“Dua anak saya kini seolah tidak wujud”. Bekas isteri pertama Mejar Zahir terkilan

“SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata bekas isteri Allahyarham Mohd Zahir, Jamilah Ismail.

Jamilah, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Katanya, sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terk0rban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komando.

“Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.

“Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama aruwah ayah mereka” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.

Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.

Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak aruwah namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.

Menurut Jamilah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.

“Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak aruwah yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan.

Mohd Zahir seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Terdahulu : Dapat jaminan nasib cucu, batal inkues – AR Badul

Menerusi laporan Harian Metro, AR Badul dilaporkan menarik balik inkues bagi mencari punca kematian anaknya pada 4 September lalu.

“SAYA dengan seikhlas hati batalkan niat mahu membuat inkues itu kerana mendapat jaminan nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 9; Remy Iskandar, 8, dan Izzul Zakly berusia enam bulan terjaga dengan baik.”

“Sebagai datuk, penting untuk saya memastikan masa depan mereka terus terbela hingga dewasa,” kata pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 70, ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurut Badul atau nama sebenar, Armaya Aman Ramlie, Ebal dan Remy adalah anak Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, bersama bekas isterinya, Jamilah Ismail yang kini menetap di Pekan, Pahang.

Badul berkata, dia berubah fikiran dengan rela hati selepas memahami kronologi kejadian itu seperti yang dijelaskan oleh pengurusan kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam pertemuan selama dua jam hari ini.

Menurutnya, selepas pertemuan itu dia mengambil jalan tengah dengan memikirkan secara teliti apa terbaik buat cucunya serta nasib individu yang tertembak Allahyarham Mohd Zahir.

“Mengikut penerangan diberi, jika di pihak anak saya gagal dalam inkues itu maka segala kebajikan dan pembelaan buat cucu akan hilang.

“Bagaimanapun, jika kejadian berkenaan didapati berpunca daripada kecuaian individu yang tertembak aruwah anak saya itu, nasibnya juga akan terjejas.

“Justeru, saya memikirkan Allahyarham anak saya ada keluarga, begitu juga individu berkenaan. Jadi, insentif kebajikan dan pendidikan itu lebih utama,” katanya.

“Saya sangat terharu dengan keprihatinan diberi. Cuma, saya juga merayu kepada balu aruwah supaya dapat menyalurkan sedikit bantuan sumbangan diterima kepada Ebal dan Remy,” katanya lagi.

Antara komen netizen selepas membaca laporan ini.

Wak Renggit –kesian…ibu tunggal jaga 2 orang anak. Berkerja sebagai pembantu kedai makan. Nasib isteri yang ditinggalkan😭😭😭 semoga Allah permudahkan.

Mimie Azyan –Selalu berlaku macamni lah. Kesian nya anak2 aruwah bersama isteri sebelumnya. Bahagi lah sama rata dan adil. Mereka masih kecil. 10 tahun bekas isterinya bersama aruwah. Jangka masa yang panjang juga.

Ieda Hidayah –Kesiannya. Yang bercerrai mak bapak. Anak2 tak de istilah bekas anak.. klau isteri ke 2 ade rase simpati agihkn lah seadilnye sumbagan 2 bukan bdiam diri.. anak2 ruwah 2 amanah,mcmane mase ruwah hidup die saggup jage anak tiri dr anak2 die sendiri.. Waallahualam..

Shukr Shukr –Semua anak2 berhak dapat sumbangan tu. Orang bagi utk semua anak2 aruwah. Nama pon drah daging. Warisnya. Bercerai dengan isteri. Bukan dengan anak2. Kepada pemegang amanah, jujur lah. Jangan diabai hak anak yatim. Merana di sana esok2.

Muhd Zamri –Kena tuntut kak, jangan diam je insuran kelompok, duit tabung duit sumbangan dan lain lain semua beratus ribu. Kena cari seorang peguam bagi pihak kak untuk tuntut semua… kalau kak diam je tak dpt apa la… Yang untung isteri ke 2 dan ayah aruwah la..

Rahmah Hassan –Kalau ikut faraid ank sulong lelaki byk bahagian nya harap sumbangan dibg sama rata untuk ank2 aruah.

Memey Debab –Jangan harap org nk bg hak anak anak bekas isteri pertama. Memang tak akan dpt. Lumrah manusia memang penting diri dri nk fikir anak org lain. Walaupon anak bersama bekas isteri pertama tuh abang. Bila sentuh bab duit memang pihak lg satu tk bg. Kalau pihak lg satu ada hati perut nk bg alhamdullillah…

Sumber : Harian Metro

Diharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *