Sedar-sedar Anelia menangis. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Baru perasan rantai leher dah tiada

Tular di laman sosiial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman dimana rantai leher anaknya telah diragvt oleh individu yang tidak bertanggungjwab.

Disaat para pengunjung leka dengan pantasnya si peragvt mengambil peluang. Dalam keadaan yang penuh sesak, agak sukar bagi pasangan ini untuk mencari sipelaku. Namun apa yang lebih dikesali, anak kecilnya turut mendapat kecderaan kecil dileher. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Kejadian hitam di Jom Heboh Batu Kawan yang takkan kami lupakan sampai bila-bila.

29 September. Hari Ahad. Hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tapi sebaliknya berlaku.

Rantai leher Anelia kena ragut kat jom heboh. Baru saja kami sampai sana. Masa tu tengah jalan dekat bahagian orang jual barang 1 beg rm10. Ada jacker, zess apa semua tu.

Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku 😭

Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang amek . Gelabah cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.

Suami cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.

Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau cikni jumpa pelaku, cikni cakar-cakar dia balik.

Jom heboh memang tak pernah bawak depa mai. Sampai depa dah besar sikit ni baru jejak kaki.

Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia travma sampai balik ke rumah still dok gitao “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.” Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.

Moga jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.

Dan untuk pelaku tersebut, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tapi ingatlah Allah ada. Dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.

“Ni la rantai yang dia pakai tapi kalau keluar rantai tu masukkan dalam baju. Tapi ada orang tak faham dok kata baju ni bole nampak rantai tu. Ni gambar dekat rumah. Taktao nak terang macam mana dah. Rantai dalam kenangan”

Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya 😔

Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik saja untuk lancarkan kerja.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian wanita ini.

Emah Syazimah –Salah sendiri…dah tau tmpat ramai org. Npe bg anak pakai brg kemas trdedah.. dah Jadi mcm ni Bru nk nyesal .. Lain kali beringat la pada ibu ibu yg di luaq sana sama.. Ni satu pengajaran buat kita, nasib baik budak ni x di kelar lehernya mcm Kes tahun lepas. Nauzubillahiminzaliq

Wan Nurul Izzah –Zmn skrg kalau budak² xyhla bg pakai brg kemas, yg tipu pun xpayah la sbb zmn la ni org semua xmcm org. Pantang ada peluang. Nk pakai boleh tggu hari raya ke, tu pun kena jaga jaga jgk. Lg pun org skrg pantang ada peluang, mas plak tgh mahal. Apa apa jd kan iktibar buat kita semua. Sy skrg pun pakai masa kuar ngn husband je, kalu keluar sorg ngn anak takut nk pakai sbb kes ragut byk nau skrg.

Paksu Hairal Hamzah –Esok beli rantai feri buh kat ank tu tau… Maaf dik bkn paksu nk kecam… Tak salah nk bgi ank pakai rantai… Tapi jgn la terbuka mcm tu nak tnjuk kat sapa sebenar nya pada org yg ank kecil pakai rantai besar…tu mak ayah sndiri yg nak tnjuk pada penyamun yg hampa org berduit…

Maaf na kalau kata kata paksu sakit kan hati hampa.. Boleh pakai ank rantai bila kuar tudung kn dia… Lagi pun mak ayah org islam… Tak tahu hukum ka?? Dedah kan rantai besar pada org awam akan meragut nyawa ank hampa berdua…

Azura Mat Yusuf –Ank saya kena di mydin seberang jaya… Nak jd cerita.. Dia jln dgn maktok dia… Saya di belakang mereka… Memg nmpk depan mata.. warga asing mai selak tudung n raba tengkok n dada dia… Memang aku jerit kt ctu.. tapi jenis x tau malu.. Diaa buat bdoh… Bngsat btoi..

Shah –Salam takziah buat yg terlibat. Apapun kalau p jenis tmpt org ramai mcm nie beringat awal2 sebelum terkena mcm nie.

Moga jd pengajaran pd yg lain..penyamun haram jadah mcm nie sentiasa mengambil kesempatan.

Apa pula kata anda.

Sumber : Siti Haryani Azmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *