“Cedok air longkang” – Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Di Premis Makanan Akhirnya Terjawab

Baru baru ini telah tular satu rakaman video berdurasi 19 saat memaparkan aksi dua orang wanita yang menceduk air longkang di belakang sebuah gerai makanan dipercayai di sebuah daerah di negeri Johor.

Akibat tularnya video terbabit, rata rata pengguna alam maya mula melontarkan kata kata yang tidak baik dan mempersoalkan tahap kebersihan di gerai berkenaan. Ada juga yang menyaran pelanggan yang pernah ke gerai tersebut mendapatkan pemeriksaaan kesihatan.

Air dari paip yang bocor

Namun setelah video terbabit tular, beberapa individu telah tampil mendakwa air yang diceduk itu bukanlah air longkang, tapi sebenarnya adalah air yang berpunca dari sumber air paip yang pecah. Namun begitu, memetik dari Harian Metro hari ini, tingkah laku berkenaan adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bersangkut paut dengan kesihatan pelanggan.

Memetik laporan dari sumber Harian Metro lagi, air berkenaan yang diambil oleh penjaja terbabit tidak terjamin kebersihannya dan jika digunakan untuk aktiviti seperti memasak dan mencuci pinggan dan peralatan memasak dibimbangi boleh mendatangkan kesan yang tidak baik keatas kesihatan pelanggan.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, satu siasatan dilakukan susulan tular rakaman yang menunjukkan penjaja warung kekal seolah-olah mengambil air dari longkang bagi menjalankan aktiviti perniagaan makanan.

Katanya, Jabatan Pelesenan MBJB bersama-sama SAJ Ranhill membuat siasatan pada 29 September lalu di warung kekal berhadapan kilang di Jalan Mahir 5 Kawasan Perindustrian Cemerlang, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram.

“Hasil siasatan mendapati air yang diambil penjaja ini berpunca daripada paip air SAJ Ranhill yang pecah di bawah tanah warung kekal itu dan bukan air longkang,” katanya.

Menurutnya ini kerana air itu dikhuatiri tidak benar-benar bersih dan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan jika digunakan dalam aktiviti perniagaan sama ada untuk memasak dan mencuci pinggan atau peralatan.

“Melalui siasatan, penjaja warung kekal itu tiada lesen perniagaan MBJB dan diberi notis peringatan oleh Jabatan Pelesenan MBJB.

“Ini adalah notis peringatan kedua diberikan susulan notis yang dikeluarkan Jabatan Penguatkuasa MBJB,” katanya.

Menurutnya, warung kekal ini sebahagian 51 warung kekal tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang yang diberi notis ketika bancian abatan Penguatkuasa MBJB terhadap penjaja tanpa lesen Julai lalu.

“Tujuh warung kekal tanpa lesen dirobohkan. Bagi baki warung kekal sedia ada, MBJB perlu membuat task force dalaman terlebih dahulu serta menunggu waktu yang sesuai untuk diambil tindakan,” katanya.

Rakaman video yang tular.

Rata pengguna yang mengikuti video yang tular ini telah memberikan reaksi yang pelbagai ke atas kejadian yang tular ini.

Antara komen dari pembaca selepas membaca laporan ini.

Dila Fadzrey –Jijiknya aduhhh, tak kisah la dari paip pecah pun, masalahnya halwa2 longkang tu beb

Abe Walker Kelate –Masih ada yg menyokong pempuan ceduk air tepi longkang tu ok korang makan la dkat situ dan sokong puas2 ye, bnda nk dimasuk ke perut pun korang tak cakna ea?

Encik Khyrulls –Mmg la air dari paip pecah.. Tapi masalah nye paip yg pecah tu kedudukannya btul2 berada dlm longkang dan hanya beberapa kaki je dri dasar longkang..adoi..

Myra Medina –Sebab tu lah aku sangat2 sangat sangat sangat2 beehati2 kalau makan kat luar x kira warung ke restoran ke…eeeuuuuwwwwwww

Zuman Mokhtar -Penjaja klu nk meniaga mana boleh curi air, amik kat rumah.. Tak boleh nk pi amik air kat surau ke longkang ke. Cuba check ade ic x?

Sumber: Harian Metro, FB Viral.my via bicaradaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *