Bila air zam-zam yg dah dibacakan ayat suci diludahkan. Air tersebut membentuk rambut yang diikat

Menurut Wikipedia, s1hir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yg disihir secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah s1hir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Tular di laman sosiial, contoh s1hir yang dikeluarkan seorang ustaz di Sarawak. Ikuti perkongsian dibawah sepertimana dipetik dari laman PenMerahdotcom.

Alhamdulillah, setelah banyak tempat kami ikhtiar, akhirnya ayah jumpa ustaz yang dapat ubati saya di Sarawak. Contoh s1hir yang telah dikeluarkan.

Gumpalan rambut yang diikat (benang warna oren tapi dah dikerat oleh ustaz). Ia bukan keluar dalam bentuk begini dari mulut saya. Tapi, bila saya ludahkan air zam-zam yang dah dibacakan ayat Qur’an ke bekas (daun keladi) yang diletak garam. Air tersebut membentuk rambut yang diikat.

Ada orang yang mahu hidup saya bagai terikat, apa saja yang saya buat seolah tersekat.

Kerjaya, perniagaan terencat-rencat. Peluang banyak tapi tak lekat.

Jika suami/isteri anda yang penyayang tiba-tiba berubah jadi baran, jika tiba-tiba anda rasa benci kepada suami/isteri yang selama ini dicintai, hati-hatilah, there must be something wrong somewhere. Bertindak segera sebelum rumah tangga rosak binasa. Sejak zaman dulu manusia guna s1hir untuk pisahkan suami dan isteri angkara hasad dan rosaknya jiwa. (Baqarah 102).

Hubungan dengan orang sekeliling juga bagai tak boleh rapat.. Ada yang membenci walaupun sedara dan kerabat, ada juga yang awalnya sahabat akrab kemudian khianat.. Fitnah disebar tersangat hebat. Yang mendengar/baca terus mempercayai, terus dikongsi tanpa diteliti, tanpa bukti, tanpa tanya tuannya sendiri, tanpa kesempatan membela diri.

Ada juga pihak ketiga yang jadi penyibuk dalam keluarga. Hasut adik beradik, mak bapa supaya bergaduh sesama mereka. Benda kecil dibesarkan hingga perselisihan berlarutan. Syaitan ketawa kerana silaturrahim putus di tengah jalan.

Saya kongsikan kisah benar ini bukan untuk meminta simpati. Tapi sebab saya tidak mahu anda jadi macam saya sebelum ini. Mati-mti saya tak percaya benda ‘khurafat’ ini. Sebab, dah banyak tempat saya pergi, tapi mereka tak dapat detect masalah sebegini.

Namun dengan izin-Nya Yang Maha Mengasihi, akhirnya ikhtiar ayah menjadi. Sama juga sebenarnya bila kita sakit, jumpa doktor sana sini kata tak ada apa-apa, tapi bila jumpa doktor yang pakarnya, rupa-rupanya sudah kronik tahap sakitnya.

Ikhtiar jangan putus asa. Sampai waktu akan bertemu juga jalan penyelesaiannya.

Mohon doakan, Allah beri keinsafan kepada siapa pun yang buat. Moga Allah beri hidayah dan kesempatan kepadanya untuk bertaubat. Bimbang syirik ini makin melarat. Merana di dunia hingga akhirat..

Doakan juga Allah bantu kami mulakan hidup baru, bebaskan kami dari segala belenggu. Moga malaikat juga doakan kalian doa yang sama, dilimpahi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan sentiasa..

Wallahu ‘Alam bissawab…

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Nurul Kadok –Dulu saya tak pernah percaya benda ni…. Sampai rmhtgga saya musnah. Baru terbukti angkara s1hir… Tp semua dah terlambat… Dah hancur semua….

Sariey Danialla –Dulu tak percaya ada benda2 mcm nie.. Tapi bila dah kena kat diri sendiri org antaq santau baru percaya… Jenuh jugak dok p berubat.. kena cari yg serasi.. kalo kena yang nak pulihkan kita tak serasi berubat kita. Santau tu nanti ada lagi…

Alhamdulillah jumpa 3 org tuk berubat.. Yang ke 3 tu serasi… Syukur.. Dapat sihat kembali.

Leuhiyra Alvira –Betul tu apa yang anda ckp. Kita tak leh percaya sgt dgn org yg rapat dgn kita ke. Sedara mara ke.. Sebab kita tak tahu hati org ni kebanyakan dengki bila tgk rumahtangga bahagia. Minta dijauhkan laa..😔

Tajau S Raja –Saya pernah kena. Org tersalah santau. Terkena kat saya. Sama mcm ni kes.. Habis b0moh, doktor2 tak tau sakit apa walaupun setiap mlm muntah darah. Last2 seorang ustaz di Brunei dpt sembuhkn dan kluarkan santau yang ada di badan.

Keluar 3 jarvm besi kuning dri perut saya. Muka org yang hantar santau pun ustaz tu bgai kitorang tgk. Memang kenal sangat2. Ustaz tgk kat botol kaca yang berisi air dh dijampi.

Bella Farhana –Saya dan anak saya di kena kan s1hir. Saya paling tidak sangka anak sy dalam hari di seksa. Mahu kan ank saya mti dan ingin saya dan keluarga putih mata. Saya di perbodohkan utk ikut semua perintah nya. Skrg sdg iktihar lagi tuk berubt. Paling kasihan anak sy dlm hari. Hari2 di gnggu..

Mngis x berhenti. Muka nya seakan di bakar merah padam kehitaman. Sedangkan kulit nya putih.. Hmm.. Tidak cukup tidur.. Dan bdn nya makin susut. Skrg ad perubhn sikit. Bdn mula berisi. Tpi msih di gnggu.. Sy di hntui utk tidk mnyusu bdn tuk ank sy..

Nsib ad fmily yang jage. Saya hrp ank sy hri ini terus kuat. Dugaan semasa pntg.. Emosi yg tak terkate. Maafkan mama syg kdg mama xphm ats kesakitan yang awk rase.. Mama hrp org itu akn di bls sgla perbuatan nya..

Kredit : FB Hamba ALLAH via PenMerahdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *