Terjumpa diari milik arwh isteri. Tumpah air mata suami. Rupanya ini yg dipendam isteri semasa hayatnya

Apa yang nak aku tuliskan ini, jadikan lah sebagai pengajaran buat semua lelaki di luar sana yang bergelar suami. Kisah ini mungkin menyayat hati bagi yang masih ada ‘hati’.

Hari ni genap 67 hari arwh isteri aku meninggl. Dan selama 67 hari ini juga aku tak henti henti menangis di atas pemergian isteri yang paling aku sayang. Bukan aku tak redha, cuma aku rasa seperti tak lepas.

Seperti ada sesuatu yg belum selesai antara kami. Dan malam ini, aku terjaga bukan kerana tangisan baby yg minta disusukan, tapi kerana seakan terdengar dengar tangisan arwh. Allahu..aku tak kuat.

Aku dah berkahwin selama lebih kurg 3 tahun setengah dengan isteri. Kami kahwin muda. Seawal usia aku 20, dan isteri 19. Di awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Aku sgt mencintai isteri sehingga langsung tak boleh berjauhan dengan nya.

Bercakap dengan lelaki pun kurang. Dulu masa nak pikat hati dia pun ambil masa berbulan baru dapat kenal. Dia seorang yang sopan, dan menutup aurat dengan sempurna.

Dari awal kahwin, sehingga hampir setahun, aku rasa sangat senang dengan arwh. Kalau boleh, aku nak ada dekat dengan dia je 24jam. Bila ada kerja luar, aku akan settlekan cepat dan berkejar nak balik rumah.

Namun bila masa berlalu, tanpa aku sedar aku makin banyak berubah. Tanpa aku sedar, arwh makan hati dalam diam. Aku makin jauh dengan dia. Aku sibuk dengan kerja luar, sehingga aku rasa seronok berada di luar berbanding di rumah bersama isteri. Kadang kadang, aku cari je apa yang boleh aku settlekan di luar rumah sebab aku bosan stay dekat rumah.

Sepanjang perkahwinan, mmg aku langsung tak pernah keluar kalau bukan bersama arwh. Apa lagi nak lepak malam malam dengan kawan lama. Sampai laa suatu masa aku join macam macam clvb kereta dan motor.

Makin banyak alasan aku nak jumpa kawan itu dan kawan ini. Mula mula arwh diam , lama lama dia mula merungut yang dia bosan di rumah kesorangan. Tapi aku tak peduli pun. Kadang kadang dia menangis sebab kecil hati dengan aku. Tapi setiap kali dia menangis bila bergaduh atau berkecil hati, aku tak pernah pedulikan dia. Sedar sedar dia dah tertidur dengan air mata kat pipi.

Ye, aku tahu aku suami yg jahat. Aku biasakan dia dengan layanan seperti seorang puteri, kemudian aku ragut semuanya . Dari seorang suami yang cukup lembut, aku berubah menjadi seperti seekor singa bila bergaduh.

Aku akan ignore dia. Aku akan cakap kasar kasar dengan dia. Tangan aku mula pandai sentuh badan dia (itu kalau dia yg mulakan dulu). Sampai kadang kadang aku rasa mcm jodoh aku dengan dia dah takde.

Kami kerap bertengkar. Dan kebanyakannya berpunca dari sikap dia yang terlalu kuat cemburu. Tapi itu dulu, masa dia hidup. Bila dia dah pergi, baru aku sedar. Dia bukannya cemburu buta tetapi dia mahu aku jadi suami yg soleh. Dia mahukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat aku. Allah, berd0sanya aku.

Aku mengaku, aku memang susah nak jaga mata. Bila keluar berdua, dan ada perempuan cantik yg melintas depan kami mesti mata aku akan terpesona tgk kecantikan perempuan tu. Padahal isteri aku ada kat sebelah. Dan isteri aku pun sangat cantik.

Tapi aku tak pernah sedar semua tu. Bagi aku biasa lah tu lelaki mmg suka tgk perempuan cantik. Aku tak tahu yang isteri aku sedih dengan sikap aku tu. Arwh selalu tegur. Tapi aku buat tak tahu je. Sampai satu masa arwh dah tak tegur lagi, mungkin dia dah penat dengan perkara sama. Aku memang tak tahu bersyukur. Aku tak pernah rasa cukup dgn apa yg aku adaa. Sedangkan arwh dah cukup segalanya

Seminggu lepas dia meninggl, aku kemas luggage pakaian dia. Dan aku terjumpa satu buku tebal. Aku ingatkan buku nota study dia. Rupanya dalam tu penuh catatan diari dia dari mula kahwin dengan aku sampai la hari terakhir sebelum di admit ward untuk give birth.

Aku baca semua. Air mata aku tumpas. Aku rasa masa tu aku nak pergi gali semulaa kvbur arwh aku nak peluk dia, aku nak cium dia, aku nak minta maaf aku nak minta ampun. Aku banyak d0sa dengan dia.

“Abang, kenapa abg tengok semua tu. Sayang kan ada kalau abg berhajat? Mungkin sayang tak mengiurkan macam pelakon pelakon dlm video lcah tu. Syg minta maaf kalau syg tak pandai layan abg, sampai abg cari kepuasan melalui cara tu.

Ya allah, kau berilah hidayah pada suami aku. Abang, semoga Allah pelihara abang dari pandangan haram ye. Moga hati dan iman abg kuat ye. Takpe, syg tolong doakan abang setiap malam dan di setiap sujud syg. ”

” Cemburunya tengok abg duk pandang pandang perempuan tu tadi. Mmg la cantik. Tapi syg dah usaha habis baik nk bagi cantik jugakk bila keluar dgn abg

Sehelai demi sehelai lembaran tu aku belek. Dari sekecil kecil hingga ke sebesar besar hal dia ceritakan semua dalam buku tu. Baru skrg aku sedar , aku kurang beri perhatian pada dia selama ni. Dan ada satu luahan dalam buku tu ingatkan aku pada satu detik masa awal kehamilan arwh.

“Abang abang! Rasaa ni baby gerakk la! Aku emmm emm je. Mata asyik duk hadap hp. Bosan dgr dia merengek, aku alih tangan letak atas perut dia. Tapi mata masih lekat di skrin telefon. Dan segala kesedihan tu dia luahkan dalam buku tu. Memang aku dengar dia menangis malam tu tapi aku tak peduli pun.

Mmg aku tak pernah nak pujuk kalau dia menangis. Apatah lagi nak tanya kenapa. Allahu.. kejam nya aku. Aku tak pernah peduli apa dia rasa.

Banyak yg aku baca dalam diari arwh. Patut laa dia dapat pre eclampsia (high bl0od prssure during pregnancy) . Padahal umur baru setahun jagung dan ini first baby. Rupanya banyak yg dia str3ss dan fikir pasal aku. Selama ni tanpa aku sedar, dia byk hide semua post di fb yg nengandungi unsur tak baik atau gmbr perempuan sksi. Betapa dia nak jaga dan nak bantu aku jadi baik.

Sekarang, semua dah takde. Yang tinggal hanya kenangan. Kenangan yang tak boleh mengembalikan apa apa. Dan arwh tinggalkan aku bersama zuriat kami. Nur Amsya Imani. Wajah iras sangat dengan arwh. Setiap kali aku pandang wajah anak syurga ini, setiap kali tu wajah arwh terbayang di mata. Allah.. Macam mana aku nak lalui hari hari mendatang.

Sungguh, aku sunyi. Dan sekarang baru aku faham erti sunyi yg isteri aku cakapkan selama ni bila stay dekat rumah sorang diri. Patut laa selama ni dia tak pernah tidur, dan tunggu aku balik walaupun tengah malam. Rupanya dia tak dapat tidur bila aku takde kat sblh

Aku dah hilang segalanya. Aku dah hilang isteri solehah yg sentiasa doakan kebaikan aku. aku dah hilang isteri yg selama ni jadi penguat aku. Abang rinduu nak naik motor dengan awak, sayang.. mcm awal kahwin dulu.

Pukul 1 pagi awak ajak round taman. Abang rinduu nak gurau dengan awak. Balik laa sayangg.. abg janji abg tak keluar dengan kawan dah. Abang janji abang tak hadap hp 24jam dah. Abang janji abg xpandang perempuan lain dah. Abang janji :(.

Menangis lah air mata drah pun. Arwh takkan kembali. Aku takde apa nak pesan banyak banyak. Tapi ambil laa kisah aku sebagai pengajaran. Tolong laa ambil sebagai pengajaran. Jangan sampai semua terlambat, baru kau nak menyesal. Aku menyesal. Menyesal. Menyesal.

Antara komen pembaca selepas membaca kisah jni.

Md Farizal Fazlin –Sebab tu andai isteri merajuk.. Menangis… Pujuk lah dia. Isteri x minta Ape2 sekadar ungkap kata maaf dh bermakna buat dia. Kalau setiap waktu detik terluka hati nya kau cuma biar kn nye saje biar dia pujuk diri ye sendiri.. Rasa tu pedih sgt2.. Sikit2 lama2 stress isteri… Biar la isteri tu merengek biar la dia membebel..

Andai 1 masa tu dia diam.. Tu dh parah la hati nye. Bermakna hati dia dh cukup2 pedih cukup terseksa.. Perasaan sedih tu hilang.. Tiada Ape2 perasaan dlm diri tu lagi. Selagi dia ade hargai la… Bila dah x de walau mcm mne kau merintih dia x kn kembali.

Bunga Lavender –Kisah ni mmng wujud bg org yg prnh alaminya.. isteri baik pon masih suami buat hal dan mmndg wanita luar..isteri sanggup buat mcm2 nk phatian suami, tpi suami xmnghrgai dan dgr luahan isteri , lbih suka mmndg bnda hram dan ppuan lain..

Bila ada xnk hrgai, bila da xda baru nk mnyesal.. 😷isteri berusaha nk ajak suami masuk syurga dan berubh lbih baik brsama.. tpi bnyk suami xnk brubh.. apapon ini semua ujian dan pnjamn dlm khdupn.. kjarlh cinta Allah , maka kmu tdk akn rugi🍀😇

Tanak Rudod –Tue la bertabiat.. Nak khawin xnak jaga bini… Bila da takde baru nak menangis ape semua… Nak menyesal da takde guna .. Masa da tak boleh putar.. Sesalan sampai liang kubur… Hargai apa yg ada sebelum hilang.. Supaya tak menyesal… Hidup hnya sekali..

Muhd Sedsa –sape yg malas baca panjang2 tu meh aku ringkaskn citer;

Pasangan kawin muda (laki umo 20, bini 19).
3 tahun setengah mendirikan rumah tangga.
awal perkahwinan semua nye indah belaka. suami pegi mana2 je mesti bawak bini. suami kadang gi keje outstation, nangis2 rindu bini kat umah.

Sampai la satu masa. si suami dah x mesra cam dulu2. rasa bosan duduk umah, selalu lepak luar ngan kengkawan. Terjebak ngan ketagihan menonton video ‘dewasa’. padahal ada bini.

Bini selalu stress ngan suami dia ni, tapi pendam dlm diam. Satu masa tu bini dia mengandung 3 bulan. Kena admit masuk wad (tekanan drah tinggi time mengandung).
tak pasti punca apa sebabkan bini dia mennggal (dpt anak).

Dah lama lps tu, suami dia terjumpa satu buku diari. bini dia tulis segala benda yg dia pendam dlm tu. dari yg kecik sampai la hal besar2. Suami dia menyesal. Dia buat karangan kisah ni, untuk jadikan pengajaran kepada semua suami2 di luar sana.

Apa pula kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *