“Kakak sengaja nak demam. Mama lebih utamakan kerja dari kakak”. Terduduk si ibu saat membaca sepucuk surat dari anaknya

Bekerja di sektor kesihatan pasti memerlukan pengorbanan yang tinggi dek kerana jadual kerja yang sangat ketat. Masa bersama keluarga terhad, malah kadang kala ‘terlepas’ acara penting bersama keluarga.

Menerusi Facebook Zamri Shahri, dia berkongsi kisah seorang anak dan ibunya yang merupakan seorang jururawat. Si anak cuba mengambil perhatian ibunya yang sibuk dengan kerja dengan sengaja tidak memakan ubat agar sakit. Tambah menyedihkan apabila si anak menulis sepucuk surat mengandungi luahan hati buat ibunya.

“Kenapa tak makan ubat. Dah demam macam ini, macam mana mama nak pergi kerja? Semalam mama dah EL, satu ward marah tau. Kamu ini tolong jangan susahkan mama boleh?,” teriak Atiqah kepada anak gadis nya yang berumur 11 tahun itu.

“Mama, kakak demam. Tolong mama,” jawab anak nya merayu agar Atiqah mengambil sehari lagi cuti untuk menjaga nya di rumah.

“Kakak, kenapa tak faham dengan kerja mama. Cuti ini bukan hak mama tau dalam keadaan staff tak cukup, pesakit ramai dan kerja ward berlambak. Tolong lah kakak, dah pakai baju sekolah cepat, makan ubat. Kalau tak larat juga, nanti papa balik kerja malam ambik kakak kat sekolah. Mama balik malam tau, double shift hari ini. Jaga diri kakak elok-elok. Esok mama kerja pagi pula,” pesan Atiqah kepada anak nya sambil menyarung uniform.

Suami Atiqah juga seorang kakitangan hospital, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di jabatan kecmasan yang juga bekerja shift dan tidak menentu jadual kerja nya.

Setelah menghantar anak nya ke sekolah dan meletakkan beg nya di loker wad, tiba-tiba Atiqah terperasan ada sekeping surat di dalam kocek uniform nya.

” Mama, kakak memang tulis surat ini awal-awal kerana kakak pasti mama lebih utamakan kerja dari kakak. Maafkan kakak kerana tidak makan ubat semalam sebab memang kakak sengaja nak demam. Kakak nak demam supaya kakak dapat habiskan masa lama dengan mama. Tidur dengan mama sambil peluk mama.

Makan mama suapkan, dan dengar mama bercerita macam-macam aktiviti yang kita akan buat bersama apabila kakak baik demam. Tapi kakak tau, itu semua cerita bohong mama. Mama dan papa sibuk bekerja, jaga anak dan saudara orang lain, sedangkan kakak kena jaga diri sendiri. Maafkan kakak mama sebab dah susahkan mama dengan demam ini.”

Terduduk Atiqah membaca surat anak nya itu sambil berlinangan air mata. Tidak sangka dengan kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab ini, Atiqah telah kehilangan kebahagian sebenarnya iaitu membahagiakan orang yang disayangi.

Perkongsian ini ternyata mendapat reaksi ramai. Lihat apa kata mereka.

Awan Nano –Ya Allah hibanya bila membaca luahan hati ibu dan anak nii…😭😭😭semoga dirimu sentiasa tabah dan sabar. Jasa dan pengorbanan yang xternilai utk masyarakat.

Qasma Watie –Memang kena pilih tu keluarga atau kerjaya? kdg takda duit tp rapat dgn ank2 ada masa nak ajar mngaji,makan sama2. Bila bkerja duit pn byk2 tp ank2 ditinggal di uma dgn pmbantu.Pilihan ditangan kita ☺☺

Akhi Idlan –Keluarga lebih utama daripada org lain. Tanggungjawab besar jaga anak2.. tak dinafikan memang setiap pekerjaan ada tanggungjawab msing2. Tapi alangkah baik kalau kerja shift di bgi kpd kakitangan yg bujang. Kesian anak2 dirumah kurang kasih sayang seorg ibu n bapa. Tapi bg sy mengambil cuti utk menjaga anak2 yg sakit adalah satu kewajipan. Family lbh utama.. majikan kena paham tu..

Sue Cikngah –Sepatutnya kementerian kesihatan kena peka hal macam ni. Kena ada keseimbangan antara kerja dan kehidupan diluar waktu kerja. Tak boleh asyik kerja je sampai hal rumahtangga hal anak2 hal diri sendiri terganggu.

Dengan ini saya nak cadangkan pada kementerian kesihatan supaya buat shift 4 hari kerja 3 hari cuti, 3 hari kerja, 4 hari cuti. Shift mcm org kerja kilang. Dengan ini memberi peluang pada semua staff hospital utk dpt rehat yg cukup, dapat menguruskan hal2 peribadi dan keluarga, dapat juga support hospital ketika kekurangan staff ( boleh buat ot 1-2 hari seminggu, baki cuti 2 hari seminggu sekurang2nya) ini juga memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai org.

Tapi semua ini memerlukan masa utk dilaksanakan. Takpe, pelan2 kayuh bak kata org. Mulakan dgn merekrut lebih ramai pelajar dalam bidang kejururawatan dan perubatan. Bila dah ada ramai tenaga kerja dh boleh mulakan projek tukar shift kerja ni. Semoga ramai yg dpt manfaatnya nanti.

Mohon dipertimbangkan demi kestabilan hidup pekerja kesihatan.

Sumber: Zamri Shahri via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *