Terlalu Stress Fikirkan Majlis Kahwin Hinggakan Diserang Anxiety Attack. Gadis Kongsi Pengalaman Saat Cemas Semasa S3rangan

Sebelum ini peminat dikejutkan bila pelakon Diana Danielle berkongsi derita menghidap penyakit gangguan kebimbangan melampau atau dikenali sebagai anxiety attack. Beberapa faktor yang mendorong seseorang ini menghidap penyakit ini. Dalam masa yang sama terdapat cara untuk mengelakkan dari terkena penyakit tersebut.

Di IG baru baru ini, seorang gadis bernama Elisa Syahira berkongsi pengalamannya yang menghidap anxiety attack gara-gara terlampau str3ss beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya. Dia turut memberi nasihat agar tidak terlalu banyak berfikir sehingga memudaratkan kesihatan.

Kebas satu badan

Sebab ramai sangat yang bertanya, don’t worry semua. Alhamdullilah saya okay. Cuma lately, memang kerap nangis, str3ss then sakit dada. Badan mengigil. Jantung degup laju. Cepat rasa panic. Rasa kebas kebas satu badan. Tak boleh terkejut. selalu rasa risau. takut semua benda. Setiap hari rasa kematian tu dekat. Tak boleh tido malam. Susah bernafas. Even pakai inhaler pun tak kurang. ingat nk kena asthma attack lagi. Rupanya kali ni bukan.

Kaki dan tangan mulut muka semua kebas dan kejung

Start tengahari semalam dah sakit dada susah nafas. Dalam otak I cuma tahu nangis je. Yes I admit I nangis for whole day dalam 2, 3 hari ni tanpa stop. Nangis tanpa sebab. Orang tanya-tanya I pun I boleh menangis. Maybe sebab I over str3ss. Dekat office I nangis, time drive I nangis, sampai je rumah I masuk bilik I sambung nangis.

Then dalam otak tiba-tiba macam terfikir “incase jadi mcm ni time nikah nanti macam mana eh” then I bangun I cakap dekat mama dada I sakit terus kebas satu badan dan rasa jatuh collapse. Badan terus kejung. Jantung memang laju time tu. Tercungap-cungap.

Ayah mama sempat tangkap. Kalau tak jatuh macam nangka busuk saya mueheheh. Time tu Allah je kot tahu macam mana saya rasa. Mama ayah suruh mengucap, berzikir sebab mmg mcm rasa 50-50.

Ayah terus angkat masuk kereta pegi klinik dulu. Time tu memang rasa badan lembik gila. Nak diri pun jatuh. Nak jejak kaki dekat tanah pun jatuh. Sampai klinik ayah dukung macam baby lagi. Doktor check dia cakap symptom stroke. Sebab kaki dan tangan mulut muka semua kebas dan kejung tak rasa apa. Doktor try angkat kaki dan tangan tapi takda positive feedback. Memang longlai teruk. So doktor suruh refer hospital terus.

Cuma over str3ss

Sampai hospital doktor tolak masuk emrgency terus tanya “elisa, you str3ss ke? Ada gaduh dengan partner ke? Ada masalah dekat office ke, you tengah fikir apa sampai jadi macam ni? You tahu tak sekarang you dekat mana? Takpe, explain je semua. I cuma nak you bercakap” I still no respond. Satu badan tak boleh gerak. Just air mata je keluar macam tsunami. Hahaha.

Bukak mata rasa tak nampak apa (mungkin sebab saya rabun). Tapi apa yang jadi dan apa yang orang keliling bercakap I sedar dan I dengar dan I boleh ingat. Then doktor terus ambil darah, drip satu bottle, letak wayar wayar dekat jantung tangan dan kaki.

Dapat result Alhamdulliah everything semua okay. Cuma over str3ss, its panic/anxiety attack. Benda ni akan bila bila masa dia akan attack lagi so hopefully ni first and last. For girls out there, please jangan over thinking macam saya, makan jangan skip macam saya. Sebab gigih nak cut cost makan kan haha.

Jangan str3ss-str3ss macam I lagi berapa hari oii nak majlis boleh pulak kena mcm ni hahaha, jangan pelik time majlis nanti kenapa I macam taugeh kepala besar badan kurus gila hahaha. Nanti I str3ss I boleh kena panic attack lagi. Ni lesson I jugak. Harap lepas ni tak perlu fikir sampai over str3ss, benda kecik jadi besar.

Jangan banyak berfikir

You guys jangan banyak berfikir macam I patutlah rambut gugur teruk haha. Yang mana dah berkahwin boleh ajak partner pergi bercuti, yang mana belum berkahwin macam I pergilah bercuti dengan keluarga tercinta okay.

Bawak pergi makan sushi ke, makan dip n dip ke, bawak pergi genting ke, bawak pergi jalan-jalan negeri orang lain ke, pergi pantai ke pergi spa urut ke kan as long tak str3ss. (Thank you mama ayah, kakak2 & abang2 ipar & aloy sebab ada bila time time macam ni. Tak tahu nak balas macam mana.

Kalau sorang2 rasanya memang kejung selamanya la). And thank you for those ws & dm. Bangun tido bukak hp penuh notification. Saya bukan artis hahaha tapi alhamdullilah saya ada ramai kawan kawan yang selalu concern. Thank you yang doakan.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian gadis ini.

Azlan Hod –Budak2 twitter bangga kalau di-diagnose dgn penyakit mental. Jadi satu budaya. Mental illness is so trendy, fabulous, glamorous dan in. Masing2 berlumba-lumba nak sakit mental supaya dapat update dkt twitter. Buat thread untuk secebis likes dan RT. Twitter is the ACTUAL mental illness.

Sue Zee –Nak kahwin pun str3ss? Kena kahwin paksa ke mcm mana.. Aku hari tu amik cuti kahwin lg 2-3 hari nak nikah dan sanding. selamba je sampai kwn2 kerja tanya aku jadi kahwin ke x sbb tgk aku busy kerja mcm biasa..

Balik rumah family 2-3 hari sebelum majlis (drive kereta sorang2 dr KL ke Johor) aku sempat pergi spa dan pergi buat pedicure medicure siap belanja mak aku lg buat treatment sama2 hahaaa.. Alhamdulillah.. Aku ok je sampai la selesai majlis nikah dan sanding..

Maryam Shukor –Rata2 rakyat Malaysia ni tak tahu dan tak faham tentang penyakit masalah mental. Banyakkan membaca dan tambah ilmu ya semua.

Ahmad Wazir Aiman –Saya perhati sahaja orang yang tak faham bahawa str3ss mempengaruhi orang pada kadar yang berbeza-beza.

Anxiety attack ini bukannya sesuatu yang boleh tilik dan ramal, ada orang cenderung untuk mendapatnya, ada yang tidak.

Ujian dan juga kekuatan mental berbeza mengikut individu.

Anda tak sakit dan tak stres ketika persiapan kahwin? Alhamdulillah, silalah beritahu jiran tapi tak perlulah bandingkan diri anda dengan orang lain kerana ada orang yang lebih hebat daripada kamu dalam aspek lain.

Anxiety attack bukanlah satu pertandingan untuk tengok siapa yang kuat dan siapa yang tidak, Ia adalah masalah kesihatan yang perlu dirawat.

Sumber: Elisa via Ohbulan

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *