Pihak sana letak hantaran 18 ribu tunai. Tkejut kami sekeluarga. Tarikh mjlis diminta pulak 3 bulan dr tarikh bertunang

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak luah something, mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. Pertama-tamanya, aku berumur 27 tahun, anak kedua dan anak perempuan tunggal dalam enam adik-beradik.

Dengan lima orang adik-beradik lelaki, tak salah kalau aku cakap aku hampir g1la sebab tertekan dengan raja-raja yang aku kena layan sepanjang aku membesar. Abah aku, walaupun dia layan anak lelaki dia macam raja, abah aku buat kerja rumah ie memasak, basuh baju, jemur baju, dan kerja-kerja pertukangan kat rumah bila abah free.

Adik-beradik aku yang lain, hampeh. Yang sulong sampai ke yang bongsu, pinggan pun mak aku tak bagi basuh. Aku lah yang buat semua benda. Aku pernah ada pembantu rumah, dari aku berumur 13 tahun, hingga 21 tahun. Tapi pembantu rumah tu ada waktu kerja dia, weekdays dengan pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengah hari. Kerja dia sapu lantai, basuh baju, jemur baju, lipat baju.

Disebabkan ibu abah aku sibuk, aku dari kecil dah biasa buat kerja rumah sendiri. Umur tujuh tahun aku dah masak nasi dengan goreng telur untuk adik-adik aku makan kalau ibu abah aku balik kerja lambat. Umur lapan tahun aku dah upgrade boleh masak nasi goreng. Asal ada bawang putih, sayur segera campur tu dengan telur, jalan je.

So bila pembantu rumah berhenti masa aku 21 tahun, aku relaks je boleh hidup buat kerja rumah sampailah satu tahap tu, aku rasa penat g1la g1la g1la. Abang aku belajar jauh, so jarang balik kampung. Tapi kalau balik, dia macam tambah lagi beban untuk aku. Extra baju, extra pinggan nak kena basuh. Kalau makan depan tv, dia tinggal pinggan tu pi basuh tangan dia je.

Yang masalah sekarang ni abang aku. Dengan perangai raja dia tu, tahun lepas dia bagi tahu mak aku dia nak kahwin. Aku sebenarnya terdetik dalam hati, mampus la bini dia nanti dapat suami macam ni dan aku taknak dia rosakkan anak orang, so aku bagitahu mak aku, aku tak rasa abang ready nak kahwin, nak jadi ketua keluarga. Tapi mak aku excited bukan kepalang dah. Yalah, dah berzaman orang tanya mak aku, bilanya nak bermenantu.

So kisah tahun lepas, tiba-tiba merisik tiba-tiba bertunang dan hampir tiba-tiba nak kahwin. Kenapa aku cakap hampir tiba-tiba? Sebab masa bertunang, pihak kakak ipar aku sebut lah harga hantaran berapa dengan ayat “InsyaAllah pihak kami dah berbincang dan sepakat yang jumlah ini insyaAllah tak susahkan pihak lelaki dan insyaAllah dalam kemampuan pihak lelaki iaitu RM18 ribu tunai. InsyaAllah.”

Aku terdiam bila dengar figure tu. Aku tengok keluarga aku, semua macam terkejut. Lepas tu pihak perempuan sebut lagi tarikh kahwin insyaAllah tiga bulan dari hari bertunang. Lagi lah aku terkesima. Like, apakah? Mana abang aku nak kumpul duit 18ribu dalam masa tiga bulan. Dari waktu tunang tu, abang aku dah ada tujuh ribu. Aku honestly speechless g1la-g1la bila dengar.

Maklong aku masa tu tengah tahan marah agaknya, dia pun cakap la, “Eh mas kahwin dan hantaran pihak awak yang tetapkan, tarikh kahwin biar pihak kita la pulak yang tetapkan.” So pertunangan haritu settle kat situ, dengan makcik2 aku balik masam mencuka. Aku senyap je tengok keadaan sekeliling. Lusanya, aku dengan mak aku pergi rumah maklong aku, nak bertanya lah hal-hal nak prepare untuk majlis ni sebab yalah, pertama kali nak buat majlis kan.

Maklong paklong aku berceritalah yang semua orang terkejut dengan jumlah tu. Paling tinggi yang kitorang pernah dengar pun anak paklong aku, doktor, 12 ribu. Tu pun pihak lelaki yang nak bagi. Kitorang ni keluarga biasa-biasa je, mak abah kerja cikgu. Letak harga dekat anak macamtu, macam nak jual anak la blablabla.

Tak lama lepas tu, jiran maklong aku, yang juga tukang masak keluarga kakak ipar aku kalau ada event ke, datang nak membawang lah kot. Dia bagi tahu, diorang plan nak buat sekali majlis kakak ipar aku dengan kakak dia. Lepastu hantaran kakak kepada kakak ipar aku 12 ribu. Maklong aku tanya la kenapa beza sampai macam tu.

Kawan tu jawab, sebab kakak dia ada diploma je, kakak ipar aku ada degree. Aku macam, ehhh, boleh pulak. Jangan tanya aku, aku pun tak tahu kenapa mak aku teruskan. Kalau aku, aku dah tak restu. Macam orang tak cerdik je letak harga macam tu dekat anak. Tapi, cerita dia mak aku restu.

Seminggu lepas tu, aku teman mak aku pergi rumah kakak ipar aku bincang hal-hal majlis. Sebelum balik, mak kakak ipar bercerita la pasal adik bongsu kakak ipar aku. Rajin sapu rumah, kemas-kemas rumah. “Ni rumah, kawasan rumah bersih-bersih ni kerja dia la ni.” Aku pun ada lah expectation on kakak ipar aku yang dia ni jenis yang rajin, pandai masak ala semualah. Dah hantaran pun mahal, kira abang aku bayar untuk kemalasan dia la tu.

Maka aku rasa rendah diri, aku pun macam boleh terima la dia nak jadi kakak ipar aku. Mak aku lepas balik tu bagitahu, “tengok anak perempuan orang lain, rajin je kemas rumah. sejuk hati mak masuk rumah dia. Lainnya dengan anak perempuan mak.” Aku terasa hati takyah cakaplah, masuk bilik menangis senyap-senyap kot malam tu. Aku macam tak boleh brain mak aku boleh cakap macam tu dekat aku. Dia 11 beradik, dua je lelaki kott? Hmmmm.

Dipendekkan cerita, abang aku kahwin lapan bulan kemudian. So kahwinlah abang aku dah enam bulan. Dan secara rasminya, aku menjadi orang gaji kepada abang dan kakak ipar aku. Makan pinggan tak berbasuh, tolong kemas rumah jauh sekali. Kalau makan ramai-ramai, abang aku basuh pinggan dia dengan pinggan bini dia je pastu buat dono.

Aku macam, “what did just happen now?” Dia boleh letak je gais? Belum habis lagi aku bengang diorang laki bini minum air depan tv sambil makan kerepek, kosongkan balang pastu tinggal macam tu je depan tv. Aku macam tak boleh brain, bukan nak suruh jadi orang gaji pun, tapi. The simplest thing of all. Macam mana boleh ada orang yang tak kutip pinggan mangkuk sendiri. Kenapa wujud orang macam abang dan kakak ipar aku. Kenapa orang macam ni boleh ada?! Kenapa?!

So tadi, aku berterus-terang dengan mak, “Semalam orang tegur abang, tapi kakak dalam bilik la. orang cakap, kau ni tak boleh ke basuh pinggan sendiri, kalau ada pinggan dalam sink, kau tak boleh basuh ke? Susah sangat ke nak basuh?

Kau jangan bawak perangai zaman budak lagi boleh tak, kau tu dah kahwin. Bawak-bawakla perangai macam orang kahwin sikit, bertanggungjawab. Kau buat macam kau tetamu, kau buat macam kau ni takde rasa nak bertanggungjawab atas rumah ni, padahal kau anak sulung. Pandai la fikir sikit, esok2 duduk rumah sendiri kau bawak perangai ni, kau rasa siapa yang susah.”

Abang aku senyap. Mak aku balas, “Mak sebenarnya malas je tegur. mak tegur kang, abang kecik hati. kurang rajin sikit lah kakak ipar kamu tu, adik dia je yang rajin.” Aku hmm kan je lah. Mak aku bukan pernah tegur abang aku pun. Kalau mak aku yang tegur, tak balik rumah lah abang aku. Tak pernah kena tegur lah katakan.

Basically, tu lah luahannya. Terus terang aku cakap, aku dari dulu memang judge orang yang mintak hantaran mahal ni. Kalau kau jenis orang kaya, aku tak pelik. Kalau bakal suami kau orang kaya, aku tak pelik. Tapi kalau kau orang biasa-biasa, bakal suami kau orang biasa-biasa, lepastu kau mintak hantaran mahal, aku pandang kau kecik besar kecik besar je okay. Tengok kemampuan masing-masinglah patutnya adoi.

Aku bukan nak pesan dekat perempuan je, lelaki pun. Please lah, help with the housechores. Kerja rumah tak pernah jadi kerja untuk perempuan je. Aku rasa, kalau adik-adik aku tak berubah, aku dah jadi g1la. Alhamdulillah, Allah bagi izin berubah walaupun tak banyak.

Walaupun aku sampai sekarang rasa bersalah tengok muka adik aku yang berparut sebab kena sepak. Aku ada blackbelt taekwondo by the way, tu yang boleh cecah kepala dia walaupun dia jauh lagi tinggi dari aku.

Kalau approved, terima kasih sudi baca. Kalau abang aku baca ni, aku harap kau boleh berlapang dada dengan apa yang aku tulis. Kita dah besar, tanggungjawab pun besar. Mak abah dah tua, depa terasa pun depa tak luah sebab depa takut kita jatuh anak derhaka. Tolong demi Allah, berubahlah. Dan tolong jadi matang sikit.

Jom lihat apa komen netizen selepas membaca perkongsian ini.

Ummi Najah –Org2 mcm ni yang senangnya kalau tak nak tegur berdepan, beli raga besar khas, kutip pinggan mangkuk diorang guna, letak depan bilik. Nak tegur depan2 nanti sentap lebih pulak kan. Dgn perbuatan je la nmpaknya.

Nurul Huda –Wahh . Nasib baik lah aku ade seorang je adik lelaki . Dulu masa sekolah die agak malas . Aku tegur dia suruh rajin sikit . Alhamdulillah dia rajin lepas masuk uni . Yelah kat uni lagi dasyat keje nya . kos peladangan hahahahaha aku yang daftar kos tu hahahahaha . Tak sia2 aku daftar kos tu . Makin rajin hidup dia 😂

Ecca Belladonna –yang hantaran tak mhl pun lebih kurang jek pemalasnya. Datang plg lewat time makanan dah siap berhidang ,blk plg awal tnpa tlg angkat pinggan mangkuk sebiji.

Saya Le Tu –Bdak2 sekarang ni x tau la jd cam na..nmpak kat situ. Dari awal abang nya dah di mnjakan dek orang tua nya. Dapat jodoh pun sekufu.

Nabilah CH –Pasal hantaran 18k tu. Bagus tindakan mak kau tu bersetuju.. sebab pihak yang sepatutnye marah @ tak bersetuju adlh abg kau. Sebab dia yang kene kumpul duit dan byr..

Sbnrnye aku pernah jumpe org yang memang keluarga keturunan dia semua hantaran tinggi, lulusan spm pon 18k.. sepupu dia diploma 15k. Kakak dia spm pon 18k. Hantaran diorg bukan ikut kelulusan tp ikut sapa kawin sebelum/selepas. Yg selepas kene lg tinggi drp sblm. Pastu mak ayah yang tetapkan. Dia dan pasangan kene kumpul duit smpi cukup. Dgr cite kakak dia kumpul duit 4 tahun br cukup..😅😅😅

– Fatonah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *