Lama aruwah tok nazak. Menangis2 mak call aku mintak halalkan. Dulu hak kami anak yatim diambilnya semasa hidup

Foto sekadar hiasan. Oleh kerana ramai yang meminta aku sambung kembali kisah aku.. Aku akan menulis lagi sambungannya. Sesiapa yang belum membaca cerita pertama, boleh tekan link dibawah.

Abah mninggal saat mak tengah sarat. Kami tumpang rumah atuk nenek. Lebih hiina dari kera kami dilayan

Aruwah atuk.

Dia guna kan duit dalam bank aruwah abah untuk besarkan dapur rumahnya tanpa kerelaan kami.. Kami adik beradik hidup melarat sampai mak buat 2 kerja. Pagi mak jadi tukang sapu kat sekolah, petang mak kerja pembantu kantin, untuk sara kami 7 beradik.

Aruwah atuk juga berlaku tidak adil pada kami adik beradik. Asal makcik aku mengadu benda2 tak best jer terus cari parang nak tebas leher aku, tak pernah nk selidik kebenarannya dulu. Aruwah atuk mennggal masa aku tahun 1 kat universiti, tahun 2007. Mak nangis2 call aku masa tu.. Mak cakap..

“Nie.. halalkanlah.. biar tok pergi dengan aman”.

Mak cakap, aruwah tok nazak dah lama, seolah ada yang belum selesai antara kami.. (ya.. aruwah tok berhutang setiap sen yang dah disalahgunakan duit kami tu.. aku tak pernah halalkan) adik aku yang bongsu selalu pergi kubur aruwah abah (biarpun dia tak sempat kenal aruwah abah)..

Katanya.. kubur aruwah tok selalu ranap.. banyak kali dia timbun tanah.. tapi selalu ranap kembali.. wallahuallam.. aku tak tahu adakah aruwah tok sedang dihukum atas d0sa2nya? Hanya Allah swt yang tahu..

Makcik andartu.

Masa aku darjah 4 tu.. umur dia dalam 36 macam tu la.. aku lupa.. Dia pernah menikah, tapi cuma bertahan sebulan camtu lah. Aku tak pernah jumpa manusia sezalim perempuan ini dalam hidupku.. apalah d0sa adik beradikku, sehingga diperlakukan begitu rupa. Barang2 peribadi peninggalan aruwah abah semua diambilnya.

Aku pernah bertvmbuk dengan dia sampai patah cincin aku. Kes mak aku tengah sembahyang.. si makcik ni datang serang mak, disepak2nya mak yang sedang solat. Nenek aku pon sekali datang kerjakan mak. Aku masa tu tingkatan 3.. aku tumbuk makcik aku sampai patah cincin emas aku.. aku nak melindungi mak dari disiksa oleh mereka. Aku tendang makcik aku sekuat hati. Tiada rasa takut, yang aku tahu.. aku perlu melindungi mak aku dari mereka.

Aku paling tak suka, mereka gelarkan mak aku bodoh macam kura2 lah.. macam2 dorang bahasakan kat mak. Demi Allah swt… aku tak boleh dengar.. sekarang ni, makcik aku tu sampai sekarang tak kawin2.. jumpa macam2 jantan yang tipu duit dia jer. Duit habis.. laki tak dapat pun.. sampai sekarang, makcik aku dengan nenek aku tak puas hati kat mak dan adik beradik aku. Macam2 cara la mereka guna.. sampai sanggup jumpa b0moh.. hantar benda2 pelik kat umah aku.. sebab nak usir kami dari situ..

Nenek aku.

Sekarang pun dia dah tua sangat dah. Dulu dia larat lagi nak datang umah kerjakan mak aku.. tapi sekarang, dia pun dah tak boleh berjalan. Dah uzur. Tapi sikap tak pernah nak berubah. Bayangkan.. sepupu aku meninggal.. umah sebelah dia jer pun.. boleh dia buat tak tahu.. tak pergi jenguk pun.

Baru2 ni.. adik bungsu aku kena leptospirosis.. koma seminggu.. harapan tipis masa tu doktor cakap.. kami adik beradiklah yang membuang airmata bergilir menjaga adik kat icu.. kelibat makcik.. nenek.. pakcik.. batang hidung pun tak nampak.. aku pun dah berpuluh tahun tak jejak kan kaki kat rumah tok. Kali terakhir aku keluar dari rumah tu.. sampai sekarang dah 33 tahun umur aku.. tak pernah lagi aku jejak kaki.. benci nya aku kat mereka…sampai tengok bumbung rumah dia pun aku tak lalu..

Pakcik aku.

Dia ni yang rare nya dia ni.. aku seumur hidup tak pernah dengar dia cakap elok2 dengan adik beradik aku. Tengking maki memang hujung mulut jer. Tak pernahlah cakap elok2 dengan kami. Sekarang ni.. saat aku sedang menulis.. pakcik aku pun sedang bertarung nyawa. Kena sumpahan raja satung.. belakang dia berlubang besar besen.. aku yakin.. itulah bahagian dia. Dia ambil “hak” kami. Mungkin sebab itu, Allah swt ambik daging dia..

Kisah-kisah hidup aku.

Andai aku tuliskan.. maka keringlah air mata aku menangisinya. Aku jadi begini kerana terlalu lama aku pendam. Semua kenangan2 pahit masa kecik aku menghantui hidup aku. Sehingga aku seringkali rasa sempit dada.. gelap mata.. shaking.. berpeluh menitis di dahi.. cuba untuk menahan sakitnya penderitaan itu..

Masa aku darjah 5, kasut sekolah aku ternganga macam mulut buaya.. cikgu selalu marah2 suruh aku beli kasut baru.. tapi aku tak pernah cakap kat mak.. kawan2 malukan aku.. aku buat pekak. Macam mana nak beli kasut.. nak makan pun tak cukup..

Masa aku nk ambik PMR, seminggu lagi nak exam.. aku sorang yang belum jelaskan yuran exam. Korang tahu, mak bawak duit syiling dalam plastic sekilo gula tu… bagi kat cikgu.. Cikgu aku paling wajah kelain.. kesat air mata.. menahan sebak agaknya… Dan disebabkan aku terlalu banayk memikirkan susah keluarga.. aku tak fokus belajar. Cikgu target aku 8A.. tapi aku hanya mampu dapat 2A 6B..

Kisah2 silam aku yang amat perih ini menjadikan aku seorang yang murung. Susah nak ketawa. Tambah lagi pula aku disahkan mengalami depresi yang teruk. Bukan aku tak ingin bahagia.. tapi aku tak mampu nak melupakan.

Kadang2.. aku sedang makan.. teringat makcik aku cekik leher aku dengan pisau.. macam kena serangan jantung.. sakitnya real.. aku diserang panic.. air mata laju.. dan orang sekeliling akan cakap.. pehal dia ni.. takde angin.. takde ribut.. tibe2 emo….yang pasti.. hanya diri aku sendiri yang tahu apa yang aku tanggung ini.. Tapi jangan risau.. aku sedang mendapatkan rawatan sekarang ni. Doakanlah aku sihat kembali.

Oh ya, pada yang nak tahu perkembangan aku.. aku dah berkahwin, ade 2 cahaya mata yang comel. Suami seorang penyayang. Dulu aku pernah kerja sebagai wartawan, dah kawin, aku berhenti dan fokus pada keluarga. Kat rumah, aku buat bisnes customade tailor kecil kecilan. Cukuplah buat bantu suami dan mak serta adik adik kat kampung.

Mak aku?

Ya.. masih lagi kat rumah usang itu. Mak tak nak kemana2 memandangkan aruwah abah dikuburkan di kampung yang sama. Mak nak tetap dekat dengan aruwah abah. Pernah ada yang nak meminang mak, 2, 3 kali juga lah.. ada yang pengetua sekolah lah.. ade yang ustaz la.. tapi mak tetap tak nak kawin lagi. Mak cakap, mak nak jumpa aruwah abah lagi kat syurga..

Aku kira. Ini mungkin coretanku yang terakhir.. Aku dah lepaskan segala perit itu dalam coretan part 1 dan 2. Cukuplah.. aku juga tak ingin melukakan hati sendiri. Ya.. walaupun sekadar menulis.. kalaulah sohabat2 lihat airmata yang membasahi pipi saat aku menulis coretan ini..

Terima kasih sohabat2 yang telah memberikan pandangan dan nasihat. Allah swt juga yang mampu membalas jasa kalian..

TAMAT.. .

Yang Benar,

Antara komen warganet yang terkesan selepas membaca perkongsian ini.

Neuro Shewazni –1st time baca sumpahan raja satung.. Btw, bergenang juga air mata baca cite ko. Kejam nye manusia buat gitu. Puas hati aku baca part ko tumbuk makcik tu. Orang tengah solat ko g kacau nape dah macam settan.

Debunga Chenta –Memang ada perangai sedare mare yang teruk macam ni.. Nak tau perangai teruk diorg, tunggu masa suami dah tak der.. atau pun kalau ank2,mak bpk diorg dah meninggal.. masa tu boleh nampk tru kaler diorg.. berebut nk harta..

Ari Kael –Bangga aku baca bila kau bg penmbuk kt makcik puaka kau tu.. dan sekrg sorang2 tengah face bahagian masing2, tp sygnya tak sedar2 diri jgk, biarlah dik, pandai buat d0sa pandailah tanggung, nenek ke pakcik ke makcik ke, haa rasalah aniaya anak yatim lg, jahat sgtkan..

Utk kau, aku doakan moga kau dan keluarga bahagia dimurahkan rezeki dunia akhirat, jagalah adik2 dan mak di kg sebaik mungkin, utk lupa kenangan dulu memang payah, tapi demi suami dan anak2, chin up dan move on, jgn menangis lg, be strong ok.

Zue Hamid –Bergenang air mata.. Meleleh tanpa sedar.. Dada trasa sabar.. Terbyg betapa zalimnya mereka terhadap menantu dan ank cucu sendiri.
Astaghfirullah haladzhim… Besar sungguh ujian utk confessor dan family.

Apakah berd0sa besar aruwah ayah menikahi mak kamu dan seterusnya melahirkan zuriat utk nya.

Mmg susah nak let go apatah. Lagi melupakan semua kejadian. But you have to forgive them.. Mohon kpd Nya agar diberikn kekuatan utk memaafkan mereka. Maka selesai segala bab mereka dengan confessor tapi jgn risau.. Antara mereka ( yang telah bersikap kejam terhadap confessor dan keluarga).. Dengan Allah swt msh blum selesai.

Muga kehidupan ibu.. awak dan adik bradik sentiasa dalam rahmat Allah

Ummu Younes –Kuatnya awak, yang tak pernah kena tak kan faham kenpa konfesor cakap cari dekat masyar.. simpanla ceramah korg tu utk diri sendiri… orang da cukup depress jangan bagi nasiht macam confessor pulak yang salah sebab tak nk maafkan dorg..

Sebab tu jd depress.. Nak maafkan ke xnak itu hak org yg dizalimi .. kalau dah maafkan xbermakna boleh melupakan.. igt komputer ke ada butang delete?

Dan setiap manusia kena igt setiap perbuatan kita percpn kita akn bg kesan kepd orang lain.. Oleh itu sebilehnya cubalah berbuat baik supaya kita xtergolong dalam golongan manusia yg zalim dan menganiaya orang lain. Xguna ko solat 5 waktu tp mulut dan tgn tak jaga dr menyakiti orang.

Memang betul solat penting tapi klu tak jage hubungan dgn manusia ko jangan igt solat tu semata boleh buatkn ko masuk syurga.. ko jangan igt Allah redha dengan ko.. aniaya anak yatim lg..

Tak per dik kalu awak nak tuntut kat masyar pon boleh moga dgn semua kezaliman tu jd asbab awak boleh ke syurga.. Biar kering kontang pahala manusia yg zalim tu..

Sumber – Insan Hina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *