Hanya mkn ayam je mase majlis kawin. Tp lepas 3 bulan dpt panggilan tentang siapa suami aku

Foto sekadar hiasan. Dulu aku janda sebab ex aku talak 3 sebab benda kecik. Kami kahwin pun tak sampai setahun dia talak kan aku. Lepas dia cerraikan aku. Dia halau aku balik rumah mak aku. Masa tu dah la aku tak ada kerja. Tak ada duit tak ada semua nasib tak ada anak..

Dia cerraikan aku tak bagi aku sesen aku mitak pinjam 50 pun tak bagi. Aku nak buat modal cari kerja. Nasib aku ada kawan2 boleh tolong lepas habis eddah aku dapat kerja manager sebab seblum aku kahwin aku kerja manager butik gaji dah tinggi. Sanggup berhenti sebab nak jadi suri rumah last2 kena tlak 3.. Aku kerja dapat gaji aku terus settle hutang2 aku.. Kereta tertunggak. Road tatak mat! Memang teruk lar kerana bangun balik..

Lepas dah 6 bulan aku cerrai. Dalam masa 6 bulan memang ramai lelaki duduk gla dengan aku. Sebab aku cantik pandai masak semua serba serbi pandai. Sebelum kahwin dengan laki gla tlak pun ramai nak dengan aku.. Tapi yang si gla tlak masuk meminang dulu sebab aku jenis tak suka couple2.. Nak suka halal kan. Jodoh panjang atau pendek lain cerita yang penting halal..

Aku check fb dia wechat dia semua lar. Anak2 dia pun dia bawak jumpa aku. Anak2 siap panggil aku ummi lagi. Dia bawak aku jumpa adik dia sepupu2 dia so aku pown yakin lar dia bukan laki orang..

Kami pun nikah buat majlis simple2 jer. Jamuan pun order kfc jer. Lepas dah dua bulan nikah aku dah pregnant 5 minggu. Masa tu aku still kerja. Suami aku pula kerja selalu out station sebab dia kerja bahagia.

Satu hari tu nak jadi cerita ada perempuan call aku. Dia kata diabini suami aku. Terdiam aku. Aku sampai nak pengsan bila dia bagi tau dia mak budak2 yang panggil aku ummi tu. Menagis aku malam tu..

Aku call suami aku. Aku tanya betul ker dia adabini. Dia diam, aku cakapbini dia baru call. Dia diam tandanya betul lar tu. Aku tutup phone aku menagis sampai bengkak mata.

Aku nak minta cerrai jer dengan dia. Aku saggup lar jaga anak dalam perut aku ni sorang2 dari aku rampas laki orang.. Lagi pun dengan dengan bini dia dah 4 tahun. Aku baru nak masuk 3 bulan. So aku nekad nak cerrai dengan dia.

Malam tu juga laki aku balik rumah aku. Ketuk rumah aku pkul 4 pagi dia baru sampai dari kedah,dia pecut semata2 nak pujuk aku, dia melutut dengan aku dia cium kaki aku.

Dia minta maaf sebab tipu aku. Dia takut kehilangan aku. Aku cakap aku tak sanggup bermdu aku tak nak.. Aku nak pisah. Dia kata bagi dia masa.. Aku halau dia malam tu. Aku tak nak tengok muka dia.B enci aku dengan laki tu..

Masa tu aku rasa kenapa aku bodoh tak siasat betul. Sepupu2 dia. Adik dia semua tak bagi tau dia ada bini. Semua sepakat dengan dia. Sedih aku dah lar dulu dapat suami gla tlak ni dapat suami laki orang. Rasa nak bnuh jer diri nasib aku kuat. Nasib ada baby dalam perut ni..Esoknya aku kuatkan diri aku call bini dia aku nak jumpa dia setuju aku rasa dia baik so aku pergi jumpa dia bagitau lar dia dapat tau dari gambar dalam phone laki dia kami baik ja tak gado..

Masa tu aku dah berhenti kerja sebab kerja aku berat. Aku pregnant lagi tak larat suami aku suruh perhenti sebab kecian bini dia kerja tak nak berhenti sebab sayang dengan kerja.

Aku marah dia sebab dia tak balik rumah yang first. Dia kata tak ada makanan.,kat rumah aku semua siap2. Anak2 pun gemuk2 duduk rumah aku. Aku cakap aku tak nak kalau suami aku tak adil. Kadang2 seminggu langsung tak balik. Kalau aku paksa. Dia balik tengah2 malam pagi2 dah datang rumah aku. Aku cakap dia tak adil nanti tak masuk syurga. Aku tak nak laki aku tak adil. Aku tak nak dia berdosa..

Dia kata dia tak ada feeling kat bini dia. Dia kecian jer. Sampai satu tahap bini dia benci aku tuduh aku macam2 kat fb bini penuh kata2 maki kat aku padahal aku tak pernah paksa laki dia tak balik. Aku selalu gado dengan laki aku sebab dia tak nak berlaku adil, sampai aku mintak cerrai dengan dia. Aku ugut aku nak cerrai kalau dia tak berlaku adil baru dia balik rumah bini dia.

Aku nak masuk syurga. Aku kalau boleh biar lar adil baru leh masuk syurga sama2. Tapi firstbini dia buat hal. Firstbini dia ckp aku mengandung anak laki lain. Aku paksa laki aku kahwin sebab aku kenal laki aku sebulan dah aku ajak nikah. Sampai laki aku ajak pergi doc. Suami aku macam ragu2 dengan aku. Suami aku kuat cemburu. Sampai dia marah2 aku. Pernah aku gadoh sampai dia pkul aku sebab cemburu dia asyik fikir anak dalam perut bukan anak dia sebab firstbini dia hasut ..

Aku senyap. Sampai satu tahap aku tak tahan asyik tuduk aku jahat. Aku betul2 buat jahat aku suruh laki aku buat pilihan sama aku atau firstbini dia. Pilih satu sebab aku cakap dia tak mampu nak ada dua isteri. Gaji punn kecik nak ada dua bini tapi dia tak nak.

First bini dia kecian aku sebab dia cinta. Aku paksa dia buat pilihan. Kalau tak aku sendiri lari dari dia. Dia pkul aku dia vgut aku kalau aku lari dia nak bunh aku. Sebab dia gla dengan aku. Aku tak tahan aku kurung dalam bilik. Aku tak nak keluar selagi dia tak buat pilihan.

Aku cakap kalau dia pilih aku. Anak2 nya dia boleh jaga dan aku boleh jaga aku tak akan pisah2kan anak2 dia. Dia tak nak cerrai sebab kecian dengan anak2 dia.Dengan aku sebab dia sayang cinta gla dengan aku.

Dia cakap dia tak pernah cintakan perempuan macam dia cintakan aku. Dengan bini dia pun kahwin sebab kecian. Sebab bini dia warga asing. Tak ada surat semua. Aku tetap dengan pendirian aku suruh dia pilih last2 dia cerraikan bini dia.

Bini dia mengamuk buang semua baju2 laki dia. Anak sorang ikut ayah dia sorang ikut mak dia. Aku nak kata lega tak juga. Sebab aku tak nak pun dia cerrai.. Tapi suruh dia pilih aku sanggup kena cerrai tapi dia pilih aku. Lama juga aku rasa bersalah. Aku kalau boleh tak nak jadi perampas.

Sejak tu laki aku berhenti kerja. Dia ajak aku pindah luar kl.. Dia buat kerja2 biasa. Dia tak nak tinggalkan aku. Kalau boleh nak aku 24 jam dengan dia.. Masa mula2 dia lepaskan bininya. Dia pujuk aku dia sabar dengan aku tapi aku maki dia macam2 aku benci dengan dia tapi dia tetap sabar.

Dia tetap pujuk aku jaga aku. Kerja2 rumah semua dia buat… Maacam orang angau lar. Sebab tu orang tuduh aku bagi nasi kangkang padahal aku tak buat apa pun. Aku cuma masak jaga makanan minum dia jer. Aku dengan dia dah 4 tahun. Lepas 2 tahun dia cerraikan ex bini dia. Bini dia dah kahwin lain dah bahagia dengan keluarga baru..

Lepas ex dia dah kahwin baru aku hilang rasa bersalah tu. Kalau tak aku selalu salahkan diri aku. Dan sejak tu juga aku dah tak percaya laki aku. Sampai sekarg selalu aku gado tapi laki aku tetap sabar dengan aku dan tetap syang aku tak pernah dia buat jahat dengan aku.. Sorry banyak typo mengantuk sis. Lega dapat luah sebab sampai

Sekarang tertanya2. Aku ni jahat ke? Aku ni perampas laki orang ker? Aku ni kejam ker? Atau semua ni takdir. Aku akui aku bahagia sekarang. Suami aku tak pernah abaikan tanggung jawab … Kalau dulu semua orang kenal laki aku kaki perempuan. Sekarang semua terkejut dengan perubahan dia.

Dia berubah sebab dia jatuh cinta dengan aku. Kalau dulu dia per0kok tegar. Sekarang semua dia stop sebab aku yang suruh.. Sebab dia lagi sayang aku dari semua termasuk kawan2 dia tak ada lagi istilah lepak dengan kawan2..

Sumber : dunia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *