Kini 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas. Abby Abadi mohon doakan anaknya

“DOAKAN anak saya ya,” kata pelakon Abby Abadi mengenai keadaan anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini berusia 11 hari.

Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, anak yang dilahirkan pra matang itu kini 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.

Menurut Abby, keadaan anaknya sangat krtikal dan memerlukan pemantauan 24 jam.

“Sayu dengar apabila doktor cakap mcm itu. Namun, dari awal pun beberapa orang doktor cakap perkara sama.

“Peluang untuk hidup 50-50 sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia dengan berat hanya 535 gram, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Apapun, saya dan suami kuatkan hati, tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban daripada Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas makhluk-Nya,” katanya.

Menerusi perkongsian Abby di Instagram, buat masa ini dia mengharapkan orang ramai untuk turut sama mendoakan keadaan anaknya itu.

“Tiada apa yang saya harapkan daripada sahabat di sini. Mohon teruskan doa untuk anak kami.

“Hanya doa boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak berkongsi keadaan anak tetapi kalau tak kongsi tiada pula yang mendoakan untuk anak kami nanti,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan anak Abby menunjukkan perkembangan positif selepas dimaklumkan mengalami pendrahan dalam paru-paru.

Anak Abby hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh selepas dilahirkan pada 27 September lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi laman Instagram, Abby memohon doa ramai supaya bayi nya yang masih dalam perhatian rapi doktor diberikan kekuatan dan kesembuhan.

Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat dan kuat anak Mama Abah 😘😇

Siang tadi, dapat call dari NICU, HBSB kata perlukan drah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bagitau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, dan tahu stok drah Mama ada lagi… Dorang call semula bgtau takpe memang stok ada lagi. Buleh datang Isnin pagi.

Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir mcm2 dah 😫

Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… Dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 .

Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia… Berlinang airmata… 😢

Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendrahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. dan yang terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial.

Jadi memang conditionnya sangat krtikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye… kata Doc

Ya ALLAH……… Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… Tapi dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… Dengan berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku.

Tapi Sy dan Suami kuatkan hati dan tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya

Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *