“Dgn bangganya doktor tu masuk rumah saya” – Suami pkul doktor akhirnya tampil jelaskan hal sebenar

PEMUDA yang membelasah seorang doktor selepas kantoi cvrang dengan isterinya tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden itu.

Pemuda tersebut, Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata dia bertindak memukul doktor tersebut selepas amaran supaya tidak lagi bertemu isterinya dikenali sebagai Intan, 28, tidak diendahkan.

“Saya belum gila nak pkul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.

“Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat… tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi.

“Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?” soalnya.

Insiden berlaku sekitar pkul 3 petang Jumaat.

Aiman turut menafikan dakwaan bahawa dia jenis cemburu buta dan kerap menuduh bukan-bukan terhadap isterinya.

“Dakwaan tu tak betul. Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia.

“Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya.

“Saya tak rasa ini isu jealous tetapi cvrang… isteri orang cvrang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya,” katanya.

Dakwa Aiman lagi, dia menyedari isterinya ada hubungan sulit dengan doktor tersebut sejak lapan bulan lalu.

“Sejujurnya isteri saya dah cvrang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat.

“Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.

Paparan skrin mesej Aiman dan isterinya.

“Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar. Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel,” katanya.

Ditanya apa yang dilakukan terhadap isterinya selepas hubungan sulitnya itu terbongkar, pemuda berusia 31 tahun itu berkata dia cuma berharap agar isterinya itu insaf.

“Saya tak pkul dia. Dayus kalau lelaki pkul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pkul perempuan.

“Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman mengaku tindakannya menyerang doktor berkenaan adalah keterlaluan kerana terlalu marah.

“Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pkul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri,” katanya.

Aiman memukul doktor tersebut kerana tidak endah dengan amarannya sebelum ini.

Sementara itu, Aiman turut berkata bahawa adik isterinya turut menafikan mengeluarkan kenyataan mempertahankan kakaknya itu di Twitter.

“Saya dapat mesej dari adik kedua wife beritahu tidak tahu-menahu mengenai tweet yang tular di Twitter. Setahu saya dia tak ada Twitter.

“Kalau tweet tu adik dia yang buat takkan mak mentua dan adik-beradik wife mesej bagi semangat dekat saya,” katanya.

Sementara itu, adik kepada jururawat tersebut tampil mempertahankan kakaknya.

Menurut pemilik akaun Twitter Dxniallee, kakaknya itu sering dituduh berlaku cvrang oleh suaminya sepanjang dua tahun mereka hidup bersama.

Malah dakwanya, kakaknya sudah bosan dengan sikap suaminya itu yang tidak mempercayainya dan suka menuduh dirinya bukan-bukan.

Oleh sebab itu, dakwa Dxniallee kakaknya itu tekad membuktikan kepada abang iparnya bahawa dia berlaku cvrang.

“Siapa je tahan kan hari-hari dituduh bukan-bukan padahal orang tu sibuk bekerja dan dia rasa diri tu tercabar.

“Sekali mimpi my brother in law tu jadi kenyataanlah sebab selalu dok menuduh bukan-bukan, jelalous tak tentu pasal since diorang engaged lagi.

“Memang husband dia ada trust issue dan my sis pun dah fedup. I don’t know why maybe sebab like i said just now both sides ada kesalahan masing-masing,” katanya.

Jelas Dxniallee lagi, sebelum abang iparnya kembali ke Malaysia, kedua-dua keluarga sudah berbincang mengenai perkara itu.

“My family dengan family belah sana pun dah jumpa doktor tu dah bincang elok-elok supaya jangan berkawan lagi dah sebab masing-masing dah berkahwin kan.

“Dan settle diorang pun tak jumpa lagi dah and my sis continue focus with her job. And today my brother in law balik KL terus serang doktor tu without any explanation.

“Padahal this case dah settle. Benda ni jadi case polis sebab serang orang secara tiba-tiba,” katanya.

Dalam pada itu, klinik yang dipercayai tempat bertugas doktor itu ketika dihubungi mStar enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Maaf saya tahu tahu. Saya tak boleh bagi sebarang komen,” kata jururawat yang menjawab panggilan tersebut.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *