Adik beradik 16 orang. Hanya dgn Rm150 sebulan mak sara 16 anak dan urus suami yg lumpuh

Tular sebelum ini perkongsian dari Widyana Ali yang telah berkongsi kisah keluarga suaminya yang mempunyai 16 orang adik beradik seibu sebapa.

Tambah memilukan, semasa ihunya mengandungkan anak ke 16, ayahnya diserang str0ke dan lumpuh. Maka hilanglah sumber pendapatan utama keluarga. Namun kegigihan dan kecekalan ibunya dalam membesarkan kesemua 16 anak sehingga berjaya membuka mata ramai pembaca.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.

1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki 😁.

Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.

Hilang sumber pendapatan. Ayah lumpuh

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang str0ke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.

Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah. Semua rezeki dari Allah.

Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.

Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.

Makan apa yang ada sahaja

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring. Sangat meruntun jiwa.

Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Dapur kayu api untuk memasak

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Arwh ayah utamakan amalan agama

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwh ayah selalu pesan,

“Tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”.

Arwh ayah memang sangat menekankan amalan agama.

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.

Pesanan

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang bila tengok orang yang kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.

– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.

Ini kisah survival keluarga suami saya.
Saya copy dan paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle.

Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.

Perkongsian diatas ternyata mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Jom lihat apa kata mereka.

Khaizaki Bin Abdul Razak –Tak tahu nak cakap apa. Cuma tumpang bersedih juga tumpang gembira. Ini bukan ibu misali lagi. Ini ibu ajaib. Dia yang hebat. Dia yang terbaikk. Buat anak2. Jaga lah ibu kamu sebaik mungkin. Jangan lukakan hatinya walau sekecil kuman.

Niezam Saikas –Orang sekarang tak berani macam org dulu. Faktor ekonomi teruk. hadehhh. Orang dulu2 kaya semua ke?

June Md Isa – Arwh mak dan arwh bapa dulu tak penah merungut kami semua 10 beradik perempuan hanya seorg je lelaki. Tapi Allah sayang kan dia abg..n 2 org kakak. Diambil blk sewaktu bayi dan arwh abg umur 3 thn.

Kini kami berlapan semua perempuan dan masih lagi bernafas. Yang sulong dah 75. Dan yang bungsu n sy dah 5 series. Tahun hadapan sy dah 6 series. Syukur sgt digantikan kakak (Menggantikan emak) yang carring terhadap adik2 😢

Teh Norma – Bahagia anak2 dapat emak dan ayah macam tu. Tapi anak2 sekarang ramai yang malas sebab tidak diajar susah, sebab kita sebagai ibubapa bagi kesenangan untuk mereka. Tapi sayangnya ramai anak sekarang yang tak hargai kemudahan yg diberikan ibubapa. Tak tau nak hidup susah sebab mak bapak yang tanggung.

Lenggang Kangkung – Kalau skrg ni mulut2 jahatt mesti cakap da tau susah branak ramai2. Memang tabik ibu yang punya ank ramai. Hidup serba serbi kurang tp mampu anta ank ke universiti…

Sumber : Widyana Ali

Sungguh hebat perkongsian ini. Sungguh memberi inspirasi. Semoga kita semua dapat pengajaran dengan apa yang dikongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *