Terjerat cinta suami orang. Hinggakan sanggup nikah di Songkhla. Rupanya ini permainannya.

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum… Saya isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 52 tahun. Jarak usia kami? 22 tahun. Ramai yg pelik kenapa saya pilih bermadu sedangkan boleh cari dan jumpa yg lebih baik. Ini kisah saya, jadikan tauladan.

Ini perkahwinan kedua saya selepas saya dicerraikan melalui SMS oleh suami pertama yg bekerjaya bagus dan ditinggalkan bersama anak perempuan berusia 2 tahun ketika itu. Kerjaya bagus tak menjamin sikap yg bagus.

Saya jadi semacam serik nak kahwin, dan lebih selesa bertukar-tukar boyfriend selepas menjanda pada usia 24 tahun. Saya takut nak kahwin sebab dunia perkahwinan akan menyebabkan perubahan sikap pada lelaki. Jadi saya cuma bermain cinta, dah bosan, saya tinggal. Tak kira bujang, duda, suami orang semua saya layan. Tapi yg sorang ni, lain macam sikit caranya.

Cara pertama suami saya, dia minta izin daripada keluarga saya dahulu. Sanggup terbang ke Kuching bertemu keluarga saya. Selepas tu, kami bertunang sebab dia risau saya kena caras dengan lelaki yg bersusun nakkan saya, yg berusia 26 tahun ketika itu.

Memandangkan hubungan kami yg semakin rapat dan hubungan anak saya dengannya semakin erat, saya buat keputusan untuk memilih dia menjadi suami saya. Disebabkan proses yg agak rumit nak kahwin di Malaysia, kami pergi ke Songkhla, dan menikah di sana. Tapi langit tak selalunya cerah.

Baru saya tahu kenapa isterinya beria-ia nak carikan jodoh suaminya. Bukan sebab rela dimadu, tapi sebab nak jadikan alasan untuk minta cerrai sebab selama ini, isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain (yg saya jumpa sendiri buktinya di laman sosiial media).

Tapi disebabkan suaminya ibarat mr.perfect, tak boleh tuntut fasakh. Dan rupanya sikap suami saya juga antara puncanya. Dia tak baran, tapi seorang yg agak materialistik dan memandangkan saya ada kerjaya yg baik, gaji yg bagus dan harta (rumah dan kereta milik saya, dah habis bayar)… jadi dia nak mendapatkan saya. arrrghhh! Bodoh nya saya terperangkap cinta lelaki tua yg materialistik.

Satu persatu penipuan suami saya terbongkar… dan sekarang saya terduduk dan menangis, memandangkan saya dah mengandung 7 bulan.. mana saya nak lari? proses daftar nikah dalam proses, tunggu panggilan mahkamah.. anak dalam perut makin besar, dan saya berseorangan di rumah…

Nasib kerjaya saya melibatkan interaksi dengan ramai orang, jadi saya tak lah giila sorang2.. cuma malam memang sunyi… tak ada beza masa sebelum kahwin. cuma, rezeki anak yg Allah beri, pengubat hati saya.

So, please beware dengan cinta suami orang. manisnya sekejap, menderitanya lama. dah ramai yg nasihatkan saya, tapi saya ingatkan dia berbeza. Padan muka saya! So, tolong jangan percaya! Lelaki, hampir semua sama..

Sekarang saya sedang cuba menerima kekurangan dirinya, dan menghargai kelebihan dirinya… masih lagi dalam fasa mengenali… sebab beza keadaan sebelum dan selepas kami nikah… jadi nak tak nak, saya terpaksa juga terima. saya mula nampak kesungguhan suami cuba menjaga dan mencintai saya, serta semampu boleh berlaku adil.. tapi jujur, hati saya sebenarnya dah tak ada pada dia sebab kecewa dengan penipuannya.

Saya beri peluang mengenangkan anak yg dikandungkan, dan terima takdir saya (yg saya salah pilih sendiri), cuba terima sampai ke akhirnya. Kalau boleh, biarlah susah dan sakit macam mana pun, saya cuba bertahan. asalkan dia tak naik tangan dan bertanggungjawab, yg lain tu, boleh try adjust..

So, girls! Jangan rendahkan harga diri anda semata-mata nak suami. Pastikan dah ada kerjaya, gaji dan persekitaran yg baik (kereta, rumah) supaya if anything happen, you still can survive. Suami tu bonus, yg penting berbakti untuk ibu bapa/orang yg jaga dan besarkan kita. I’ve made mistakes twice so i’m sharing this supaya girls tak terjebak dengan lelaki macam ni. Jangan terlalu considerate sangat sampai makan diri.

Akhir kata, better jadi andartu daripada bermadu. Kecuali your future husband memang mampu berlaku adil, zahir dan batin, dan madu yg sporting.. So, mungkin rezekimu di situ.

Baca part 2:

Time tu hujan. Dlm kereta tak sampai 5 minit tp Mr Y nak try jugak. Para isteri semua tolonglah jagalah suami elok2

– Nuradiba Natasha via IIUMC

Semoga segalanya dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *