“Jgnlah membandingkan anak”. Tk sangka anak yg dulu selalu dihina sanggup berhenti kerja utk jaga ayah

“Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena str0k. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Zaid Mohd Zain –Siapa lagi yang mahu angkut sampah yang membusuk seluruh dunia ni. Kalau semua dah jadi dokter dan engineers. Maha kuasa Allah melengkapkan dunia dengan berbagai makhluk nya.. Ada pencuri melahirkan bnyak pekerjaan sebagai polis.

Hamzah Zah –Sering kali ungkapan yang kita dengari berbunyi belajarlah pandai pandai supaya kita menjadi orang yang berguna!

Tidak semestinya orang yang pandai itu berguna maka Allah lebih mengetahui diatas setiap hambanya oleh itu jangan lah kita mengambil tempat tuhan untuk menentukan sesuatu!

Cuby Cuby –Hina besi kerana karat hina maknusia kerana tak berduit semua perlu tahu duit memang penting dalam kehidupan tetapi hati budi yang baik serta ikhlas memang susah dicari.

Berbuat baiklh selagi hayat masih ada jangan sesekali menilai seseorang dengan duit dan kebendaan nanti dah mti semua tu akn tinggal juga kan.

Jangan sangka yang diatas tidak akn jatuh kebawah dan jangan disangka juga yang dibawah tidak akn naik ke atas hidup bukan nak menungkat langit pun oleh itu jangan sesekali membanggakn diri riak dan seangkatan dengannya.

Nurul Akma Roshdi –Dia berhenti kerja jaga abah tapi yang lain support dari segi kewangan. Cuba bayang kalau doktor tu yang berhenti.

Berapa ribu pesakit perlukan dia? hidup bukan untuk diri kita saja. Kita ada tanggungjawab pada orang lain sama.

Moral of da story jangan sesekalipun bandingkan anak2. Yang tak jaga mungkin ada tanggungjawab pada negara. Yang mana lebih besar dari diri kita sendiri.

Dia berk0rban perasaan. Yang kerja kilang mungkin tak pandai. Tapi Allah dah atur supaya dia tak terikat dengan tanggungjawab besar. Boleh berhenti kerja jaga mak ayah. Win2 situation.

Mazni Mahful –Berdosa kita sebagai ibubapa membanding2 anak. Mereka anugerah dr Allah. Allah dh atur tu semua kita kena terima dengan redha. Ibubapa mana tak sedih anak kurang menyerlah tapi bila kita kembali kepada Allah hilang sedih tu. Sedih lagi orang seperti saya yang tiada anak tapi saya tahu itu yang terbaik buat saya yang Allah telah aturkan

Kredit : Kena Tahu

Layanilah anak anka kita sama rata. Siapa tahu mungkin anak yang sering kita marahi nanti merupakan satu satunya anak yang sanggup berkorban untuk kita kelak. Menjaga saat kita sudah uzur dan tidak mampu menguruskan diri sendiri nanti.

Yang baik itu kita jadikan pengajaran. Yang burok kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat dan menjadi pengajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *