Time tu hujan. Dlm kereta tak sampai 5 minit tp Mr Y nak try jugak. Saya tolak dgn hormat. Dlm gerimis hujan saya redahlah jugak

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Thanks admin sudi share confession ni. Ni bukanlah sambungan kisah terdahulu, tapi lebih kepada part II, suami orang yang lain. Bezanya sekarang, saya dah title isteri kedua orang lain.

Boleh baca part 1 di bawah:

Terjerat cinta suami orang. Hinggakan sanggup nikah di Songkhla. Rupanya ini permainannya.

Actually, bila dah pindah jauh dari suami atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, dengan harapan benda akan jadi stabil and relax balik, and start a new life. Kononnya.. Dugaan jauh daripada suami dan ada anak kecil ni, lelaki lain akan nampak macam kita ni helpless and memerlukan pertolongan…

Dipendekkan cerita, saya berkenalan dengan seorang suami orang ini atas urusan kerja. Mostly because he is my mentor la, so banyak ilmu nak ceduk dari Mr. Y ni. Biasa bermesej hal-hal kerja.. So memang takkan dapat lari daripada dia la.

But suatu hari, saya berjumpa dengan Mr. Y ni dalam meeting.. Lepas meeting, hujan gerimis dan saya parking kereta agak jauh.. So dia pelawa untuk hantar saya ke kereta, memandangkan dia parking kat valet area.

Tak jauh pun jaraknya, mungkin dalam 300m, tapi hujan kan.. So saya oklah.. Sebab dekat.. Plus I respect him as my mentor… So anggap macam ayah tolong anak… Tapiii.. Saya silap. Betul-betul silap. Sebab saya betul-betul tak sangka Mr. Y dah menaruh hati pada saya dari pandang pertama…

Dan mungkin kerana air Mr. Y ni dah naik kepala, saya berdua dengan dia dalam kereta for less than 5 minute pun dia try untuk pegang-pegang saya. Saya tolak dengan hormat dan minta diturunkan cepat berdekatan dengan kereta saya.. Dan dalam gerimis hujan, saya redahlah jugak.. Semata nak jaga maruah saya. Jujur, saya malu.

Lepas tu, dia tau saya rasa tak selesa and dia rasa bersalah.. Dia call banyak kali untuk minta maaf.. Kata tak sengaja.. Terpegang dan sebagainya.. Which is untrue at all. Dia siap boleh tanya, “awak PJJ yer.. Bila masa je awak dapat ‘layanan’ dari suami?”… Ya Allah! Rupanya macam tu pandangan dia pada saya. Eh, saya isteri orang!

Dengan baiknya saya beritahu dia, saya ada anak 2 orang yang saya urus.. Yang baby masih breastfeed lagi… Tak sempat saya nak fikir pasal ‘layanan’ atau menda lain.. Penat uruskan anak-anak.. Kerja lagi… Endingnya, dia minta maaf.

Saya beritahu. Saya hormat dia sebagai mentor tapi itu sahaja lah… Saya isteri orang dan saya sayang suami saya walaupun cuma menumpang kasih suami orang dari jauh, saya bahagia.. Bahagia sebab sekarang maruah saya terjaga… Juga bahagia sebab saya dapat suami yang baik, yang berusaha beelaku adil. Alhamdulillah.

Dulu masa menjanda 4 tahun, terlalu ramai lelaki begini. Suami orang, ayah orang, dah berusia… Tapi perangai macam ni. Sekarang, dengan jadi isteri orang, saya niat utk jaga maruah saya.. Tapi masih lagi wujud lelaki macam ni. Dugaan…

Saya yakin, Mr. Y akan cuba habis-habisan untuk dapat apa yang dia nak. Dan saya pun akan cuba sehabis baik untuk elakkan diri daripada dia kecuali hal kerja yang memang tak dapat dielakkan. Tolong doakan saya kuat melawan g0daan ni. Aamiin..

Anyway, one of the take aways saya dapat daripada banyak pengalaman diganggu suami orang, tunang orang ni.. Ini nasihat saya..

Isteri-isteri di luar sana.. Tolonglah jaga “bawah perut” anda dan “bawah perut” suami anda. Tolong! Sebab perkara ni selalu suami isteri tak bincang sebab malu sedangkan ini benda yang sangat perlu dibincangkan.

Beritahu pasangan kalau tak puas, kalau nak cuba posisi lain, kalau berbau atau apa sahaja.. Tapi tolong, jaga! Sebab semua suami orang yang saya jumpa semuanya air dah naik kepala. Cerita isteri di rumah tak da nfsu dah.. Penat kerja, jaga anak dsb..

So saya nak beri tips untuk jaga “bawah” bagi isteri-isteri…

1. Kegel exercise. Amalkan setiap hari.. Setiap kali duduk, berjalan. Macam mana? Kemvt macam tahan kencing. Buat hari2, banyak kali.

2. Squat. Tolonglah squat ya. Tak tau squat tu apa, sila google.

3. Bertangas. Buat seminggu sekali. Tak susah kalau tak jumpa bahan2, ambik daun pandan, kayu manis, rempah ratus kat dapur tu… Panaskan, biar ada bau wangi dan bertangaslah. Baki air, buat mandi.. Macam mandi masa pantang.

4. Jaga bau badan dan bau mulut. Sebab apa yang kita makan, minum, semua akan jadi bau dan beri kesan pada bawah. Ingat suami ada selera ke kalau isteri mengalami keputihan melampau?

5. Jumpa doktor kalau tak tahu. Please, jangan malu jumpa doktor dan tanya.. Carilah klinik doktor perempuan.. Cerita masalah perempuan anda… Berurut, jumpa mak bidan.. Dapatkan nasihat…

Tolong ya isteri-isteri.. Jaga suamimu bukan di perut sahaja, tapi yang bawah perut tu lebih penting. Suami tak kisah sangat kalau lapar sebab boleh makan kat luar, tapi yang kat bawah tu… Kalau tak cukup kenyang, memang makan luar juga jadinya.

Apa pun, terpulang lah pada pendapat masing-masing. Saya beri nasihat sebab saya dah jumpa macam-macam jenis lelaki. Mungkin ada lelaki/perempuan yang tak setuju, tapi tunggu.. Kamu belum sampai ke tahap itu. One day, you will feel the same.

Antara komen warganet selepas membaca perkongsian ini.

Ummu Sofea –Saya kenal jugak beberapa suami orang… quota 4 dh cukup tp still cuba nk buat skndal dgn bini2 orang…. Yang peliknya bini2 dia dan skndal2 tu biasanya kerja gomen @ kerajaan…. kenapa ye?…. Tak ksn sbb tak de orng jaga perut dan bwh perut lg kot….😏🙄

Safieyah Osman –Lol laki iq rendah hang jaga bawah perut dia macam raja pun kalau dia dh bdoh, dia makan luar jugekkkkkk

Klu laki mkan luar, apa nak buat? Cau la.. bukan rugi pun. Lulz.

Rugi hg p kutip laki y makan luar buat suami. Nak kena dok jauh n redhooo. TAK BERBALOI k kutip laki IQ rendah. K bye.

Ezanie Putri –XDA lagi laki org yang saye jumpe (sebelum kawin) yang nak tackle awek, tak burukkan wife… Mostly burukkan wife utk nampak baik. Wife gemok, wife xpndai layan, wife XDA nfsu, wife ITU ini.. padahal kat umah pon KO sebat.. sebab nfsu semata3. kadang wife layan elok atas bawah Kiri kanan kalau dah Nama lelaki… Xyah sembang la.

Sue Zie –Dugaan jadi perempuan tak kan pernah habis. Macam saya jugak.. Masa single dulu kalau saya tak kuat iman, entah2 dah jadi 2nd/3rd wife dan merasa hidup bermadu mcm 2-3 org kwn sekerja sy.

Tp Alhamdulillah. Saya berjaya menepis setiap ‘g0daan’ suami org drp lelaki level biasa2 sampai la level2 VVIP yang berpangkat Datuk/Datuk Seri dan Tan Sri. Fyi.. kerjaya sy setiap hari berhadapan dgn golongan elite.

Sampai skrg pun even mostly dah tahu sy dah kahwin dan berstatus isteri org. Masih ada yang tanpa segan silu nak ‘try’ sy. Tp saya tolak cara baik coz hormat mereka sbg company clients. Semua atas diri kita sendiri.. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Betul ke betul?! 🤭

Ava Daniela –I tak ingat I baca kat mana, but I setuju dengan statement dia yang lebih kurang macam ni,

“Bini kedua ni jangan berangan la nak beranak, lagi2 kalau laki tu dah ada anak ramai and yang dah besar dengan first wife. Tugas bini kedua cuma pakai cantik2, layan suami baik2 dalam bilik, dan jadi tempat dia berehat je. Senang kata bagi servis aje la. Kalau nak anak, first wife dia bagi dah. Kalau kau beranak, ingat laki tu boleh ke struggle sesama dengan kau macam dia struggle utk anak first dengan first wife dia? Takdenyaaa. Silap2 time tu kau yang selekeh, tek bengkak, hanyir apa semua dia cari yang ketiga pulak.

Lelaki cari kedua, ketiga bukan sebab nak bina hidup baru pun, tapi just nak meluaskan lagi pilihan utk nfsu dia. So sesiapa berangan nak jadi bini kedua ketiga keempat tu tak payah la kot sibuk nak beranak pinak, karang longgar sana sini, serabut sana sini, kau ingat laki kau nak susah senang bersengkang jaga baby? Baik duk rumah madu kau yang ternyata kurang stress dari bunyi baby nangis,”

Berbalik confessor, I yakin suami confessor pun lebih kurang macam ni. Sanggup biar sis pjj dlm keadaan mengandung, sekali sekala balik ccuk sis, pastu tinggal jugak kan?

– Nuradiba Natasha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *