Terjerat cinta wanita kaki kikis. Aku tahu dia skndal dgn pelajarnya sendiri. Tp aku diamkan saja

Foto sekadar hiasan. Petang ni, rasa macam lapang sikit. Jadi aku nak throwback kisah lama. Lagipun ada yang request. Aku bagi masa 30 minit kepada diri untuk menaip, akhirnya dekat sejam jugak termasuk edit.

Selalunya dalam cinta, betina kena game dengan jantan. Meh sini, aku cerita, camner jantan pun boleh kena game dengan betina.

Beberapa tahun lepas, aku pernah heart-break (patah hati) yang sangat teruk. Okay, sebenarnya aku dah beberapa kali heart-break yang selalunya diikuti dengan perasaan sedih. Heart break yang aku nak cerita ni lain, sebab lepas heart break, aku rasa macam nak bnuh orang.

Sedikit mukadimah background aku, supaya korang dapat gambaran. Aku ini bekas budak lurus. Nama mat salehnya, “Nice Guy”. Lurus-lurus pun, normal-lah untuk ada perasaan. Time kat uni dulu, kalau aku tercerita sikit bab perasaan, boleh pulak berkata, “Eh kau pun boleh suka kat perempuan ke?”

Masa tu, aku rasa nak tunjuk middle finger pun ada. Mentang-mentang aku ulat buku, apa dia ingat ulat buku tak berahi nak makan? Camtu juga dalam bab berpasangan, ulat buku pun ada perasaan.

Dipendekkan cerita, setelah 2-3 kali heartbreak, ada sorang minah follow-up med-sos aku. Minah ni ex-schoolmate aku, kami ada je chat sejak lepas sekolah walaupun on-off, dari zaman MSN Messenger, YM, Gtalk. Name it. Last sekali zaman Whatsapp lah. So daripada Whatsapp tu, akhirnya kami berjumpa kembali.

Mungkin masa tu, aku jenis kegersangan emosi. Jadi bila ada minah ajak keluar, aku pun fine, bagai orang ngantuk disorongkan bantal. Selalunya aku ngorat tak pernah jadi, friendzoned all the time. Nice guys boleh faham perasaan ini. Atau mungkin ada girls yang minat, tapi aku pula tak minat. Normal lah. Selagi dua-dua tak klik, takkan ada lah date.

So, minah school mate ni, aku tak jangka perangai sebenar dia. Pattern tebiat dia, dia akan ajak aku lepak, lepas tu sembang work/life dia kat kedai-kedai hipster cam MekDi atau Setabak. Seingat aku lah, setiap kali lepak, aku je yang bayar.

Lepas lepak, dia akan wassap aku, nak pinjam duit. Aku yang masa tu, bodoh jugak, syok sendiri. Ingatkan minah tu ajak lepak sebab dia syok kat aku. Rupanya nak meminjam dalam RM50 ke RM100. Zaman transfer online je beb. Lepas duit dah masuk, dia akan gh0sting Whatsapp aku berhari-hari, kekadang berminggu. Pattern ni berterusan dekat 2 tahun.

Masatu aku ingat, dia macam serius nak kat aku, sebab ada je gurau-gurau pasal kahwin, bakal dapat “roommate” baru lah, dll. Kalau aku yang masatu dah tau apa yang bakal terjadi, memang dah lunyai dia tu. Seb baik tak tau kan.

Sebab aku ingat dia serius, aku siap jumpa mak dia kot kat tempat kerja mak dia, mintak kirim makanan kepada minah tu. Yang peliknya sejak aku jumpa mak dia, dan kemudian ayah dia, dia makin kerap gh0sting aku, sampaikan aku rasa lebih senang nak communicate dengan mak dia berbanding dia.

Bila dah lama sangat gh0sting, aku nekad stalk. Bukannya aku tak tau, dia ada skndal dengan student dia. Masatu, dia kerja tutor/ pensyarah kat satu private uni. Student dia tu pulak, aku dapat tau, jenis pandai buat duit, jual property, main f0rex la, pastu jadi kepala geng mat motor. Jarak umur depa, tak payah cakap la, dekat nak 10 tahun.

Aku masa tu, baru lepas setahun dua grad, hidup frugal gila, tapi sanggup jugak keluar duit bila dia mintak. Jadi aku dapat hunch yang dia ni memang tengah berskndal dengan mamat tu. Tapi aku diamkan je, tak tanya apa-apa pun. Bak pepatah, kalau sudah cinta, tahi pun menjadi coklat. Itulah ibaratnya.

K, masa dah nak abis. Satu hari, dia ajak aku lepak MekDi. Cam biasa, aku belanja dia makan. Masatu, dia pulangkan balik buku teks yang aku pinjamkan kepada dia untuk adik dia. Kebetulan adik dia amik course yang aku pernah amik kat uni.

Nampak tak… Sampai adik dia pun aku tolong! Macam biasa, lepas jumpa, dia gh0sting mesej aku 2 minggu. 2 minggu kemudian, tetiba mesej aku. Masatu, aku tengah drive dari Pantai Timur, job kat situ. Dapat je mesej, time drive jugak aku baca.

“Boleh tak kalau kita tak cerita pasal tunang-tunang semua ni buat sementara waktu,” dia mesej.

“Kenapa ya? Ada apa-apa ke yang tak kena?” aku balas.

“Aku rasa aku tak bersedia lagi lah,” dia balas.

Memang masa tu, aku nice guy. Aku layan je apa yang dia request. Tapi, dia pun bukan nice girl. Dia manipulasi perasaan aku supaya aku mengeluarkan duit untuk support life-style dia yang acah-acah glamer padahal budak-budak baru nak up, dah tua baru nak huha-huha berjimba sana-sini.

Akibat ditipu G0ld Digger 1K tu, tiap-tiap kali teringat dia je aku rasa nak bnuh orang. Bukan sebab duit beb, tapi sebab kepercayaan yang dikhianati. Sebab nak cool down rasa bengang tu, tiap-tiap kali marah, aku workout. Memang lepas tu, berat aku banyak turun, siap jadi taff lagi, cuma takde sixpack lah.

Kekadang, aku workout waktu malam. Lepas workout, saja aku merayau ke rumah famili dia. Rasa cam nak campak botol cat merah pun ada. Mujur kewarasan masih ada. Takkan sebab salah dia, famili pula jadi mngsa.

Benda ni dah lama berlaku. Aku pun dah tak de lah rasa nak bnuh orang bila teringat minah b***h G0ld Digger tu. Lagipun, sekarang dah ada orang yang sayang aku for who I am. Alhamdulillah. Thanks bae 😛

Tapi hutang aku tak lupa beb. Kot la G0ld Digger tu terbaca confession ni, Al-Mulk yang kau baca tiap-tiap malam tu takkan dapat halalkan hutang 1K kau (entah ye tidak dibacanya Al-Mulk, ke gebang?). Kau sedekah la kat sapa-sapa, tapi aku takkan halalkan hutang tu. Bila kau kena malapetaka, aku nak kau ingat takkan ada sebab yang lain, ini karma kau. Jangan sebab d0sa kau, nanti anak kau yang “merasa”.

Pengajaran:

1. Nice guys, sila jadi nice men. Betul, bukan salah korang jadi “budak baik” ni, kekadang famili terlalu mengongkong keputusan korang, tapi berhati-hati. Kat luar sana, banyak playgirls.

2. Girls… Aku tak tuju kat semua ok, tapi yang playgirls aka G0ld Digger tu, hati-hati sket. Kalau kau nak menjalang sangat, alang-alang tu menjalang lah kat Dato’/ Tan Sri. Jangan buli nice guys, sebab mungkin nice guys yang pernah ko buli bakal menjadi Dato’/ Tan Sri yang akan menge-game-kan anak-anak perempuan korang one days.

Antara komen pembaca selepas membaca luahan ini.

Izzah Maherah – Orang bujang bercinta, 1k tu takdalah banyak mana. makan , wayang, hadiah bday, hadiah anniversary . tiba2 ja dah 1k 😅 psl tu bercinta jgn lama2, nanti duit habis gitu ja.

Serina Sadi Sulaiman –Ko dari planet mana ni??? Setakat 1k ko dah label dia g0ld digger 😂😂😂.. Siap ungkit hutang bagai bila dia reject bertunang.. Kalau jadi kahwin mau guna kalkulator berkira dgn isteri🤣🤣🤣.. Gigih baca ingat kan 100k tadi.. 😑😑😑

Diana Nabila –Setakat 1k tu rasanya belum kategori g0ld digger, just dia dah pergunakan awak jer la padahal x suka mana pun. Tu pun x faham ke kena gh0sting bagai.

Kalau g0ld digger betul, pasti awak dah bergolok gadai siap jual diri demi memenuhi kehendak dier. 1k tu not a high price to pay to see someone’s true color.. Tapi benar awak ni lurus la… Dan kedekut berkira jugak la sikit. 😁 Btw i baru taw mekdi dan setabakse tu hipstur 😅

Umayra Hamdan –Aku dulu pernah la game seorang nice guy ni. Mmg baik alahai. Kami beza umur 7 tahun. Dia la muda dr aku. Banyak kali aku remind dia.. Jangan baik sangat..nanti kena game..jangan baik sgt nti kena game. Semua benda dia nak bagi. Semua duit.

Alahai. Setiap kali dia layan aku dan anak2 baik sgt2, aku cuma pesan “i harap u ni tak pergi dekat perempuan yg salah… Kalau dapat dekat orang yang salah, jiwa u boleh rosak”.. walaupun aku sedar aku tgh game dia. Bukan aku niat nak game dia, aku cuma tak ready nak kawen lagi. Aku nak besarkan anak2 aku dulu. Dia pulak tak sabar nak jadi bapak. Adoi pening.

At last aku rasa better aku stop contact dia. Selamat duit dia kalau aku tak contact dia.

Dua hari lepas aku saje contact dia balik.. Tanya khabar. saje nak tgk..mudah kena game lagi ke tak… Still same. Alahai.. Tapi aku xnak ambil kesempatan lagi. Aku kesian. Jangan naif sangat pls sesiapa yg “nice guy” tu.

Takde istilah demi cinta lautan api ku renangi dah skg ni. Cuba jadi bijak dalam bercinta sikit.

– Mantan Nice Guy (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *