membaca kisah ini.

Jamilah Adwan –Anak tak berhak campur urusan rumahtangga ibubapa. That’ s their rights as a parents. Doakan yg baik2 moga rumahtangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Jika pencerraian yang mereka pilih, itu jalan terbaik buat mereka. Mereka berhak untuk hidup bahagia dengan cara mereka.

Rina Az –kesian ayah awak dik, kalau tiada lg rasa hormat pada suami sekian lama, apalah erti hidup berumahtangga.. biarlah ayah awak bahagia dengan cara dia andai perpisahan yg dia nak.

Marosidah Mior –Dear confessor,

Pada saya, dalam lumrah rumahtangga ini, it takes two to tango, and it takes two also to divorce, pada saya, saya tidak berapa gemar melihat percerraian itu katanya disebabkan oleh satu pihak sahaja, saya lebih gemar melihat ia sebagai tanggungjawab bagi kedua-dua pihak,

Cubalah pergi kaunseling, mungkin ada juga salah di pihak ayah awak yang mungkin tak nampak selama ni, dan istikharahlah satu keluarga, tengok apa yang terbaik untuk keluarga anda.

Siti Nor Fathin –better sruh ayah to move.. mak abah sya bru je sah becerrai 25/09/2019 ritu.. abah kmi pon pnas baran jugak.. 33thun kwin silap sikit mndapat la..

akhirnya kmi sepakat sruh mak n abah bercerrai.. bkn kmi xsyg.. cuma kmi xnak dedua tu trus buat d0sa.. abah baran.. mak pon bila bgduh same naik barannya.. smpai abah ckp dia xredha dgn mak…

Alhamdulillah.. kitorang ank beranak sentiasa support mak n abah.. diorag pon layak bhgia..

tak memalukn pon if becerrai.. xp malu klu msa mghdap Allah.. Allah tnya ape yg kmu buat untuk kluarga kamu..

redha Allah tu jugak dtg dgn redha suami.. kes TT ni da tntu abah dia xredha kan..

rezki susah masuk.. rumah huru hara.. itu yg kitorang rasa..

untuk mak tu.. nasihatkan la dia.. bila baran je kna amik wudhu.. x cium bau syurga bila buat somi mcm tu..

– Anak sulung (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *