“Tiba tiba datang seorang lelaki mencuba utk merentap pintu kereta kami dari luar”

Foto sekedar hiasan. Dalam era serba maju dan moden sekarang ini masih kita dengar kisah kisah berkenaan kereta dibawa lari individu tidak dikenali. Lebih men4kutkan apabila kenderaan yang dibawa lari itu terdapat kanak kanak di dalamnya. Lantas terus menjadi satu k3s pencul1kan. Sebagai ibu bapa, sentiasalah berwaspada apabila keluar bersama keluarga.

Baru baru ini tular, satu keratan laporan p0lis berkaitan satu percubaan melarikan/mncul1k telah berlaku di Pulau Pinang.

Ikuti kisah ini dan semoga ada iktibar dan pelajaran yang boleh diambil.

PLEASE KUNCI KERETA ANDA WALAUPUN ANDA BERADA DALAM KERETA

Kejadian ini memang berlaku kat diri sendiri.. Macam x percaya jadi kat diri sendiri, nasib baik Allah s.w.t lindungi kami.. Benda nie berlaku pada 9hb Oktober 2019 (Rabu) sekitar jam 4.00 petang di Chai Leng Park.. Okay, mai kami story.. Story dia macam nie..

Ingin berjumpa dengan rakan atas urusan kerja. Anak tengah tidur di dalam kereta dan hari baru start hujan.

Kami turun p seberang nak p jumpa member nama Mia sat nak bincang sikit pasai keja (side income).. Amboi, bunyi macam projek juta juta plak..hahaha.. Kebetulan masa tu anak anak tengah tidoq dalam keta, pastu baru nak start hujan.. So kami decide untuk call Mia suruh dia mai kat keta kami dan sembang ja dalam keta.. Mia pun okay, so kami parking la keta..

Bila Mia dah masuk keta, kami teroih lock keta kami.. Memang habit kami macam tu.. Tangan teroih nanti auto tekan lock sebab keta kami bukan jenih auto lock bila tekan brake pad.. Kadang orang blakang belum tutup lagi pintu, kami dah tekan lock tu..haha.. Sapa sapa yang selalu naik keta dgn kami, depa tau la kami nie macam mana.. Sometimes, husband terlupa kunci pun, kami akan alert bagitau kat dia tekan lock.. So, nak jadikan cerita..

Kebetulan masa tu pun anak anak dah terjaga.. Kami dgn Mia continue sembang dalam keta dengan selesanya, enjin aircond smua pasang.. Anak teruna kami yang ada dalam car seat nangih sebab dia dah bosan dok dalam car seat plus dia nampak Mia tu, so ambik masa untuk dia rasa selesa dengan orang.. Kami pun dukung dan pujuk dia.. Bila dia dah selesa, dia berdiri dk main kat stereng keta sambil dk main wiper, signal smua..

Tiba tiba ada seorang lelaki, tinggi yang tidak dikenali menghampiri kereta. Terlintas di fikiran waktu itu mungkin dia hendak menuju ke kedai sebaneka berhampiran kereta kami, namun sebaliknya dia mencuba untuk membuka pintu kereta kami.

Lepas tu, kami perasan sorang laki tinggi jugak laa.. Kulit macam melayu x melayu, cina x cina camtu.. Mai dari arah depan keta.. Kami dok ingat dia mai dari opposite jalan melintas dan nak p kedai ikan ; 7eleven ; pet shop yang ada kt blakang keta kami.. Tiba tiba, laki tu lalu kat blah driver, nak try bukak pintu keta sambil dia tengok keadaan skeliling!

Dia rentap pintu keta sampai terasa kami dalam keta tapi tak berjaya sebab pintu keta kami lock! Kami dgn Mia terkejut, diam seribu bahasa.. Kami dua dok ingat dia salah keta tapi sangkaan kami ternyata silap! Memang laki tu cuba melakukan jenay4h! Mungkin pencul1kan budak budak!

Kemudian lelaki itu beredar selepas tidaak berjaya membuka pintu kereta kami. Mia keluar untuk memastikan yang lelaki tersebut adakah benar benar telah salah kereta atau tidak. Sangkaannya meleset apabila dia melihat lelaki itu beredar dengan menaiki sebuah kenderan pacuan empat roda. Sah, itu cubaan mencul1k atau apa jenay4h yang cuba dilakukan ke atas kami.

Lepas dia x berjaya nak bukak pintu keta kami, dia terus belah.. Tunggu dalam beberapa minit dia belah, Mia keluaq dari keta, nak jejak laki tu sama ada memang betoi dia salah keta atau cubaan melakukan jenay4h! Mia mai balik masuk dalam keta, dia kata laki tu pakai keta ala ala Ford Ranger color biru (lalu depan jalan besaq) bukannya keta jenis yang kami pakai..

No.plate kami dua x dapat detect sebab masing masing dalam keadaan mengejut..Yes, memang laki tu cuba nak cul1k anak kami weyy!! Ya allah, terkedu kami, kepala heng x tau nak describe macam mana perasaan tu..

Kami kehairanan, kerana kami semua ada di dalam kereta. Adakah lelaki itu tidak perasan keadaan kami yang di dalam kereta ini. Mia turun dan ingin melihat bagaimana keadaan kami di dalam dari pandangn luar. Ternyata, hanya kelihatan anak kami yang berdiri memegang stereng sahaja yang boleh dilihat dari luar kerena hari hujan dan kesan tinted yang gelap.

Kami tertanya tanya takkan laki tu x nampak kami dalam keta.. So, sekali lagi aku mintak Mia turun dan p depan keta macam mana kejadian tadi berlaku.. Lepaih selidik, Mia kata memang x nampak kami semua dalam keta sebab ayaq hujan dan reflection tinted keta kecuali anak teruna aku tu sebab dia berdiri kat stereng!

Allah, allah, ya allah masih beri kami perlindungan dari berlakunya perkara yang x diingini berlaku.. Syukur, syukur ya Allah..Sampai la nie otak kami diselubungi kejadian tadi.. Balik rumah pun sambil bawak keta, sambil dok tengok cermin blakang takut ada orang follow.. Alhamdulillah, kami sempat sampai rumah dengan selamat..

So, pada ampa semua berhati hati dan ambik langkah berjaga jaga walau di mana jua ampa berada.. Make sure, lock pintu keta ampa wlaupun ampa sorang sorang dok dalam keta.. Jenay4h boleh berlaku di mana2 tak kira masa..

Sekian…

Sumber: Penang Kini

Hantaran yang dikongsikan dari pembaca ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Lihat apa kata mereka.

Rashidah Jalaluddin MUNGKIN: niat nak selamatkan kanak-kanak dengan anggapan ibubapa tinggalkan anak dalam kereta sendiri (sebab kes begini pernah terjadi), beliau bergerak pergi selepas sedar anak bukan sendirian. Tetapi sentiasa Berwaspada dimana sahaja.”

Ada yang memang sudah biasa menjadikan amalam mengunci kereta sebaik sahaj memasuki kenderaan.

“Memang amalan sy juga sentiasa kunci kereta sebaik masuk atau sambil menunggu.”

Ada juga pengguna yang berkata suaminya akan selalu mengingatkan untuk kunci pintu kenderaan hatta untuk keluar sementara dari kereta.

“Takot nye.. Suami sye sllu pesan soh lock pintu klu die kuar kejap dr kete.. Sye jek sllu x bt sb die p dpn mata jek.. Ishhh lepas nie memang xde la nk biar pintu kete x lock.. Azroy Azlan lepas nie syang lebih hati hati..”

Mmenurut komentar dari seorang pengguna, tidak dinafikan banyak kejadian jenay4h berlaku di kawasan utara antaranya, kecuarian, ragut dan cul1k.

“banyak sangat jenay4h berlaku area utara terutama sekali kes kecurian, ragut dan cul1k…klu belah selatan banyak kongsi gelap plak…tapi yang paling menakutkan kes ragut npencul1kan…”

Menurut seorang lagi pengguna, sentiasalah berwaspada, samada lelaki atau perempuan kerana jenay4h tidak kenal jantina.

Nurul Sabihah Binti Zakaria sama ja dgn Zulhelmie Amrie. Kalau keta abi memangla auto lock. Keta umi siku yang kena lock. Tak kirala laki ka ppuan. Jenay4h nie tak mgenal jantina. Kejadiannya tersangatlah pantas…tambah tambah kita yang panik nie. Terusla ternganga ja tgk…

Nauzubillah…minta Allah lindungi selalu kita semua..Aamiin ya rabb… Baca ayatulkursi setiap kali perjalanan…”

kepada semua pembaca, ambillah iktibar dan sentiasalah berwaspada ketika anda berada di luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *