Aku rayu utk pinjam acc kakak. Aku stalk fb adik lelaki tu. Menitik air mata bila lihat gambar didalamnya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, readers. Aku doakan semoga hari anda ceria selalu, tapi doa ini bukan untuk sang lelaki (sudah berpunya) yang miang lagi penipu!

Aku wanita bekerjaya, masih muda dan belum berkahwin. Dengan usia semuda ini, aku yang memegang jawatan ketua unit/department di sebuah agensi awam merasakan ia agak mencabar lebih-lebih lagi jika urusan kerjaku melibatkan connection dengan orang luar terutamanya LELAKI.

Dimulakan dengan perbincangan formal, disusuli dengan ajakan berchatting pada waktu malam, perlawaan keluar teman berjalan/tengok wayang dan sebagainya.

Hari ini aku bawakan satu contoh situasi yang aku alami. Masih segar dalam ingatan. Aku pernah berurusan dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang lagaknya seperti bujang. Umur lingkungan 30-35 dan tak mengaku langsung sudah berkahwin!

Jika perlu aku gambarkan, orangnya kacak dan tinggi. Santunnya dipuji, kata-katanya memberi inspirasi, pemurah lagi baik hati, celotehnya buatku tertawa malam dan pagi. Apa yang aku tak tahu, ternyata dia seorang penipu, memasang taktik mencari madu, kusangkakan bujang rupanya anak dah lebih satu! Penipu!

Sejak berkenalan atas urusan kerja, hari-hari dia Whatsapp aku. Bukan sebab nak beri info berkenaan kerja tapi sekadar bertanya khabar, disisipkan juga dengan panggilan sayang buat aku.

Perbualan ini berlarutan, kadang-kadang sampai ke malam. Aku yang naif ini pun percaya yang dia bujang. Sebab apa? Kalau laki orang, takkan lah main handphone sampai ke malam hampir setiap hari. Mesti bini marah! Ternyata aku salah.

Oleh kerana dia mengaku dia hidup sorang, aku pun layan lah dia sebab peribadinya baik. Sangat mengambil berat tentang aku. Mana tahu ini jodoh yang dikurniakan Tuhan?

Meskipun hari berganti hari, rasa cinta dalam hatiku belum berputik walaupun dia sudah mula berborak perihal cinta dan rindu. Sayang dan kasih. Rasa suka dekat orangnya mungkin ada sedikit, kerana dia seorang yang Charming & kuat berusaha untuk memenangi hati aku. Tapi entah mengapa kadang-kala, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Jika diamati, semuanya normal sewaktu kami berjumpa. Makan bersama. Jalan bersama. Apa yang dia selalu bercerita sewaktu kami bersemuka pun hanyalah tentang bagaimana dia menguruskan hidupnya sorang-sorang tanpa teman di sisi. Namun Instinct aku sebagai wanita merasakan ada yang tidak kena?

So, satu malam aku pun bercadang untuk sekali lagi melawat facebooknya yang sudah pun ada dalam friend list aku. Aku ingin melihat semuanya dengan lebih teliti. Namun, masih normal. Tidakku jumpa apa-apa untuk kubuktikan yang dia milik orang. Bahkan aku juga membuat beberapa percubaan untuk google nama dia dan hasilnya tiada.

Kalau aku upload gambar, pasti ada yang komen terutamanya adikku, makcik, pakcik, sepupu dan sebagainya. Sangat meriah. Tapi, facebooknya sangat sepi. Gambarnya juga jarang di upload. Hatiku merasakan mungkin dia memang seorang yang mysteri0us sejak azali, sebab dia pun pernah kata yang dia tak banyak cakap (tapi dengan aku dia ashik bercakap ).

Akalku yang ligat, tidak percayakan hatiku yang sentiasa Husnuzon. Aku teruskan penyelidikan ini demi mengenalpasti statusnya yang sebenar. Aku cuba cari dengan menaip nama ayahnya pula (powerkan idea wanita?). Laluku jumpa akaun facebook yang aku yakin adik lelakinya (yang memaparkan nama ayah yang sama).

Aku sangat yakin itu adiknya berdasarkan apa yang pernah dia cerita kat aku tentang beliau dari segi latar belakang pendidikan. Dia dan adiknya masing-masing tidak follow antara satu sama lain. Pelik. Aku teruskan melihat gambar. Tidak banyak. Tapi ramai juga yang komen di gambar-gambar adiknya seperti saudara-mara. Aku lihat dengan teliti setiap orang yang komen di situ, semuanya tidakku kenal.

Wanita memang sangat hebat dalam menjalankan tugas sebagai detektif. Jangan sesekali kau nafikan perkara ini, wahai lelaki. Langkah seterusnya. Aku merayu dengan kakakku untuk pinjam akaun facebooknya untuk satu hari. Kakakku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi membanteras suami-suami orang yang menipu

Untuk pengetahuan semua, pada saat ini lelaki tersebut sudah mula bagi hint pasal kahwin dan alam rumahtangga. Saling menghantar gambarnya. Dia juga memaklumkan berkenaan aset dan harta yang dia ada yang kononnya akan menyenangkan aku jika aku berkahwin dengan dia.

Wah lelaki yang stable. Bagus tapi mungkin sebab aku sendiri dah beli rumah, tiadalah aku melompat gembira sangat. Kata-katanya juga masih manis bak gula Melaka dan aku masih layannya dengan baik walaupun aku sedang buka lilitan pekungnya sedikit demi sedikit.

“Ya Allah, kalau lelaki yang berhajat untuk memperisterikan aku ini ada muslihat tak baik, tunjukkanlah aku kebenaran agar aku tak jadi penyebab rumahtangganya musnah…”

Dengan menggunakan akaun facebook kakakku, aku tak search nama lelaki itu, tapi aku search nama adiknya yang kujumpa akaunya tadi. Aku teliti satu per satu komen di gambar-gambarnya lalu aku temui sesuatu. Salah satu gambar adiknya dikomen oleh seorang lelaki yang aku kenal susuk mukanya.

Pelik, sewaktu aku stalk menggunakan akaun facebook ku, komen itu tidak kelihatan. Aku klik untuk melihat akaun facebook itu. Ya, itu lah dia. Lelaki yang bibirnya sedang tak henti panggil aku sayang. Akhirnya aku temui akaun facebooknya yang lagi satu, yang terpapar status dirinya “married” di situ. Satu per satu gambar aku lihat dan akhirnya, aku temui potret keluarganya sewaktu hari raya.

Menitik air mataku, bukan sebab hatiku hancur ditipu kata-kata manis lelaki ini, tapi aku sedang menggambarkan betapa sedihnya jika si isteri yang sedang menggendong bayi di dalam gambar tersebut dapat tahu perangai suaminya yang sebenar.

Bayangkan, dari pagi ke petang borak pasal rindu dan kahwin, panggil wanita lain sayang dan cinta, keluar berdua dengan dia, kemudian balik rumah main dengan anak-anak tanpa rasa apa-apa.

Tak terdetik sedikit ke rasa bersalah sewaktu kau tatap muka isteri kau yang dah 3 kali berkorban rasa sakit melahirkan zuriat kau? Tergamak sungguh. Allah dah bagi cukup. Kerja bagus, keluarga bahagia, isteri cantik, anak comel. Apa lagi yang kurang? Mengapa nak diundang duka dan tangisan?

Aku jamin, si isteri pasti tidak tahu kewujudkan akaun facebook kedua sang suami yang ada dalam friend list aku tu. Dah block juga agaknya. Bijak permainanmu, bijak lagi akalku. Alhamdulillah, dibukakan pintu kebenaran. Penyiasatan yang pada awalnya aku rasa hanya buang masa dan overreacting sebenarnya bernilai.

Cuba kalau aku ni percaya bulat-bulat yang dia bujang serta pilih untuk teruskan perbualan dari hati ke hati. Termakan kata-kata charming nya yang sedaya upaya menambat hatiku. Lama-lama pasti sayang. Bila dah sayang, susah nak buang sebab dah sebati dengan hati, melekat dengan jiwa. Seperti drah dan daging.

Aku suka kau, sebab kau baik dan sangat ambil berat tentang aku. Aku lapar pun kau boleh hantarkan makanan. Kau selalu kata kau rindu aku. Kau rindu nak tatap senyuman aku. Tutur kata kau lembut, senyuman kau bersinar bila kau jumpa aku. Tapi, senyuman kau tak penting bagi aku.

Bahkan, pada waktu itu senyuman aku sendiri pun tak penting bagi aku. Senyuman anak-anak kau lah sumber kekuatan aku untuk aku jauhkan diri daripada kau. Satu rasa cinta yang aku lahirkan dalam hati kau akan meranapkan 10 rasa cinta kau terhadap isteri dan anak-anak kau.

Kalau aku yang bertakhta dalam hati kau, aku khuatir sedikit demi sedikit ruang untuk mereka dalam hati kau hilang disebabkan aku. Sedangkan merekalah drah daging kau. Tempat mereka adalah di setiap sudut ruang hati kau. Bukan aku. Jangan kau buka ruangan hati itu untuk aku because I will never destr0y that happiness.

Saat aku sudah tahu kebenaran, aku bertindak untuk tidak terus menghentam dia. Aku juga tidak mahu terus hilang tanpa sebab kerana jika aku block dia pada waktu itu, dia akan hubungi telefon pejabat aku mahupun datang ke Pejabat untuk berjumpa aku. Ini lah yang aku alami setiap kali aku ambil pendekatan untuk block whatsapp Lelaki miang. Penat staffku nak jawab berkenaan keberadaanku.

Aku harap readers tidak kecewa kerana aku sikit pun tidak beritahu lelaki ini yang aku sudah tahu dia adalah suami orang. Yang aku sudah jumpa akaun facebooknya yang sebenar, isterinya, anak-anaknya, aku sudah melihat gambarnya. Aku hanya berdiam diri seakan tiada apa-apa yang berlaku kerana aku ada sebab tersendiri. Tapi, selepas itu memang sengaja aku balas whatsapp dia sambil lewa.

Walaupun dia nak jumpa atas alasan kerja, aku minta staff aku yang deal dengan dia, sehinggalah usahasama agensiku dengan syarikatnya tamat. Sekilas raut wajahku pun aku tak beri dia lihat.

Tidakku kira berapa bulan tempoh perkenalan aku dan dia atau seberapa lama namanya tersemat dalam doaku. Kegirangan suaraku sudah tak lagi hiasi halwa telinganya kerana bagiku biarlah dia fokus mendengar gelak ketawa anak-anak & isterinya.

Somehow, we don’t talk anymore and he never knew that I knew. His wife & the kids still had no idea that I once existed in his life, perhaps his heart & mind . Everybody continues to live, happily ever after (as I wish).

Aku taknak kau lagi sungguhpun isteri kau yang datang merisik aku. Kau bukanlah jodoh kurniaan Tuhan, tapi adalah ujian dariNya

Buat readers wanita, men will always be men. So it’s your responsibility to avoid any disputes & mess-ups caused by men. Perempuan tak segagah lelaki, but together we stand untuk menjadi gagah & perangi orang sebegini.

Minta didoakan jodohku seorang yang setia, tak menduakan aku & tidak akan mengguriskan hati aku dan anak-anak demi orang lain ya.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian Dee. Jom lihat apa kata mereka.

Cik Lin –Alhamdulillah congrats sbb bijak buat pilihan..org ppuan klu buat investigation, mesti jmpe punye and our instinct super strong jarang la tak betul.. Kelebihan Allah bg pd wanita.. Lelaki buaya darat di mana2 je, kite kne pndai baca gerak geri diorg. actions speak louder than words..

Cempaka Biru –Org laki,kalau 30an ke atas,berkerjaya,kacak bergaya, jarang sgttttt laaaa bujangnya…. Semasa@sebelum kamu entah berapa ramai perempuan kedua dlm hidup dia.. Jenis ni mmg akan cuba2 je.. Ada rezeki,dpt la.. Takde cari lain.. Sebab dia tau,Ada isteri Kat rumah yg tunggu.

Usop Izanagi –Satu benda la nak bagitau kaum perempuan bujang luar sana. Laki yang sweet charming apa benda yang kamu orang angan-angan kan tu, biasanya dah berpunya. Laki2 bujang tak beghape gheti nak begitu. Deme yang hat orang ni dah khatam cara nak bagi perempuan cair, cara nak handle perempuan. Deme tak gelojoh, slow, steady. Perempuan biasanya akan cair dengan traits macam ni.

Halijah Siti –Bijak kamu Dee. Mula2 baca rasa macam rekaan, tapi bila part jadi detektif tu terus terdetik, hmm bijak orangya ni. Bagus.

Saya mewakili isteri-isteri orang ini ingin mengucapkan Syabas dan mendoakan semoga kamu ditemukan dengan lelaki yang single dan bertanggungjawab pada kamu sebagai isteri.

Terima kasih kerana tidak memilih utk menjadi orang ke3 dlm sesuatu hubungan.

Tapi Dee, cuba kamu bgtau wife dia tentang kebahenolan suaminya. Bukan apa, selagi tak dikantoikan, nanti orang lain pulak dia buat. Klu report kat isteri dia mungkin boleh hinggap satu penampar jepun di wajahnya yg akan membuatnya insof di tempat kejadian.

Debar aku Dee, sebab aku pun anak 3. Tapi lelaki tu tak kerja kat singapore kan?

– Dee (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *