Mak tiba2 cium smbil nangis lepas gaduh dgn ayah. Mak dah tak tahan. Mlm tu dia lari keluar

Foto sekadar hiasan. Salam readers. Aku Nur dan baru 18 tahun. Mungkin ada yang anggap aku terlalu muda nak buat confession. Aku nak luah je and kalau ada komen2 positive/negative, aku okay je. Aku belum kahwin lagi, ni kisah parents aku.

Sedikit info pasal aku. Aku sulung dan ada 2 adik lelaki, Epul dan Muhd. Mak 30an and ayah 40an.

Pada malam 23 may, mak ayah aku gaduh teruk kat bilik sebelah sampai baling2 barang. Kuat kot sampai aku pun susah nak tido. Bunyi tempat kracker biskut besi yang berisi bnyak duit syiling terhempas kat lantai.

Tiba2 mak aku masuk bilik aku and kiss aku nangis-nangis. Yang buat aku terkejut, dia bawa beg macam nak pindah rumah. Barang make up semua dia bawa. Dia start kereta and terus jalan. Ayah aku pun macam baru lepas nangis and dia dekati aku cakap, “Kak, mak minta cerrai”.

Since then, mak aku tinggal berasingan dengan ayah. Tapi belum bercerrai ya. Kami masih tinggal di daerah yang sama. Tapi tu lah, jumpa sekali sekala je.

Sejak dari hari tu, semua benda huru hara je kat rumah. Satu demi satu masalah jadi. Ada saja yang tak kena. Aku pilih masuk f6 and tolak unisza (sedih sgat masa ni). So aku lah yang jaga rumah and adik2 aku.kemas rumah, masak apa bagai.

Aku tak nak adik aku jadi macam dia. Aku nangis sungguh2 and pandang langit. Aku tadah tangan berdoa dan ada selitan kekesalan aku dilahirkan dalam keluarga toksik ni.

Paling tak boleh blah, dia ni kaki perempuan. Setiap tahun dia akan kantoi cvrang, kadang dengan orang yang sama. Kadang orang yang berbeza. Dan mesej mesej berbaur lvcah yang dia hantar pada anak dara, bini orang.

Bila mak aku tanya, kenapa buat macam tu? Ayah aku jawab, saja nak main2. Boleh pula benda serious macam tu ayah aku buat main.

Masa aku 6 tahun, aku dan ayah aku nak pergi mandi kolam tanpa ibu. Dalam perjalanan nak pergi, dia stop tepi jalan dan bawa masuk seorang gadis 20an untuk bersama sama kami menghabiskan hujung minggu.

Aku baru tau gadis tu tinggal di apartment yang sama dengan kami. Eh macam kebetulan pulak kan. Nope. Ayah aku yang simpan dia kat situ tanpa pengetahuan sesiapa.

Aku pun apalagi, terkilan habis lah. Walhal tak lama mana pun kami kat bundle tu. Aku mampu nangis dalam hati je. Bila aku jumpa dia face to face, buat2 tak tau je. Dia tak minta maaf pun sebab berkasar dengan aku.

Masa hari raya, mak dan ayah aku balik rumah nenek berasingan. Aku ikut mak aku time tu dari rumah dia. Adik2 aku pula ikut ayah dari rumah kami.

Kami jalan lain lain hari. Perjalanan dalam sejamlah. Sepanjang dalam sejam tu, mak buka banyak cerita yang buat aku sumpah terkejut.

Dia mengaku sepanjang duduk berasingan dengan kami, dia dah ada skandal baru yang baru berusia 27 tahun. Aku kasi nama Hazil. Start cerita pasal hazil ni aku dah pening.

Ceritanya macam ni, masa 2017 ayah aku keja outstation dalam 4 5 hari macam tu lah. Mak aku hairan kenapa kawan sekapal ayah aku tak outstation sama. Rupa2 nya kapal rosak and mana ada outstation pun. So kantoi la ayah aku tak pergi outstation.

Mak aku sambung lagi, masa malam diorang gaduh teruk tu ayah aku kant0i yang dia message lvcah dengan perempuan lain. Untuk kali ke berapa, entah. Siap send gambar2 tak senonoh. Ayah sempat memburukkan mak aku kat perempuan tu.

You know what? Aku tak heran pun ayah aku buat benda2 tu. Sebab aku dah lama dah observe dia. Duk perhati perangai ayah. Dia je yang tak sedar.

Mak aku sambung nangis. And dia tanya ,kalau dia bercerrai dengan ayah aku, aku okay ke tak. Aku diam je. Walaupun masa tu marah nya aku kat mak ayah membuak buak.

Mak aku cakap, dia masih sayangkan ayah aku even ayah dah berbelas kali cvrang and patut ke dia mulakan hidup baru dengan Hazil. Atau better sendiri?

Pening doh. Kenapa budak hazil ni muncul tiba2. Merumitkan keadaan. Mak aku selalu puji Hazil ni baik la, matang lah.

SyaIitan kalau dah ccuk jarum, memang semua benda indah je, mak. Nak je aku cakap macam tu. Kalau betul lah Hazil ni matang, kenapa dia nak bina masjid dengan meruntuhkan masjid lain? What a selfish move, man!

Hazil siap post kat fb, video suami isteri tengah solat sama2. Caption dia “one day..” haha, kelakar siot. Gambar dp pun pic mak aku. Aduhai anak muda. Ke mana akal waras dan matang mu yang mak aku selalu sebut sebut kan? Sedar ke mak aku tu masih wife orang?

Mak aku selalu pergi clvbbing. Setiap minggu dia akan pergi clvb. Banyak sangat kenalan dia dekat sini. Maklum lah, dia ni cantik and berduit. Kerja pun beautician. Korang fikir kalau pergi clvb pakai jubah berpurdah ke? Hmmm..

Kalau aku tido rumah dia, malam2 confirm dia dating dengan Hazil atau pergi clvb malam. Dia akan pesan jangan lupa kunci pintu apa bagai and inform aku dia pergi mana. “Kak, mak pergi clvbbing jap okay”.

Kami sangat rapat ye guys sampai kan tiada rahsia antara kami. Dia percaya aku. Mak aku anggap aku macam kawan dah. Sedangkan aku sangatlah benci dengan apa yang dia buat. Kalau dia tau aku buat confession ni tanpa pengetahuan dia. Mati gueh.

Mak ayah aku, diorang dua buat salah memang tak cover cover dah. Tunjuk je terus depan anak anak. Diorang tak sedar pun dalam otak aku ni macam macam dah fikir nak buat apa one day.

Aku plan nak duduk jauh dari family and bawa adik2 aku. Aku sanggup tanggung makan minum adik beradik aku. And tekad nak buat duit banyak2 one day.

Satu benda yang aku malas nak mengaku, yes. Aku masih sayangkan parents aku. Aku sedih bukan sebab perangai diorang je. Tapi disebabkan diorang sangatlah baik dengan aku dan adik beradik. Ayah aku time mabvk je tak waras sikit. Maki hamun aku time mabvk .

Bila dia tak mabvk, dia berubah jadi orang yang sangat lain. Lain sangat. Dia selalu minta maaf kat aku sampai nangis nangis. Belikan aku hadiah, cake untuk cover kesalahan dia yang semalam. Apa aku nak, semua dia try penuhi. Macam aku pula bini dia .

Baru baru ni belikan pula aku scooter supaya senang nak pergi sekolah (kan aku form 6). Aku benci bila aku rasa serba salah. Aku benci bila nak kena lupakan kesalahan dia kat kami sebab tak mampu jalankan tanggungjawab as ayah yang baik. Haah, aku memang pendendam.

Mak aku pula dia dah bekerja siang sampai malam, sampai sakit2. Kena pula breast c4ncer (walau belum tahap serious). Dia tanggung banyak benda dalam rumah. Lampu, air, groceries. Siap berjaya buka kedai runcit kecil kecilan (pak cik aku jaga).

Setiap minggu bagi aku duit belanja. Bukan sikit2 ,banyak sangat. And dia lah orang yang selalu bagi aku semangat bila aku sedih atau akademik aku merudum. Mak aku lah yang ceriakan suasana bila rumah kami kucar kacir sebab ayah buat hal.

Kami dah lalui macam2 bersama as family. Kami jual ikan kat pasar, jual baju bundle, sayur kat pasar pagi. Sampai lah ada kedai runcit sekarang. Ada 2 kereta, 2 motor. Walhal dulu kami hanya mampu beli motor sebuah. Sekarang tinggal di rumah yang quiet selesa.

Aku rindu suasana kami jalan petang2 pergi taman and singgah beli pisang goreng. Dalam kereta, makan gelak sama2. Buat lawak hambar.

Aku rindu kami makan malam satu meja, di mana ayah tunjuk skill masak tomyam pedas ala2 restoran mahal. Mak puji masakan ayah tak sudah2.

Aku rindu kami bersihkan halaman rumah petang2 sebab kami tanam pokok cili banyak depan rumah. And semua orang happy je buat kerja.

Tapikan, semua benda tu lama dah kami tak buat sebab semua orang buat hal masing2. Semua orang tengah sedih and semua orang terluka sebab perangai masing2. Nak nangis berduka pun malas dah.

Harapan nak berbaik? Haha, mak ayah lama dah duduk asing2. Memang salah di sisi agama and dah kira jatuh talak sebab dah berbulan bulan.. Tapi, apa aku mampu buat? Aku budak je kot.

So how readers? Patut ke proceed dengan pencerraian?

Aku nak juga tau apa patut aku buat as kakak buntu? Apa aku patut nasihat parents aku?

Antara komen pembaca selepas membaca luahsn Nur. Jom lihat apa kata mereka.

Siti Aminah Ahmad –Besar dugaan awak adik.. Diuji dgn tingkahlaku parents yg kurang kesedaran.. Satu je nk pesan jgn tinggal solat, doa bnyk2 semoga Allah beri hidayah pd ibu bapa awak.. Mayb awak bole mintak nasihat di pejabat agama/kaunseling keluarga.

Akissha Laila –sedihnya baca. betullah org cakap kalau tak diuji dgn pasangan, diuji dgn perangai anak2 atau ibu bapa. semoga ibu dan ayah adik sempat bertaubat. kalau terpaksa bercerrai pun bercerrai lah secara baik demi anak2. dan adik pula jgn tinggal solat terus berdoa, yakin pada Allah ini semua ujian sementara. confessor kena ajar adik2 bab agama dosa pahala juga k. you can do this kakak! stay strong!

Siti Sarah Ab Aziz –Takpe.. Bukan atas bahu awk samaada patut atau tidak dorg bercerrai. Jalan hidup Masing2 Allah dah tentukan. Utk mak ayah selagi belum mati pintu taubat sentiasa terbuka. Satu hari mgkn dorg diberi Hidayah, kita tak tahu kan. Doa seorg anak kepada ibubapa dia kan mujarab juga.

Apa dorg buat tu awk tak boleh nak control kan, awk pun tolakkan je segala beban pada Allah. Just be polite and Kind to your parents. Remind ibu suruh jaga adik2 jugak. Nnt habis f6 boleh la cuba tggl sendiri, merantau ambil pengalaman sebagai adult. Goodluck kakak buntu.

– Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *