Tiap kali suami minta utk bersama aku elak. Lepas lahir anak ke2 tawarnya hati pada suami

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku harap sangat admin siarkan confession ni sebab aku perlukan pendapat orang ramai.

Aku seorang isteri, suri rumah dan ibu kepada 2 orang anak. Anak kedua aku baru beberapa bulan. Masalah aku, aku tawar hati dengan suami. Benda ni bukan sehari dua. Tapi dah berbulan.

Aku dengan dia ok, tak ada orang ketiga dalam hubungan kami. Kami macam biasa. Cuma sejak kelahiran anak kedua, kami masih belum bersama. Aku yang selalu mengelak sebab aku tak boleh. Aku tahu aku tawar hati.

Ya. Bukan saja saja tetiba aku tawar hati. Mestilah ada banyak perkara yang terjadi. Pertama, sebab aku penat. PEEENAAATTTT sangat. Penat em0si dan fzikal.

Sepanjang perkahwinan kami, aku banyak menangis. Kadang aku menangis sebab terlampau penat. Kadang sebab terasa hati.

Memang aku suri rumah. Tapi adakah itu tiket untuk dia cuma pergi dan balik kerja tanpa membantu apa apa di rumah? Memang bukan dia tak bantu langsung. Aku juga, bukannya selalu minta bantuan dia. Tetapi apabila aku minta bantuan, aku betul betul perlukan.

Kedua, sebab bila dia marah. Dia tak maki, dia bukan kaki pkul. Tapi apa yang dia cakap memang cukup buat aku terasa. Bila dia marah, maknanya aku mesti diam sebab aku tak kan menang walaupun apa yang dia cakap salah.

Punca utama tetap sebab aku penat. Aku penat segalanya. Aku penat harapkan dia, aku penat sabar, aku penat terasa hati sebab semua tu tak guna pun. Dia dengan dunia dia. Bila dah banyak kecewa, banyak terasa hati, perlahan lahan jiwa aku kosong.

Sekarang, apa yang dia buat pun, aku tak rasa apa apa. Aku buat je semua kerja suri rumah aku sebab aku anggap tu tanggungjawab. Aku sedia makan minum pakai dia, aku jaga rumah, jaga anak2. Malah, tiap tiap hari aku sediakan bekal untuk dia makan tengahari.

Aku buat sebab aku kena buat. Kalau aku mintak tolong pun, kalau dia tak buat, aku tak kecewa macam dulu dah. Dia main handfon, biar je aku gelabah menyusu sambil suap makan anak sulung yang kena kejar nak suap pun, aku tak sedih dah.

Dia tidur, biar aku setelkan dua anak yang tengah meragam nak tidur pun, aku tak heran dah. Aku cuma harap dia tak sentuh aku. Aku dah penat menangis. Bukan tak pernah bincang. Sudah. Sebab tu aku kecewa.

Tujuan confession ni sebenarnya bukan aku nak luah perasaan tapi aku cerita sedikit sebab nak korang faham kenapa aku tawar hati. Sebenarnya, aku nak tanya apa aku boleh buat supaya perasaan aku pada suami macam dulu balik?

Aku sayang rumah tangga ni. Suami aku baik, apa aku nak aku dapat (aku bukan jenis suka beli barang macam macam. Make up pun aku tak pakai. Kalau aku mintak pun nak makan macam macam je.)

Aku dah cuba buka balik hati aku. Tapi tiap kali aku buka hati ni, mesti dia buat aku menangis lagi. Aku dah tak nak menangis.

Aku ada dua anak yang perlukan aku. Aku nak sayang dia, cinta dia bermanja, bergurau macam dulu balik. Tapi entah. Perasaan untuk semua tu dah tak ada. Kosong.

Jadi, wahai para pembaca budiman sekalian, apa patut aku buat?

Antara komen warganet selepas membaca luahan wanita ini.

Mieyza Zulkifli –Tinggalkan anak2 dengan suami. Pergi lunaskan Me time.. Mungkin itu akan bantu emosi awak kembali ok. Biar suami uruskan anak.. Baru dia tahu penat dan kelam kabut macam mana.. Silap2 berak sambil berdiri.

Rosmaini Zahari –i kerja sis, mngajar pedalaman.. Jaga ank 2 org.. Masa tu ank sulung umur 3 thun n bby bru hbis pantang. kat pdalaman xde istilah tapau2 otw blik keje. makan sntiasa kna masak, pgi ptg malam utk ank2.. tak masak ank2 lapar..

PJJ ngn suami.. masa suami xde i x prnh ade masalah urus ank2 n kerja walau susah.. bila suami dtg. automatik i mengharap, harap suami faham i penat, harap suami tolong. but men being men they are not good at it or they choses not to be good at it. there’s one time i lock myself dlm toilet and cry till i tertido. then i realised, xde org boleh gmbirakn kita slain diri sndri..

i buy things i want, i eat things i want, i value my times with my kids. i penat i pejam mata buat2 xnmpk bju brtimbun dan mainan bersepah. lepas rehat bru i buat stkat yg larat. Alhmdulillah skrg no more crying in the toilet. Kita superwoman, tpi kita xde super power. jgn paksa diri, buat stakat mampu. Diri kita tanggungjawab kita.

Rosliwati Hj Anuar –Saya punya lapan anak,dan saya bekerja. Tiap hari menguruskan anak2, kerja yang menimbun,dan saya berjualan nasi lemak dan kuih muih sebagai jualan. Ada ketikanya juga, berjualan ayam goreng di pasar malam? Penat?Tidak dinafikan,tapi saya gembira. Gembira itu menghilangkan kepenatan.

Setiap kali menatap wajah suami dan anak2,saya rasa bahagia. Bahagia itu mendamaikan dan penat pun sirna. Cuba lakukan segala kerja itu dengan ikhlas, penat itu walau tak berkurang, akan tidak begitu terasa.

Belaian dari suami, puan pasti dapat. Jangan dekati suami dengan muka stress dan tangisan. Dekati dia, berbual dan bercerita, cuba bermesra dan ketawa bersama. Puan sebenarnya perlukan perhatian dan belaian. Lakukanlah, puan masih milik dia. Banyakkan berdoa, serahkan diri, mengadulah padaNya. Kita punya Allah.

Nursarah Puteri –Sabar puan. Sbnrnya puan penat sbb anak2 Masih kecik. Jd Cuba jarakkan utk yg ke3 nanti lama sikit. Anak dua org time 4 tahun hantar ke playschool. So puan ada masa utk diri sendiri dan buat apa yg puan minat.

Penat ni mmg takkan pernah habis. Tapi inilah dia ladang pahala apabila Kita ikhlas Dan redha. Dunia mmg Tempat berpenat penat sebab ganjaran Allah tunda di akhirat nanti. Bergunung ganang pahala seorang ibu yang mengandung, melahirkan, menyusukan Dan mendidik anak2nya.

Tapi dalam pada berpenat Tu kita kena ada masa untuk reward diri sendiri. Kena ada masa untuk gembirakan hati. Cuba listkan apa yg puan suka. Since puan kata suami boleh tunaikan permintaan. Apa kata try pergi bercuti. Percutian bajet pun ok. Maybe ke daerah sebelah je tapi Google la dulu apa yg menarik.

Sbnrnya nak taip panjang lg tapi cukup la sampai sini. Akhir kata, kesian suami puan. Dia mungkin xtau apa yg puan rasa.

– Durian (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *