Ayah dan adik lelaki pemalas. Anak perempuan pula diminta tanggung keluarga. Bila ditegur dimarahi ibu pula

Foto sekadar hiasan. Ibu dan ayahku berkahwin atas aturan keluarga. Setiap pagi, aku akan terbangun dari tidur kerana pertengkaran mereka. Punca utama pergaduhan biasanya soal wang. Ibu dan ayah tidak bertegur sapa selama berbulan-bulan itu perkara biasa.

Ketika ibu dan ayah bergaduh, ibu akan duduk di tingkat atas, ayah di tingkat bawah. Ayah akan makan di luar. Ibu pula akan diam sahaja semasa ayah di rumah.

Ketika ayah keluar, ibu akan mengamuk kepada anak-anak. Pelbagai kata caciian dan makiian dilemparkan. Ayah pula adakalanya jika naik angin akan menterbalikkan meja makan dan sebagainya.

Ayah malas bekerja. Dia hanya bekerja ikut mood dan tahap kerajinan. Lebih banyak masa dihabiskan untuk tidur. Senang cakap, makan dan tidur sahaja kerja ayah. Urusan sekolah, makan pakai anak-anak langsung tidak dipedulikan.

Ibu yang bekerja menanggung keluarga. Mengikut cerita ibu, ayah dimanjakan oleh neneknya ketika neneknya masih hidup. Makan pakai tersedia dan diwariskan rumah pusaka nenek sebagai seorang cucu kesayangan.

Aku membesar dengan figura seorang ayah yang langsung tidak layak dijadikan sanjungan. Seingat aku, tidak pernah ayah berikan aku wang saku mahupun dibelikan apa-apa sebagaimana ayah orang lain.

Ibu dan ayah akhirnya berpisah setelah ayah mencanangkan kepada satu kampung yang dia ingin berkahwin lagi. Ketika ini aku baru sahaja melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di sebuah universiti. Aku mengikut ibu keluar dari rumah.

Ayah kemudian kahwin dan cerrai beberapa kali dengan beberapa orang wanita sepanjang tempoh beberapa tahun. Sepanjang tempoh tersebut, ayah masih dengan perangai malas bekerja. Aku juga tak faham bagaimana ada wanita yang berminat menjadi isterinya.

Setelah aku bekerja, aku berikan duit setiap bulan kepada ibu dan ayah. Aku ingin keberkatan dalam gaji. Tapi ayah ambil kesempatan. Aku repair rumah ayah sehingga aku terpaksa hold untuk masuk rumah sendiri walaupun telah mendapat kunci kerana lari bajet.

Tak cukup dengan duit repair rumah yang hampir 10k, ayah juga minta duit kopi walaupun duit bulanan telah aku beri. Dia akan whatsapp minta dimasukkan duit.

Aku juga pernah diberitahu oleh seseorang dari kampung yang ayah bercerita kepada sesiapa yang datang ke rumah yang aku culas dengan duit bulanan sehingga dia perlu meminta-minta. Aku jadi marah. Aku benci dia. Kenapa aku tak ada ayah seperti orang lain?

Ibu pula baru-baru ini minta pinjam satu jumlah yang agak besar untuk bebaskan adik dari penjara. Adik mengikut perangai ayah. Umur pertengahan 20an tetapi malas bekerja dan menjadi biawak hidup di rumah.

Jika diikutkan hati, aku ingin dia merengkok sahaja dalam penjara. Tapi kerana kasihankan ibu, aku keluarkan juga wang. Ibu langsung tak tanya jika aku ada duit. Terpaksa aku gunakan duit simpanan untuk masuk rumah yang sememangnya telah berkurang kerana ayah.

Ibu katakan mahu pinjam dan minta aku potong dari elaun bulanan yang aku beri kepada dia setiap bulan. Tapi aku tak tergamak untuk potong pun. Setiap bulan aku masih beri jumlah yang sama.

Adik pula setelah keluar masih tidak bekerja. Hanya makan dan tidur. Tak boleh ditegur juga kerana ibu akan marah aku semula. Ibu akan katakan aku tidak boleh ditumpang senang.

Aku tak faham kenapa ibu tidak belajar dari kesilapan. Kenapa ibu biarkan seorang lagi lelaki menjadi lelaki tak guna. Aku wanita. Aku penat menanggung biawak hidup. Aku juga takut untuk berkahwin. Takut jika mendapat suami seperti ayah dan adikku.

Tolonglah ibu-ibu sekalian, semuanya bermula dari rumah dan didikan anda. Please dont teach our daughters to be independent then turn around and baby our sons. Creating self sufficient women and the men who are okay with living off them. Jangan biarkan dunia ini terbalik.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Anne Nieda –Penyakit mak-mak melayu. Bukan semua tapi ramai macam ni. Anak lelaki ditatang2. Anak perempuan dikerah buat macam2. Sudahnya lambakan lelaki biawak hidup sekarang. Yang perempuan pula terlebih independent sampai tak perlukan lelaki dalam hidup.

Nuraz Wan –Awk merungut ibu tdk belajar dr pngalaman, awk juga tdk berlajar @ ambil tindakn mngajar mereka, setelah ibu pinjm duit, utk bebaskn adik, awk patut potong elaunnya dn sll beritahu berapa baki, biar dia terkesan dn sedar dia yg brgntung dn mnumpng senang.

Jangan lg peduli bila ayah minta duit, beri sekadar yg awk mahu beri, dn sll beritahu, yg awk masih bayar hutang renovate rumh dia dulu. Brhadapn dgn org yg tdk peka mcm ni, kita yg patut jd lbh tegas, klu tdk, sedialh utk bela biawak hidup sepnjang hayat..

Rafidah Zainun –Bapa kandung sy, bapak tiri sy n ex asben sy mmg kategori biawak idup. Bila sy ada anak lelaki… Memang sy train anak2 sy sama rata bab keje umah n t/jwb. Xde istilah berbeza jantina.

Anak lelaki ada tanya kenapa dia kena buat keje pompuan. Sy rational kan… Saya pompuan pun buat keje lelaki, naper lelaki nak memilih buat keje. Skang dia dh 12 n kakak nyer 13 thn. Sy dh bole rilex bila melibatkan keje umah.. Even memasak. X risau nak antar masuk asrama.

Cik Ros – Bertuahnya hidup saya. Dapat ayah yang berperanan sebagai ibu dan ayah dalam 1 masa. Kami apa2 pun ayah jer. Nak rujuk apa2 pun cari ayah. Mengadu apa2 pn cari ayah. Dari hal sekecil2 sampai hal yang besar2 semua ayah.

Ayah yg kuat berkerja dan urus semua hal utk family kami. Tp akhirnya ayah pergi juga mengadap Ilahi. Tapi semangat dia tetap membara dlm diri.

Tapi jadi sukar juga. Sebab bila nak cari suami, tak jumpa lelaki macam ayah saya tu. Kenot brain bila lelaki penakut, pemalas, tak boleh buat keputusan, tak tegas, lembik, biawak hidup. Sebab semua bertentang dgn sifat ayah saya.

Ummu Azzahra –Selagi awk bg wang yg berlebihan utk mereka, selagi tu keringat awk akn dikerah. Awk yg ajar mereka begitu. kalau awk redha, awk xperlu cerita semua ni.

Yg dh lepas tu biarkan .anggaplah saham akhirat pd ibu bapa.

Cuma yg mendatang ni,ckuplah bg berlebihan. Bg sekadar ckup makan,minum pakai,tpt tinggal. Yg lain2 bukan kewajipan. Jgn korbankan perasaan sdiri k.

– Strong Lady Not So Strong Anymore (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *