Belon udara meletvp 2 beranak berkecai terhempas dari ketinggian 10,000 kaki

Ibu dan anak perempuannya yang menaiki belon udara di China meninggal dunia selepas belon itu meletup di ketinggian 10,000 kaki di udara.

Video kejadian yang viiral di media sosiial China itu menunjukkan dua beranak itu duduk di kerusi belon udara tersebut pada 1 Oktober di Shandong, China.

Belon udara tersebut bukanlah belon udara yang mempunyai bakul untuk menempatkan penumpangnya, sebaliknya belon udara yang dinaiki dua beranak ini kelihatan tidak selamat.

Belon udara itu kemudian dinaikkan sehingga mencecah ketinggian 10,000 kaki di udara, berbanding ketinggian normal 1,000 kaki hingga 3,000 kaki.

Tiba-tiba belon udara itu hilang dan dipercayai bocor ekoran diterbangkan terlalu tinggi. Dua beranak itu mula terjatuh sementara saksi hanya mampu melihat kejadian mengeriikan itu.

Menurut Oriental Daily, myat kedua-dua mngsa berkecai apabila mereka jatuh terhempas dari ketinggian tersebut.

Polis kemudian mengesahkan pihak yang menyediakan perkhidmatan belon udara itu tidak pernah berdaftar dan beroperasi secara haram. Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai kes jnayah.Sumber: World of Buzz via Thereporter

Tr4gedi di Luxor, 19 mngsa

Kejadian kemlangan belon udara panas juga pernah beberapa kali dilaporkan sebelum ini. Antara yang mendapat perhatian ialah kejadian yang berlaku di LUXOR, Mesir. Nahas itu berlaku begitu pantas hanya kurang dua minit apabila sebuah belon udara panas yang membawa pelancong untuk menikmati pemandangan pada waktu matahari terbit di bandar bersejarah Luxor meletvp dan jatuh ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter).

Seramai 19 orang terbnuh pada Selasa yang menjadikannya sebagai kemlangan belon udara panas yang mencatatkan bilangan kemtian tertinggi.

Tr4gedi tersebut membimbangkan industri pelancongan negara itu.

Belon udara panas itu membawa 20 pelancong – dari Perancis, Belgium, Jepun dan Hong Kong, dan seorang juruterbang warga Mesir yang menerbangkannya merentasi Luxos, kira-kira 510 kilometer dari Kaherah, kata seorang pegawai.

Berdasarkan petunjuk awal, belon berkenaan dalam proses pendaratan apabila kabel tersepit di sekeliling tub heliium dan berlakunya kebkaran, menurut seorang penyiasat.

Belon itu naik beberapa kali, kata pegawai itu.

Kebakaran itu menyebabkan kanister gas dan belon menjunam ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter). – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *