“Aku doa kau mti je beranak nanti”. Suami kantoi bermesra dgn perempuan lain tergamak mendoakan kemtian isteri

Tergamaknya suami ‘makan luar’ di ketika isteri sedang sarat mengandung, hanya menunggu masa untuk bersalin. Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, membuatkan isterinya terpaksa menggalas tanggungjawab menguruskan rumah dan anak-anak kecil seorang diri.

Apabila disuruh pulang, si suami memberi alasan dia sibuk dengan kerja. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua di mana si isteri nampak suaminya curang dengan perempuan lain. Alangkah pedihnya hati si isteri diperlakukan seperti itu.

SALAM admin. Saya ada masalah, tadi saya bergaduh dengan suami. Memang salah dia dah tiga hari tak balik ke rumah.

Saya sekarang tengah menunggu hari nak bersalin. Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat lagi. Saya risau saya sakit malam-malam ke.

Saya call dia, suruh balik tetapi dia kata ada kerja OT. Tak apalah, saya diam.

Tadi bila saya keluar beli barang anak, saya ternampak suami sedang bermesra dengan perempuan lain. Saya terus WhatsApp suami untuk tanya dan beritahu apa yang saya nampak.

Terang-terang sudah berlaku di depan mata tetapi dia tidak mahu mengaku. Lalu saya pun beri kepada suami yang menunjukkan gambar mereka berdua di mana saya merakamnya dari jauh.

REAKSI SUAMI

Admin, suami saya mendoakan saya mti bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima? Saya takut jua memikirkan takutnya nak bersalin. Serabutnya saya.

Perkongsian ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Mohd Syahrizan –Aku sbgai laki pon aku rasa malu dgn sikap mcm nie.. Aku hrap sgt3 jgn bnda mcm nie trjdi kt dri aku.. Doa2 kn aku guys..

Athirah Ishak –Jgn risau sis. I pun ex husband doakan mcm tu jugak, malah lebih teruk tak mengaku anak. So. Just be happy. Doa setiap hari. InshaaAllah.. Allah mudahkan bersalin nanti. Ingat allah. Zikir selalu.

Hanani Bajuri –Takkan termakbulnye doa suami yang gagal jalankan tanggungjawab dan menganiaya isteri. Inshaa Allah sis. Smoga Allah mudahkan urusan sis. Pokok pangkalnya, rezeki suami, kehidupan suami, susah sng dia, bergantung apa yangvdia buat kat bini jugak. Esk lusa taw la betapa merana nye dia.

Banyak dah cite cte macam ni ek. . Suami2, beringat lah. Senang kat dunia. Cari keseronokan. Kat akhirat nanti tanggunglah beban. Satu2 akan ditanya. Memolek la berseronok buat maksiiat tu….

Nazratul Ain –Salam puan.. Laki puan masih waras ke. Kalo masih waras itu bukan lelaki.. Itu binatang. Allah tak kan makbul kan doa die.. Allah makbulkan doa puan. Doa org yang teraniaya. Kuatkan smgt puan utk lahirkan baby puan yang akan membawa rezeki ni.. Bangkit utk diri sendiri n anak2. Saye doakan segala semoga urusan puan dipermudahkan

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel via Thereporter

Semoga segalanya dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *