Anak berusia 12 tahun dikurung dlm reban ayam. Makan dedak lembu bila terlalu lapar

Menerusi laporan Metro, kisah yang dipetik dari laman Kompas memaparkan kisah sedih budak berusia 12 tahun yang terpaksa dikurung ibu bapanya di dalam reban ayam.

Ikuti laporannya dibawah.

JAKARTA: Akibat dilahirkan kurang upaya, seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikurung ibu bapanya dalam reban ayam di belakang rumah keluarganya di Pamekasan, Jawa Timur, dan pernah memakan dedak lembu akibat terlalu lapar.

Bekas reban berukuran satu meter panjang dan 0.5 meter lebar dibuat daripada buluh dan kayu itu menjadi tempat Efendi menghabiskan waktu sehariannya, tanpa pakaian.

Dalam kurungan itu, Efendi makan, minum, buang air serta tidur.

Ketika wakil Kompas mengunjunginya Jumaat lalu, Moh Efendi berusaha berdiri dengan berpegang ke bilah buluh, cuba memegang tangan dan baju sebelum ketawa riang.

Namun, saat ditinggalkan, dia meronta-ronta seperti meminta dikeluarkan dari kurungan.

Moh Efendi mengalami kecacatan sejak berusia tiga tahun apabila tidak dapat berjalan atau bercakap, sebaliknya bergerak hanya dengan merangkak.

Keluarganya mendakwa, Efendi pernah ditempatkan di surau ketika mereka keluar bekerja di sawah namun dia selalu merangkak keluar dan memakan apa saja ditemuinya, termasuk dedak lembu, kulit buah, daun dan bunga.

Kompas melaporkan, keadaan itu menyebabkan ibu bapanya dikenali sebagai Hamzah, 47, dan Latifah, 36, membuat keputusan mengurung anak ketiga mereka itu bagi mengurangkan rasa bimbang mengenai keselamatannya ketika keluar bekerja.

Kejadian yang menyebabkan Hamzah dan Latifah tekad mengurung Efendi ialah apabila budak itu hilang dari rumah sebelum berjaya ditemui di kawasan pinggir sungai pada tengah malam.

“Memanglah kami kasihan melihat keadaannya begitu namun inilah nasib keluarga kami.

Saya dan isteri perlu bekerja mencari rezeki untuk terus hidup,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri tidak bersedia untuk mengurung anak sendiri namun selepas beberapa lama, mendapati ia lebih baik dan mereka tidak lagi bimbang apabila keluar bekerja.

Hamzah mendakwa, dia dan isteri pernah berusaha merawat anak mereka melalui cara tradisional, termasuk ditanam separuh badan perkburan menerusi kaedah ritval.

“Terapi di hospital pernah dilakukan tetapi hanya sekali kerana kami tidak mampu berulang alik,” katanya.

Ketua Kampung Desa Angsana, Moh Masduki berkata, pihaknya pernah membantu dalam rawatan Efendi namun, selepas dua kali, ibu bapa budak itu menghentikannya atas alasan tiada wang untuk menghantarnya ke hospital.

Mereka juga memberi alasan sibuk bekerja sehingga tiada masa mendampingi Efendi di hospital.

Menurutnya, pihaknya akan menyediakan kenderaan menghantar Efendi ke hospital serta mengatur agar rawatan adalah percuma.

Beliau juga meminta agar Hamzah dan isteri menyediakan ruang yang lebih selesa untuk Efendi.

Antara komen netizen selepas membaca laporan ini.

JayceRylanDavid –Klu pun d kurung masa mereka berkerja bleh d terima lagi tp klu biarkan dlm kandang ayam x berbaju,x d beri mkn…. Itu sudah mendera… Mengabaikan tggjwb sbgi ibu bapa

Nursyuhada Abd Rani –berk0rban laa apa sja utk ank syurga awk tu.. Esok kat akhirat, budak tu laaa yg nk tarik kita masok syurga…

Kalau nk pegi keje pun, tak boleh ke letak dia di dalam bilik berkunci?? Tingal makanan siap2 ??? Ni ank smpi makan dedak lembu, lapar punya psl.. Allahu…x leh bayangkn

Ken Addey Addey –Insyallah kalau datang ke Jakarta bulan depan saya bercadang kesana temui keluarga terbabit. Rasa nak menitis air mata bila tahu keadaan dia macam ini. Ya allah berikan kekuatan pada adk ini.

Intan Osman –Kot ye pon nak kurung budak tu semasa keluar bekerja .. Bagi la selesa ckit.. Dalam ruang yang luas sikit.. Ada tilam selesa budak tu nak baring tido… Dipakaikan lah baju.. pakai pampers supaya x berak kencing merata.. sediakan makan siap2.. tak la budak tu kelaparan.. Bayangkan lah 1meter x 1/2 meter luas mana? Budak tu nak baring lurus kaki pon x lepas…

Mohd Ilyas Mohamad Yusof –Mudah untuk mengejii menghiina, tapi bukan kita yang ada pada situasi ibu dan ayah tersebut.. Doakan yang baik2 saja.. Atau kalau rasa mampu sangat, sila lawat anak tersebut. Bagilah apa jua bantuan yang di fikirkan perlu..

Acan Shahril –Kat sinie sye nak kongsikn benda yang same tapi mungkin elok sikit dari yang adik 2 dpat…. Pakcik saye sndri oku mental… Memang dri kecil.

Skrang mak dan ayah saye yang jaga… Mak sbgai kakak tak snggup anto kat pusat mental…. Bagi dia walaupn kami miskin dan susah untuk sesekali tnggalkn adik dia tak mungkin… Adik beradik saye 10 0rg. Adik beradik mak 7 org… Tapi takde 1 pn yang snggup mjaga… Apatah lagi mmbiayai perubatan atau kperluan mkn n mnum.

Sejak arwh atok dan nenek takde pnyakitnye makin truk… Berrcakap sorang2 dan merayau. Kadang2 ayah tpkse rntai kakinye…. Yela kami duk estet… Takut hilang susah nanti… Bag jiran2 yang paham ok la… Pada org2 luar mngkin ckp kami xptut.

Tak rasa bole la ckp ape pn…. Dulu pernah arwh nenek ckp… Biar la pkcik 2 pergi dlu sblum nenek… Takut takde spe nk jaga… Tp nenek yg pergi dlu.

Pada msyarakat yg kt luar sne… Jangan jadi geng bwang. Lagi 1 hormati dan bertolak ansur klo jiran kite ada anak, adik atau siapa shja oku mental atau fzikal. Mereka juga mnusia. Jangan di usik, bvli, dicemuh atau mengata kluargenye…. Anda tak rase anda tak tahu… Takut allah pula hadirkn ujian buat kalian. Hidup nie skali je… Mase pun tak panjang….

Sumber : Harian Metro

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *